Tuesday 30 August 2011

SSPDS 80


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (80)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya juga tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan)
Ada pihak yang meminta supaya apa yang sedang berlaku di dalam UMNO Bahagian Pasir Puteh tidak digembar-gemburkan. Ada juga yang berpendapat bahawa ianya hanyalah perkara kecil sahaja dan ahli-ahli di kampung secara umumnya tidak menganggap pemecatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian daripada jawatan Pengerusi Penyelaras DUN Limbungan itu sebagai isu besar.
Saya pun begitu juga sebagai orang kampung. Orang kampung sememangnya tidak mengambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di dalam Bahagian selama ini. Mereka tidak ambil kisah siapa yang jadi Ketua Bahagian dan siapa Timbalannya. Bagi mereka ialah kesetiaan kepada parti. Mereka adalah orang-orang kampung dengan cara hidup dan pemikiran yang biasa dan sederhana.
Yang mengambil kisah tentang isu-isu seperti ini hanyalah orang-orang di bandar. Mereka terdiri daripada ahli-ahli UMNO yang lebih berpendidikan dan lebih peka tentang isu-isu semasa termasuk juga terhadap apa yang sedang berlaku didalam Bahagian.
Maka, tulisan saya pada kali ini saya tujukan khas kepada mereka yang di bandar terutamanya kepada ahli-ahli UMNO DUN Limbungan.
Isu pemecatan itu sebenarnya secepat kilat terpapar di dalam internet. Ini kerana orang-orang di bandar mahir menggunakan kemudahan teknologi maklumat terkini berbanding dengan orang-orang di kampung. Akibatnya, isu ini telah tersebar dengan cepat dan meluas menyebabkan ahli-ahli UMNO di bandar keluar beramai-ramai pada malam 29 Ogos untuk berkumpul dan berbincang.
Sudah tentulah orang ramai yang berkumpul itu adalah penyokong-penyokong Timbalan Ketua UMNO yang dipecat dari jawatan Pengerusi Penyelarasnya. Pada malam itu dianggarkan tak kurang dari 300 orang yang hadir. Mereka terdiri daripada orang-orang bandar yang lebih faham daripada orang-orang kampung bahawa krisis yang berlaku sebenarnya serious. Jika tidak ditangani dengan segera, ia boleh memberi kesan buruk terhadap prestasi pilihanraya yang akan datang ini. Mereka tahu bahawa isu ini boleh merebak dengan cepat ke kampung-kampung pula dan kesempatan akan diambil oleh pihak musuh untuk melemahkan lagi sokongan pengundi-pengundi di kampung terhadap parti UMNO.
Oleh itu, saya telah diminta untuk segera menulis sesuatu tentang isu ini. Saya bukan diminta menulis tentang apa yang telah berlaku tetapi menulis tentang cadangan bagaimana hendak mencari jalan penyelesaian keatas kemelut itu.
Untuk memenuhi permintaan kawan-kawan, maka inilah cadangan saya.
Satu mesyuarat tergempar harus segera diadakan oleh ketiga-tiga sayap UMNO Bahagian Pasir Puteh secara gabungan iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri. Mesyuarat ini bertujuan untuk merangka strategi ‘pelan damai’ diantara kedua-dua pemimpin utama Bahagian. Satu memorandum harus dihasilkan untuk dikemukakan kepada Ketua dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian dengan salinannya dihantar kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan juga Presiden parti.
Jika tindakan ini tidak berhasil, satu mesyuarat susulan harus diadakan semula. Kali ini mesyuarat harus mengambil langkah untuk menyatakan pendirian ketiga-tiga sayap ini dengan lebih tegas bahawa kemelut yang berlaku ini hendaklah diselesaikan dengan segera. Memorandum kedua harus dihasilkan dan kali ini memohon supaya Pengerusi Perhubungan campur tangan.
Ketiga-tiga Ketua hendaklah mempengerusikan bersama mesyuarat dan kehadiran setiap AJK sayap hendaklah dipastikan 2/3 dari jumlahnya. Mana-mana AJK Bahagian yang ingin hadir boleh diberikan tempat sebagai pemerhati tetapi tidak boleh bersuara. Ini adalah kerana mereka terdiri daripada AJK induk didalam Bahagian yang tidak seharusnya mencampuri dan mempengaruhi urusan mesyuarat sayap-sayap ini.
Saya harap cadangan saya ini mendapat perhatian daripada ketiga-tiga Ketua dan AJK sayap-sayap yang berkenaan dan tindakan untuk mengadakan mesyuarat tergempar ini dilakukan segera.
Mudah-mudahan dengan semangat kemerdekaan pada hari ini, UMNO Bahagian Pasir Puteh akan bebas daripada masalah-masalah yang membelenggui pergerakannya.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
31 Ogos 2011 / 2 Syawal 1432H
Semerak.

3 comments:

  1. Mengikut maklumat, Saudara Rujhan minat untuk jaga lebih banyak kawasan berbanding Limbungan saja. Atas sebab itu, cikgu Awi telah buat keputusan untuk jadikan Rujhan bebas untuk pilih mana-mana kawasan berbanding sekarang beliau terpaksa fokus DUN Limbungan saja.

    Ini bukan 'pecat' malah satu rahmat supaya Rujhan supaya beliau boleh dapatkan lebih banyak sokongan kepada UMNO Bahagian Pasir Puteh.

    Mengikut maklumat juga, Saudara Wan Ab Malik kita ni juga telah keluar UMNO tahun 1997 lalu? Saya berminat juga nak tahu bila saudara telah masuk semula jadi ahli UMNO?

    -Pengundi jati Semerak-

    ReplyDelete
  2. Bukan keluar tapi 'dikeluarkan' sementara kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. (Yang betul-betul tahu cerita sebenar hanya 2 orang). Masuk balik pada tahun 2002 bila Dt Pahamin tarik saya masuk Cawangan dia di Cawangan Kg Gelam belakang JKR PP (Cawangan Pok Ki)dan di situ saya dilantik sebagai SU Cawangan. Persidangan yang lepas saya ada. Cikgu Ismail Awang Noh Wakil Bahagian sementara Sdri Norfatiyah Kemas sebagai pencatat. No asal ahli 592247 (1983 - 1997) dan no baru ahli 3924693 (2002 - sekarang). Untuk makluman Sdr 'MalayMind'.

    ReplyDelete
  3. dalam tempuh 1997 - 2002 saya tak pernah masuk PAS atau jadi ahli PAS. Free lance.

    ReplyDelete