Tuesday 16 August 2011

SSPDS 64


KOMENTAR CIKGU TOREK SULONG SEMERAK
Di bawah garisan ialah komentar Cikgu Torek Sulong (TS) berhubung dengan SSPDS 61 saya tempuh hari.
Beliau dilihat bersikap bahawa orang-orang di luar jawatankuasa parti hendaklah patuh kepada Ketua UMNO Bahagian sebagai menepati saluran. Selain daripada itu beliau dilihat menganggap apa saja yang dilakukan oleh orang lain di luar Jawatankuasa Bahagian sebagai kerja ‘luncai’ sahaja.
Saya tidak faham kenapa sikap Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh sendiri (dilihat melalui sikap Cikgu Torek) masih tidak berubah bahawa usaha menyatukan ahli-ahli di bawah adalah sebenarnya dibawah tanggungjawab beliau sepenuhnya sebagai seorang ketua. Dalam masa beliau hendakkan supaya ahli-ahli bersatu, beliau tidak pernah mengkaji mengapa orang ramai sudah semakin ramai tidak sehaluan dengannya. Tidak pernah dilihat beliau sendiri memulakan sebarang usaha untuk menyatukan seluruh ahli-ahli UMNO secara bersungguh-sungguh. Tidak pernah dilihat beliau sendiri memberikan sebarang tanda beliau berminat menyatukan seluruh ahli-ahli. Tidak pernah dilihat beliau sendiri atau orang-orang kanannya turun padang berjumpa dengan orang-orang UMNO di peringkat akar umbi kecuali berhimpun bersama kroni di kedai-kedai kopi di bandar Pasir Puteh sahaja.
Harap diberikan komen oleh rakan-rakan FB.

1 comments:
http://img2.blogblog.com/img/b16-rounded.gif
TS said...
Apa pun kelibat dan aktiviti yang dijalankan seharusnya menerusi saluran yang tepat dan tidak bertindak bersendirian atau rakit yang berlainan untuk menang dalam perjuangan.

Rapatlah mana yang renggang dan merekah. Tautkan lah mana yang rasa berjauhan. Kerja perlu dalam satu ukhwah tanpa perlu melihat si Anu baik dan si Anu tidak baik.

Perjuangan perlu dalam konteks perpaduan yang jitu bukan tonjolan puak-puak sehingga menggambarkan UMNO ada ratusan rakit yang berpecah-pecah.

Apa yang saya takut, menang sorak kampung tergadai lagi...Itu perjuangan LUNCAI. Wassalam. sekadar komentar yang ilkhlas.

3 comments:

  1. Saya sedikitpun tidak menganggap orang yang menjalankan aktiviti diluar pengetahuan pengurusan UMNO Bahagian adalah si LUNCAI.

    Persepsi saya - kalaulah ada beberapa pihak yang mengambarkan beberapa kumpulan dan kroni dalam UMNO di Pasir Puteh ini akan pastinya sinonim dengan perjuangan si luncai. Tak kira sama ada puak Cikgu Zawawi ataupun pihak yang lain yang digambarkan AbangLek.

    Ikhlas...saya tidak berpihak pada mana-mana rakit tapi menyatakan yang benar iaitu perlunya solidariti - perpaduan sesama UMNO. Bukannya menyatakan kelemahan satu pihak dan menaikkan kesempurnaan satu pihak.

    Kalau dalam perjuangan Pas kelemahan ini sentiasa ditutup dan tidak pernah terungkai. Tidak menampakkan sebarang "rakit". Malah, letak siap sahaja calonnya boleh menang sekali pun calon wakil rakyat itu bukan orang tempatan kelantan.

    Pohon jangan salah tanggap. Jom kita bersatu sesama Melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  2. salam,kedua2 pendapat ini betul,bagi yang berada diluar pagar seharusnya mematuhi etika yang digariskan oleh barisan didalam pagar, manakla yang didalam pagar seharusnya memberi ruang kepada yang diluar pagar untuk sama sama memberi sumbangan bagi memajukan dan menyatupadukan parti,sebagai ketua bahagian sepatutnya bertindak secara rasional dan perbanyakkan program yang boleh membantu kemenangan pada parti...sebagai rakyat pasir puteh kita mahu melihat bn menang di pasir puteh..usaha2 untuk menwujudkan perpaduan perlu disegerakan..masing2 jangan menyalah antara satu sma lain.

    Buang yang keruh ambil yang jernih,kita bina kekuatan parti kita,pas tidak kuat tapi perpecahan dalam partilah menyebabkan kita kalah...sesiapa yang berminat nak jadi calun usahlah BISING buatlah kerja masing2 untuk memenangi hati rakyat,PM pernah berkata calun iti adalah yang diterima rakyat.

    Dalam persoalan ini tidak timbul soal ketua bahagian,atau bukan dikalangan jawatankuasa bahagian yang bakal menjadi calun,yang penting semada peringkat bahagian atau individu yang berminat bnak jadi calun itu perlu bergambung tenaga dan wujudkan perpaduan untuk kemenangan parti.barang siap anatar kalian yang tak kesempatan (lekat) menjadi calun jangan pula CAS KETING..inilah pemusnah kepada kemenangan parti..Marilah kita sama2 gembelingkan tenaga kita demi untuk kemenanganh UMNO Pasir Puteh di 5 kersi parlimen dan DUN

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete