Monday 29 July 2013

Terbitan Khas

Seruan Perpaduan:
Permulaan Usaha Secara Serious Untuk Menggabungkan Dua Parti Terbesar Orang2 Melayu iaitu UMNO dan PAS:
Usaha ini sememangnya payah dan dilihat hampir mustahil. Namun bagi saya secara peribadi ianya bukanlah susah sangat sehinggakan setiap orang melayu merasakan usaha ini tidak perlu dan lebih baik dilupakan sahaja sampai bila2. Ahli2 UMNO dan ahli2 PAS sebenarnya adalah orang2 yang sama. Mereka tinggal bersama di dalam kawasan yang sama bahkan ada yang bersaudara. Kalau pun tidak melalui kedua-dua parti politik ini, mereka tetap juga hidup bersama selama ini. Mereka saling mengambil berat diantara satu sama lain selama ini. Bila ada kenduri kahwin mereka hadir dan makan bersama sambil berbual. Bila ada kematian mereka ziarah bersama dan menguruskan jenazah secara bersama. Mereka tidak kekok bercampur gaul sesama mereka.
Yang sedikit menghalang ialah sempadan kepartian. Bila pilihanraya, barulah jelas dilihat masing2 puak dengan puaknya. Tidak salah pun kerana negara kita mengamalkan sistem politik berparti untuk memilih pemimpin. Masing2 meletakkan calon masing2 dan berkempen mengikut cara masing2. Namun inilah detiknya apabila perpecahan dikalangan orang2 melayu menjadi ketara. Sempadan politik inilah yang telah mengakibatkan perpecahan orang2 melayu menjadi semakin hari semakin melebar. Akibatnya, perpaduan menjadi masalah sehinggalah kepada tahap melemahkan orang2 melayu itu sendiri.
Pada hari ini, kita masih bernasib baik kerana kita masih ada kekuatan dan kuasa politik mentadbir negara. Namun, jika perpecahan ini terus dibiarkan, tidak mustahil satu hari nanti orang2 melayu akan menjadi kelasi kapal sahaja, bukan lagi Kapten dan kapal itu pun akan menuju kearah lain mengikut kompas yang dikawal oleh orang lain.
Sebab itulah saya sentiasa menyeru dan terus menyeru supaya kepimpinan tertinggi kedua2 parti terbesar orang2 melayu ini mulai bertolak ansur mengubah sikap secara serious dan mengambil langkah2 sebelum terlewat untuk memperbetulkan perkara ini. Saya hanyalah seorang rakyat biasa yang tidak punyai apa2 kecuali semangat untuk tidak menanggung beban dipersalahkan oleh generasi anak2 cucu dimasa hadapan.
Ayuh, perkukuhkanlah barisan dengan cara ini pula. Sampai bila orang2 melayu hendak berbalah dan berpecah hanya disebablkan fahaman politik yang sempit sedangkan dalam masa yang sama orang2 lain menjadi semakin kukuh dan kuat cengkaman mereka keatas kita? Agama Islam pun tidak pernah mengajar umatnya supaya berpecah belah.
Daripada saya orang kampong,
Wan Malek Semerak.

Terbitan Khas

Bertuah PDK Tanah Merah
dapat dah
PDK Semerak insya Allah
lepas raya
di Tok Aman Bali Resort Semerak
tapi TAB sponsor makan sahaja
harap2 ada lah jugak syarikat yg menyumbang wang raya
kpd anak2 OKU dan Istimewa di sini
jangan duk ambik kiralah sapa Pengerusinya
harap2 Star Security Sdn Bhd KL sudi menyumbang
kerana CEOnya orang Semerak
(YBhg. Kapt. (B) JP Hj Wan Marzudi Dato' Hj Wan Omar dan diharap beliau sempat baca)
mudah2an sumbangannya diberkati Allah dan bulan Nov ni insya Allah anugerah Dato' Kelantan tidak ditundaNya lagi.
(PDK Semerak ada lebih kurang 40 orang pelatih, kalau RM50 seorang, baru RM2,000 derma)

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan

Setakat ini belum ada sebarang tanda siapa yg akan bertanding menentang Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh. Seperti yg saya sudah katakan sebelum ini, sesiapa yg hendak menentang Ketua UMNO Bahagian sekarang hendaklah mengambilkira kekuatan yg ada padanya. Selain drp jawatan Ketua Bahagian, beliau juga telah menang dalam PRU13 yg lalu. Oleh itu, saya tetap dengan pendirian saya bahawa hanya terdapat dua (2) orang sahaja tokoh yg boleh diketengahkan untuk menentang dan bertanding jawatan tertinggi Bahagian ini. Saya harap salah seorang drp mereka akan membuat keputusan untuk bertanding. Jika ini berlaku, saya akan menulis di dalam blog saya ini utk membantunya.
Salam Silaturrahim.

Terbitan Khas

KRT Telaga Papan, Semerak (revised)

Pengesyoran Terbuka:
KRT Telaga Papan, Semerak menempa sejarah apabila berjaya menghimpun sebegitu ramai orang2 kampong itu dalam satu majlis baru2 ini. Ramainya kerana yg hadir itu terdiri dari masyarakat berbilang fahaman politik. Tidak seperti dahulu, kalau UMNO yg anjur, orang2 UMNO sahaja yg hadir. Kalau PAS yg anjur orang2 PAS sahaja jugalah yg hadir. Dengan majlis itu juga membuktikan KRT Telagan Papan sangat berkesan dalam menyatupadukan masyarakat setempat.
Saya syorkan Pengerusi KRT Telaga Papan menggantikan Pengerusi JKKKP yg ada. Beliau nampak lebih diterima baik oleh masyarakat setempat berbanding Pengerusi JKKKP sekarang. Lagi pun Pengerusi JKKKP sekarang sudah terlalu lama berkhidmat dan tidak lagi sesuai dengan aspirasi masyarakat semasa.
Sekadar cadangan.

Sunday 28 July 2013

Terbitan Khas

Page 'Mustapa Mohamad' dalam Facebook
Saya tak berapo belago angin dgn page hak kena 'Like' sahaja
contoh page 'Mustapa Mohamad'
macam iklan jual laptop
tengok dan baca sahaja takleh nak komen selalu situ
sehala
lebih baik 'unlike' sahaja lah
setiap inci pergerakan dia, dirakamkan gambarnya, macam nak nyohor dan menunjuk2
cemuh dan jemu jugok duk tengok lebih kurang hak tu lo, lawat, bui sumbangan, lawat, bui sumbangan, meeting, makan, meeting, makan, gambar duk jogging pun tunjuk 
macam majalah sekolah 
jenis akaun mcm ni dia nak org ramai tengok dan baca sahaja, nampak sangat bertujuan politik utk menggambarkan tuk pa rajin turun padang, dari segi ni saya puji tapi kalau hari2 duk tepek gambar yg lebih kurang sama, org jadi boring dan fed-up sebab turun padang melawat org sambil memberi sumbangan, hadir meeting, jumpa org2 besar yg lain, hadir dinner berbuka puasa dan lain2 sememangnya tugasan rutin setiap wakil rakyat atau menteri, tak payahlah duk iklan hari2, dlm tv pun dah banyak 
berikut ialah komen oleh seorang kawan saya dlm emel iaitu Dato' Riduan:
Lek,
Kalau tak tubik gambar kata tak buat kerja pula, itu pasa sekarang ni semua org keluar gambar mereka didlam FB, walaupun hulur bantuan RM200.00.
Salam.
 
 

Saturday 27 July 2013

Terbitan Khas

Projek kedua saya:
Saya bercadang hendak mewujudkan satu wall khas untuk para remaja berumur 21 tahun ke bawah. Wall itu akan berfungsi hanya untuk perkara2 yg ada hubungkait dengan masalah2 atau kemusykilan2 agama sahaja seperti pertikaian hukum, akidah, ibadah dan apa sahaja yg dirasakan penting dan wajar diberikan penjelasan termasuk jugalah krisis keyakinan terhadap agama Islam yang semakin hari semakin menular dikalangan para remaja kita. Oleh itu saya akan memerlukan beberapa sukarelawan yang bertaraf 'scholar & learned' utk membantu saya mengendalikan wall itu.
Diharap wall ini akan sekurang2nya dapat membantu para remaja yg sedang mengalami masalah berkaitan dgn agama.
Sekian dan Salam Silaturrahim.
saya telah 'create' wall yg saya maksudkan itu dan diharap mendapat sambutan, biar pun perlahan2 dan memakan masa
https://www.facebook.com/groups/175807282600365/
sesiapa yg berminat hendak masuk group ini, sila hantarkan 'request' anda ke group di link sepertimana tertera itu.
Salam Silaturrahim dari Wan Malek.   

Terbitan Khas

Puisi Org Kampong:
dalam pilihanraya
ada calon yg menang banyak
ada yg sedikit sahaja
yang menang banyak lepas menang jadi pemalas
yang menang sedikit jadi rajin
contoh tok pa
hari2 dia turun padang bila dia balik kampong
sebab kalau dia malas
undi pru14 nanti sudah tentu makin kurang
lain sedikit di tempat saya
majoritinya agak banyak
batang hidung pun jarang nampak
tempat orang mati jauh sekali
tempat jamuan awal pula hadirnya
kalu lagu tu
baik hak menang sedikitlah
maah deh
ambo tegor seket jah nih
bule poso

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh

AlhamdulilLah syukur.
Semalam dapat berjumpa dgn YBhg. Kapt. (B) JP Hj. Wan Marzudi Dato' Hj. Wan Omar di kediamannya di Semerak sekembalinya dari Mekah. Lebih disyukuri dan melegakan apabila saya dimaklumkan bahawa sememangnya keputusan yg dibuatnya semasa di Mekah untuk tidak bertanding mana-mana jawatan di dalam UMNO Bahagian Pasir Puteh adalah muktamad. Dengan itu saya pun tidak perlu menulis apa-apa untuknya di dalam blog. Walau bagaimana pun, saya masih perlu menulis juga jika seseorang yang lain digantikan untuk bertanding dan orang itu ialah sahabat saya yang saya hormati dan muliakan. Tengoklah nanti.

Terbitan Khas

'Scholars & Learned'

Makluman Khas:
Sebagai pengenalan, pemegang2 PhD di dalam group ini ialah:
1) Prof Dr Wan Mohd Nor
2) Prof Dr Mustaffa Mohamed Zain
3) Prof Dr Rusli Ismail
4) Dato DrKaisan Rahman
5) Dr Fauzi Shaffie
6) Dr Zaiyadi Haji Awang Noh
7) Dr Alias Matderus
8) Dr Kamarul Yusoff
Manakala yg sedang dalam pengajian akhir ialah:
1) Ir. Mat Kamil Awang
2) Mustafa Ahmad
3) Zek Ab Rahman
Dengan ini saya mengistiharkan kesebelasan mereka sebagai panel kehormat group ini dan diharap mereka semua sudi dan bersedia serta ada kelapangan masa untuk memberikan respond terhadap sebarang persoalan yg akan dikemukakan oleh mana2 ahli group yg lain dari masa kesemasa.
Saya akan terus berusaha menghimpun seramai mungkin pemegang2 PhD dan bakal2nya ke dalam group ini.
Terima kasih dan Salam Silaturrahim.
Link : https://www.facebook.com/groups/362874977175211/

Terbitan Khas

"Scholars & Learned"
Harga diri seseorang bergantung kpd setinggi mana latar belakang pendidikannya.
Dalam konteks sekarang, ini bermakna siapa yg ada PhD, itulah harga diri yg termahal.
Mana mungkin seseorang yg ada SPM lebih tinggi drp STPM atau Diploma?
Mana mungkin seseorang yg ada STPM atau Diploma lebih tinggi drp Degree?
Mana mungkin seseorang yg ada Degree lebih tinggi drp Master?
Mana mungkin seseorang yg ada Master lebih tinggi drp PhD?
Sebab itu saya amat memandang tinggi dan menghormati serta memuliakan orang2 yg berkelulusan tinggi, walaupun saya sendiri tidak.
Itulah yg mendorong saya mewujudkan group ini
kerana saya mahu anak2 saya pun kalau boleh semuanya berkelulusan tinggi juga, kecuali yg tidak ada upaya diri.
Saya telah wujudkan satu wall baru yg saya namakan sebagai 'Scholars & Learned'. Terdapat dua kumpulan di dalam wall ini, iaitu pemegang2 PhD dan mereka yg bukan. Pemegang2 PhD (sekarang sudah terkumpul seramai 10 orang, 7 pemegang PhD dan 3 dalam pengajian akhir) akan menjawab sebarang persoalan yg dikemukakan oleh ahli2 lain secara ilmiah apabila ada diantara ahli2 yg ingin bertanya. Pertanyaan atau persoalan boleh meramgkumi apa sahaja bidang seperti politik, sosial, ekonomi, agama atau apa sahaja yg difikirkan relevan. Kepada sesiapa yg berminat untuk menyertai group ini, (jika ada akaun Facebook) bolehlah hantarkan request anda ke Link sepertimana di bawah ini:
https://www.facebook.com/groups/362874977175211/
Salam Silaturrahim. 

Wednesday 24 July 2013

Terbitan Khas

Sdr Wan Hassan Wan Ibrahim
walaupun tidak lagi bergelar YB
beliau masih kekal sebagai
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Semerak
dengan segala hal ehwal berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri
DUN Semerak berada dibawah tanggungjawabnya
termasuk jugalah urusan tanah dan pemilikannya
oleh itu
hormatilah beliau sebagai wakil kepada kerajaan negeri
disamping menghormati wakil kepada kerajaan pusat

Tuesday 23 July 2013

PRK DUN N.01 Kuala Besut (siri 14)

bn sudah tentu akan mempertahankan kerusi dun kuala besut habis2an hari ini
utk mengelak drp kerajaan yg ada tumbang
oleh itu segala yg ada harus 'dibelanjakan' bahkan 'digadaikan'
walaupun dengan cara yg salah
'the end justifies the means'
dan inilah yg pernah berlaku di dun semerak pada 5 mei yg lalu
demokrasi tidak lagi hidup sebagaimana sepatutnya
kui boti kui

PRK DUN N.01 Kuala Besut (siri 13)

Lebih kurang dua jam lagi
orang2 kuala besut mula mengundi
yg sudah kena 'pukau' dan termakan 'budi'
sudah tentu mengundi secara tak segar kerana tak sedar
yg tidak
sudah tentu mengundi secara segar kerana sedar
kalau yg tak sedar menang
itu tanda kuala besut belum segar lagi
kalau yg sedar menang
itu tanda kuala besut sudah segar
tanda segar dan sihat ialah
bpnya seimbang
iaitu 16-16

PRK DUN N.01 Kuala Besut (siri 12)

Sepanjang pemerhatian saya
terdapat dua perkara
yang sebelum ini
amat dititikberatkan oleh kedua2 parti pas dan umno
pas menitikberatkan soal 'cula'
sementara umno pula menitikberatkan soal 'winnable candidate'
sejak akhir2 ini
kedua2nya tidak lagi terpakai
'cula' pas tidak lagi boleh dibuat sandaran utk memastikan kemenangannya
sementara 'winnable candidate' umno pula langsung tidak logik dan praktikal
saya rasa prk kuala besut menjadi ukuran dan bukti
untuk kedua2 parti ini

PRK DUN N01 Kuala Besut (siri 11)

Bayangkanlah tuan2 dan puan2
jika parti umno dan bn
tidak menggunakan prk utk menawarkan projek2 secara tiba2
biar sama2 seperti pas berkempen dengan tangan kosong
agak2 macam mana?
sebab bagi saya
projek utk rakyat sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab biasa
keatas setiap kerajaan yg memerintah

PRK DUN N01 Kuala Besut (siri 10)

Majlis Profesor Kebangsaan patut mengawalselia peranan ahli2nya supaya integriti profession ini tidak direndahkan dengan kenyataan2 politik yang tidak bermutu dan tidak memperlihatkan ketinggian pemikiran seseorang professor dari sebuah universiti, apalagi jika ianya dibuat secara terbuka melalui media perdana.

PRK DUN N01 Kuala Besut (siri 9)

Ada diperkatakan bahawa NGO2 gergasi orang2 melayu iaitu PERKASA, GPMS, MBM dan PEKIDA sedang memainkan peranan aktif memberikan sokongan secara tak langsung kpd PAS di Kuala Besut kerana mahukan supaya agenda 16-16 tercapai. Dengan itu matlamat penyatuan UMNO dan PAS boleh bermula di negeri Terengganu untuk seterusnya merintis jalan kearah penggabungan kedua-dua parti terbesar orang2 melayu ini diperingkat kebangsaan pula.
Saya bersama sahabat baik saya Sdr Hj Ruslan Kasim Ketua Penerangan PERKASA di Kuala Besut tetapi belum melihat sebarang tanda jelas mengenai perkara ini. Mungkin agenda terselindung dan saya sangat menyokong jika pun ianya sesuatu yg benar.

Monday 22 July 2013

Terbitan Khas

YBhg. Kapt. (B) JP Hj. Wan Marzudi Dato' Hj. Wan Omar, Semerak telah selamat tiba di tanah air semalam setelah 14 hari di Mekah menunaikan ibadah umrah.
Sama2lah kita ucapkan Selamat Kembali.
Beliau telah membuat pendirian muktamad untuk tidak bertanding sebarang jawatan di dalam UMNO Bahagian Pasir Puteh dan memohon supaya tiada lagi mana2 pihak merayu beliau berbuat demikian. Beliau mahu memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap perniagaan 'Star Security' miliknya kerana operasi perniagaannya sedang berkembang pesat meliputi seluruh negara. 
Beliau memohon maaf dan salam darinya untuk semua kawan2.

Terbitan Khas

23hb Julai 2013, genaplah usia PM DS Najib 60 tahun (saya pun 60 juga tahun ini pada 5.1.2013 yg lalu)
Kalau pun kita menentang BN dan keseluruhan kepimpinannya disemua peringkat, namun beliau tetap PM Malaysia, sekurang2nya buat pada masa ini.
Oleh itu, sebagai menghormati beliau marilah sama2 kita ucapkan Selamat Hari Jadi kpdnya sambil berdoa semoga dipanjangkan umur dan sihat senantiasa.

Sunday 21 July 2013

Terbitan Khas

Saya setuju dgn pengujudan 'Sekolah Politik dan Sejarah Pantai Timur' sebagai forum baru dalam Facebook kerana rakyat Malaysia kena belajar semula tentang politik sebab UMNO dah banyak rosakkan iklim politik negara ini apabila terlalu dibiarkan ianya menjadi alat untuk kepentingan diri pemimpin2nya yang terlalu rakus mengaut keuntungan.

PRK DUN N01 Kuala Besut (siri 8)

Semalam saya hadir di majlis ceramah oleh DSAI di Alor Peroi, Kuala Besut.
Hebat ceramahnya
Isteri saya tanya..
'bukankah ini orangnya yg pernah satu masa dulu saya diajak utk melihat tayangan video skandal seks di Dewan Orang Ramai Kuala Besut yg telah disampaikan oleh seorang ustad UMNO dari Pasir Puteh?'
saya jawab..
'ya, tayangan itu diuruskan oleh Pendeta Pasir Puteh dibawah Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh dan inilah orangnya yg sekarang masih juga lagi berada dalam parlimen sebagai ketua pembangkang'
isteri saya kata..
'heran jugak, sebegitu kuat dan hebat UMNO nak jatuhkan dan lenyapkan dia dari arena politik negara, dia masih kekal hebat dan semakin diterima rakyat'
saya kata..
'perjuangan itu kalau besar, besarlah cabaran dan pengorbanannya'

PRK DUN N01 Kuala Besut (siri 7)

Kalau PAS kalah dlm PRK DUN N01 Kuala Besut
itu bermakna wang adalah segala2nya
kerana pilihanraya di perkampungan melayu pantai timur
tidak sama umpan yg digunakan BN di tempat2 lain di kawasan yg maju
umpan di sebelah sini ialah wang dan projek
sedangkan di sebelah sana ialah keintelektualan dan sikap
sebab itu kekalahan PAS dan PR di kawasan pantai timur
bukan kekalahan politik semata2
tetapi kekalahan mentaliti
sementara kemenangan UMNO dan BN pula
adalah kemenangan yang diasaskan dengan kepalsuan dan kebendaan

Friday 19 July 2013

Terbitan Khas

PM Najib kena ubah kaedah pemberian wang BR1M di masa hadapan, jika ada lagi.
Pemberian itu hendaklah bukan melalui UMNO Bahagian lagi tetapi melalui badan2 lain yang 'non-political'. Ini adalah kerana pemimpin2 UMNO terutamanya Ketua UMNO Bahagian telah mengambil kesempatan menggunakan peluang pemberian ini semata2 untuk kepentingan diri dan politiknya. Mereka telah menyalahgunakan majlis penyampaian wang ini dengan sesuka hati mereka seolah-olah wang ini adalah wang mereka bukan wang kerajaan. Berbagai2 bentuk tekanan telah diadakan demi kepentingan politik mereka seperti membuat syarahan yang terlalu panjang dan membosankan. Pengerusi2 JKKKP pula mengambil kesempatan untuk menunjuk-nunjukkan kuasa mereka dengan mengenakan juga tekanan2 tertentu.
Saya harap 'Rakyat Didahulukan' benar2 dilaksanakan sepertimana yang dislogankan.
Salam Silaturrahim.

Terbitan Khas

Cucunda lelaki saya yg berumur 7 tahun sudah berpindah sekolah dari SK Cherang Ruku ke SK Seri Aman, Taman Coalfields, Sungai Buloh setelah bersama dengan saya sejak kecil lagi. Ini bermakna juga, cucunda saya ini pun sudah mulai 're-unite' dgn ibu dan adik perempuannya di sana. AlhamdulilLah dan diharap beliau boleh sesuaikan dirinya dgn suasana dan persekitaran di sana.
Oleh itu, saya pun merasa lega juga kerana tidak lagi ada kena mengena dgn SK Cherang Ruku. Tak payahlah lagi hadir ke mesyuarat PIBG untuk mendengar ucapan perasmian yang membosankan oleh orang politik.
Apa pun, saya ingin ucapkan berbanyak2 terima kasih kpd Tuan Guru Besar SK Cherang Ruku serta mana2 guru yang telah berkesempatan mendidik cucunda saya itu walaupun dalam masa yg singkat, terutamanya Cikgu Jamilah Mis, guru kelas Tahun 1 Ikhlas.
Salam Silaturrahim.

Terbitan Khas

Saya tak pernah hadir sebagai pemerhati dlm parlimen dan tidak tahu samada sebelum ini pernah ada ke tidak seorang ahli parlimen pembangkang sehebat rafizi ramli. Pada saya dia 2nd to anwar ibrahim sekarang.
Cara penyampaiannya dan perkara yang dibangkitkan ada kelas. Maka saya teringat dlm ramai2 kawan fb saya pun, ada juga 2 org yg sama stail dan kebolehan berbahas seperti rafizi. Mereka ialah Sdr Ir. Mat Kamil Awang dan Sdr Dr. Fauzi Shaffie. Kalaulah mereka berdua ni jadi mp juga, saya rasa bergegarlah parlimen.
terus diiukuti oleh komen balas oleh seorang rakan fb saya yang saya sangat hurmati iaitu YBhg Lt Gen (B) Dato' Nawi Alias, TUDM, bekas panglima TUDM...
Nawi Alias Saya pandang Rafizi sebagai seorang pemimpin Melayu (jangan dikira partinya) yang berkualiti dan berjaya memikat pendengar. Hujah-hujah nya disertai dengan fakta yang sukar untuk di"serang balas". Kalau kita ada 5 atau 6 orang MP macam Rafizi dalam BN dan PR, barulah Parlimen Malaysia ada kualiti sikit.

Thursday 18 July 2013

Terbitan Khas

Berikut ialah respon oleh YBhg Dato' Riduan mengenai posting saya dalam hal PERKASA itu melalui emel....
RE: Blog "AbeLek RM"
From
Mohamad Riduan Junoh
To
Wan Malek

Saudara Wan Malek ,

Kenapa keahlian Perkasa terdiri dari bekas pemimpin UMNO saja, jawapanya senang pasal Perkasa ditubuhkan oleh Brahim yg masa itu telah dibuang oleh UMNO dan tujuan dia hendak membodekkan Pak Lah dan Tok Jib, pejuangan mereka bukan sangat untuk ugama dan Bangsa akan tetapi kearah kepentingan peribadi pemimpin atasan, Tanya mereka apa yg telah Perkasa buat untuk memertabakan ugama Islam dan menjaga kepentingan bumiputra 70% didalam apa bentuk perniagaan yg mana telah termaktub didalam Dasar Ekonomi Baru, Gejala Sosial amat menyedihkan, kenapa Perkasa tidak memperjuangkan dan menekan pemerentah agar pihak yg berwajib lebih peka dan mengambil tindakkan yg bersungguh-sungguh.Perkasa yg saya Nampak hanyalah menekam beberapa pemimpin parti pembangkang saja. Tak lebih dari itu.

Salam .

Terbitan Khas

Buat pada masa ini kepimpinan tertinggi PERKASA dibarisi oleh tokoh2 UMNO sahaja, baik diperingkat pusat mahu pun diperingkat daerah. Inilah kesilapan dan kegagalan PERKASA.
Saya ingin cadangkan supaya kepimpinan tertingginya dibarisi oleh tokoh2 UMNO dan juga PAS selepas ini. Ini boleh dilakukan dengan cara mengadakan 'kuota' untuk jawatan2 tertinggi itu supaya ianya menampakkan keseimbangan. Kalau pun tidak boleh dicari seorang yang 'non-partisan', setidak2nya ianya boleh melambangkan sebuah NGO melayu yang memperjuangkan kepentingan dan hak2 orang melayu untuk seluruh orang2 melayu tanpa mengira fahaman politiknya. Ini boleh dicapai hanya jika sekiranya barisan kepimpinannya terdiri daripada tokoh2 kepimpinan dari pelbagai parti politik.

Terbitan Khas

Ada kawan2 yg berkata bahawa saya menulis seperti orang PAS di dalam FB dan blog saya.
Untuk pengetahuan kawan2 saya yg berkenaan itu, saya bukan ahli PAS atau mana2 parti politik lain termasuk jugalah bukan lagi ahli UMNO tetapi saya menulis sebagai seorang pengkritik bebas. Apa yang saya rasa betul dipihak mana2 parti pun saya akan sokong dan apa yang tidak betul saya akan kritik.
Dengan penjelasan ini, diharap kawan2 saya yg berkenaan itu faham mengenai sikap politik saya pada masa ini. Ini juga bermaksud bahawa saya tidak berminat untuk menyertai mana2 parti politik lain dan belum masanya saya membuat sebarang keputusan mengenainya.
Salam Silaturrahim.

Wednesday 17 July 2013

PRK DUN N1 Kuala Besut (siri 6)

PRK N01 Kuala Besut bermungkinan menyaksikan sedikit kelainan dalam urusan penggunaan dakwat kekal. YB Dato' Seri Idris Jusoh akan mencadangkan kepada SPR supaya proses mencelup jari dilakukan 'selepas' seseorang itu mengundi kerana jika dibuat sebelum mengundi, kertas2 undi boleh tercemar.
Ada juga logiknya. Namun, jika ianya dilakukan selepas mengundi, saya khuatir akan ada orang2 yg akan berjalan keluar secara bersahaja tanpa mempedulikan arahan supaya mencelup jarinya itu. Sebabnya ialah, mencelup jari bukan lagi dirasakan penting kerana tugas penting mengundi sudah selesai. Jika ianya sebelum mengundi, seseorang itu akan secara otomatik menghulur atau mencelup jarinya kerana proses ini seolah2 dirasakan seperti 'syarat' utk melayakkan beliau ke meja undi.
Saya rasa cadangan Tuk Yeh tak berapa profesional. 

Thursday 11 July 2013

PRK DUN N01 Kuala Besut (siri 5)

Gagasan 16-16 yang dijadikan sebagai bahan kempen utama oleh pas dalam prk ini boleh membuatkan org2 kuala besut sendiri kaya raya
kerana dengan ketakutan yg teramat sangat
bn akan menghabiskan stok simpanan kantongnya
utk ditabur kpd seluruh pengundi2 kuala besut melalui berbagai2 cara
terutamanya kpd pengundi2 pas
seperti yg dilakukan di tempat jiran bersebelahannya tempuh hari
oleh itu
kempen ini sangat berkesan dan menguntungkan org2 kuala besut secara tak langsung
beruntung siapa yang menjadi pengundi kuala besut
kerana saya yakin bn besut tidak mengamalkan
paksaan berangkat2 sumpah dgn berletak2 tangan di atas kitab suci al-Quran
seperti yg berlaku di tempat jiran bersebelahannya baru2 ini
oleh itu
"...ade bahang,
undi dak pe,
itu hak masing2 pahamang,
sebab dok akat supoh..."
(org kuala berang pesang kpd org kuala besut gitu lah)

PRK DUN N01 Kuala Besut (siri 4)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPRlarangpasangreplika/m/mArticle

replika sepatutnya takdak masalah, yg berbentuk manusia atau haiwan memang tak bolehlah, tapi kalau yg berbentuk jet mas atau airasia atau sukhoi, sepatutnya biarkanlah, mungkin budak2 yg buat tu bercita2 nak jadi pilot

selain drp tu, saya rasa larangan seperti ini hanya akan dijadikan bahan ketawa keatas spr shj kerana budak2 besut sudah terkenal dgn kelebihan 'degil'nya, maklumlah banyak budak2 di sini dari golongan kaum nelayan yg lasak

oleh itu jika larangan ini dikuatkuasakan juga, ianya boleh pula mengundang implikasi negatif seperti ransangan perbalahan sesama mereka kerana sudah tentu ada yg akan cuba lakukan sabotaj atau provokasi keatas pihak yg lain, contohnya, ada pihak yg degil lalu membuat juga replika, malam esok replika ini dirosakkan, bayangkanlah kemungkinannya

oleh itu, bagi saya larangan ini walaupun berakta, elok dilonggarkan sahaja kerana pesta pilihanraya bukan selalu, kali inilah sahaja orang2 muda kuala besut hendak menunjuk bakat seni mereka dengan mengambil peluang prk ini, lagi pun, tidak ada rekod perbalahan yg serious yg ada sangkut paut dgn replika selama ini baik di mana2 pun  

selain drp itu, spr tak sepatutnya keluarkan sesuatu arahan secara janggal dan tergesa2, sepatutnya larangan seperti ini kena dibuat awal2 lagi dan masa yg sesuai ialah sebelum pru13 baru2 ini barulah arahan itu meliputi seluruh negara 

PRK DUN N01 Kuala Besut (siri 3)

hari ini hari penamaan calon prk pertama selepas pru13
sudah tentu kedua2 belah pihak akan mulai bertungkus lumus
bn akan bermati2an cuba mempertahankan semula kerusinya
kerana kekalahan bererti mati hidup kerajaan negeri
manakala pas pula akan juga bermati2an cuba mengambilalih
kerana kemenangan bererti menambah sebuah lagi negeri di bawah pr
biarlah pengundi2 kuala besut menentukannya pd 24hb ini
saya rasa faktor calon mungkin menjadi faktor penentu

Terbitan Khas

Umum sudah tahu bahawa zaman sekarang wang ialah segala2nya dlm politik
tiada wang tiada politik
gejala politik wang dimulai oleh umno sendiri
dan kini sudah menjadi darah daging politik malaysia
walaupun tidak berjangkit kpd pas
namun pas mahu tak mahu terpaksa juga mengikut rentak dan irama yg dimainkan oleh umno
kerana inilah sahaja jalannya yg ada utk bersaing dgn umno
maka
tidak hairanlah jika prk dun kuala besut ini
kedua2 pihak berlumba2 menjadi 'pemurah'

Wednesday 10 July 2013

PRK DUN N01 Kuala Besut (siri 2)



Semerak terletak bersempadan dengan Kuala Besut. Kuala Besut ialah DUN yang sedang sibuk dengan PRK kerana kematian ADUN pada 5hb Jun yang lalu. Jika sesiapa ke sana sekarang, tiadalah cerita lain di kedai-kedai kopi kecuali cerita mengenai PRK pada 24hb Julai ini sementara esok 12hb Julai ialah hari penamaan calon.

“Orang-orang luar” yang paling ramai mengunjungi Kuala Besut sudah tentulah orang-orang Semerak. Mereka sudah biasa melangkah sempadan negeri ke sana pada setiap hari Jumaat untuk membeli belah di pasar minggu. Peraih-peraih ikan pula ke sana untuk memborong ikan di jeti perikanan. Selain daripada mereka ini, orang-orang Semerak ramai yang ada saudara mara yang tinggal di Kuala Besut seperti saya. Oleh itu, orang-orang Semeraklah sebagai orang luar yang lebih ramai berkunjung ke sana berbanding dengan orang-orang dari kawasan lain.
 
Budaya hidup, mata pencarian utama dan loghat percakapan orang-orang Kuala Besut sama dengan orang-orang Semerak walaupun Kuala Besut berada di dalam negeri Terengganu. Oleh itu, PRK pada kali ini sangat-sangatlah dirasai dan dihayati juga oleh orang-orang Semerak. Kalau Semerak dikuasai oleh BN, maka Kuala Besut pun diharapkan kekal semula dengan BN seperti dahulu. Inilah harapan yang dibawa oleh orang-orang Semerak di dalam hati mereka walaupun ianya tidak terucap secara jelas.

Saya tidak melihat secara itu sahaja. Kuala Besut bukan seperti Semerak. Kalau Semerak berada dibawah pemerintahan kerajaan PAS, Kuala Besut masih lagi dibawah BN. Seandainya Semerak diadakan PRK, ianya masih tetap dibawah kerajaan negeri pimpinan PAS sekali pun BN menang lagi. Kuala Besut berbeza. Jika BN menang, kuasa pemerintahan negeri kekal dibawah BN. Jika sebaliknya, kuasa pemerintahan boleh bertukar tangan.

Ini bermakna kerajaan BN negeri Terengganu berada di hujung tanduk kerana nasibnya betul-betul berada di tangan DUN Kuala Besut. Sebab itu, Timbalan Pengarah Pilihanraya DUN Kuala Besut yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut berkata, peluang untuk PAS menang adalah sangat tipis kerana hendak menarik seribu lebih pengundi sudah tentu sangat sukar apabila PRU13 baru sahaja sebulan lebih berlalu. Maka sebab itulah juga, beliau telah sarankan supaya PAS tidak meletakkan calonnya untuk bertanding dalam PRK ini. Katanya lagi, jika ini boleh dilakukan, tindakan ini juga sekaligus sebagai menghormati Allahyarham ADUN yang baru meninggal itu.  

Inilah diantara modal perbualan yang dipercakapkan oleh orang-orang Kuala Besut sehari dua ini. Mereka bertanya bagaimana seorang pemimpin politik seperti itu boleh menyarankan supaya PAS tidak meletakkan calonnya hanya semata-mata untuk menghormati seorang wakil rakyat BN yang telah meninggal dunia? Kenapa PAS sahaja yang diminta supaya berbuat sedemikian? Bagaimana pula jika wakil rakyat yang meninggal nanti adalah wakil rakyat PAS? Apakah BN sanggup menghormati wakil rakyat PAS yang meninggal itu dengan cara tidak meletakkan calonnya untuk bertanding?

Kata mereka, kadang-kadang inilah caranya seseorang pemimpin politik itu bercakap apabila beliau merasa tertekan dan dibayangi kekhuatiran melampau akan kehilangan kerusi partinya sekaligus hilang juga kuasa diperingkat negeri. Prinsip demokrasi pun hendak dicabuli padahal sistem pilihanraya semula sudah lama diamalkan apabila ada kematian wakil rakyat. Oleh itu, saranan seperti itu dianggap tidak logik dan tidak sepatutnya datang dari seseorang yang menjawat jawatan menteri dan juga bekas menteri besar.

Orang-orang Semerak adalah “orang-orang luar” yang paling hampir dengan Kuala Besut. Sebab itulah, orang-orang Semerak lebih mengetahui tentang Kuala Besut dan pengundi-pengundinya. Oleh itu, tidaklah menjadi sesuatu yang ganjil apabila pemimpin politik dari Semerak merupakan ‘pemimpin luar’ yang paling aktif membantu. 

ADUN Semerak sudah tentulah orangnya yang paling utama dari BN Kelantan selain daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO sendiri. Beliau tidak perlu berkampong di sana seperti lain-lain wakil rakyat kerana jarak dari rumahnya yang sangat berdekatan. Dengan semangat supaya BN boleh mengekalkan semula kerusi DUN Kuala Besut, beliau sudah tentu akan bekerja keras siang dan malam membantu calon BN DUN Kuala Besut.

Semangat seperti ini adalah semulajadi sebenarnya bagi setiap wakil rakyat di mana-mana pun. Wakil rakyat BN sudah tentu datang membantu calon BN, manakala wakil rakyat PR sudah tentu datang membantu calon PR, tak kiralah dari negeri mana sekali pun. 

Yang perlu disedari dan dibezakan ialah wakil-wakil rakyat itu ada yang datangnya dari negeri-negeri yang diperintah oleh BN dan ada yang diperintah oleh PR. Ada wakil rakyat BN dari negeri yang jauh dan negerinya diperintah oleh BN. Ada wakil rakyat BN dari negeri yang dekat tetapi negerinya diperintah oleh PR. Yang jauh itu datang membawa modal yang lengkap kedua-duanya sekali iaitu dirinya sendiri menang dan negeri juga diperintah oleh BN. Yang dekat walaupun bersempadan hanya sekadar boleh berbangga dengan kemenangan dirinya sendiri sahaja tetapi tidak boleh membawa contoh kerja untuk menawan negeri kerana negeri sendiri pun masih lagi dikuasai oleh parti lain walaupun telah berhempas pulas selama puluhan tahun.

Oleh itu, wakil rakyat BN dari negeri Kelantan terutamanya yang berjiran dengan Kuala Besut contohnya, tiada apalah yang boleh diharapkan sangat oleh pengundi-pengundi Kuala Besut kerana mereka pun gagal menguasai negeri sendiri.

Justeru itu, saya sarankan supaya wakil-wakil rakyat BN negeri Kelantan janganlah terlalu ghairah hendak membantu calon negeri orang. Jika pun hendak membantu sebagai kawan separti dan seperjuangan, janganlah terlalu banyak menggunakan masa di sana sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat sendiri.

Salam Silaturrahim
Drp
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak       

Sunday 7 July 2013

Terbitan Khas

Apabila anda mengambil sikap'non-partisan'
anda bebas sebebas2nya untuk berkata atau menulis atau berdiam diri sahaja
di dalam fb atau blog saya contohnya
ada masanya saya dilihat menyokong bn atau mana2 kepimpinan partinya
ada masanya tidak atau menentang
ada masanya saya dilihat menyokong pr atau mana2 kepimpinan partinya
ada masanya tidak atau menentang
di luar sana juga
ada masanya saya dilihat berdampingan dgn mana2 pemimpin bn atau partinya
ada masanya saya dilihat juga berdampingan dgn mana2 pemimpin pr atau partinya
maknanya
saya tetap menyokong apa sahaja yang betul dipihak bn
tetapi tetap menentang apa sahaja yang tidak
dan saya tetap juga menyokong apa sahaja yang betul dipihak pr
tetapi tetap juga menentang apa sahaja yang tidak
itulah sikap dan pendirian yang saya ambil sebagai 'non-partisan'
kerana mengutamakan perpaduan orang2 melayu
melalui dua parti terbesar orang2 melayu
iaitu umno dan pas
Salam Silaturrahim.

Terbitan Khas

Makluman Khas:
YBhg. Kapt. (B) JP Hj. Wan Marzudi Bin Dato' Hj. Wan Omar dan isteri akan berlepas ke Mekah tengah hari ini untuk menunaikan ibadah umrah.
Sama-samalah kita ucapkan Selamat Jalan kpd mereka berdua.
Dengan doa semoga selamat pergi dan selamat pulang dan sihat sepanjang tempuh di sana.
Tarikh pulang 22hb Julai, 2013.
Semoga sepulangnya beliau nanti, satu keputusan muktamad yang penting akan dibuatnya, insya Allah.
Harap maklum.
(beliau dijadualkan menerima anugerah Dato' Kelantan pada bulan Nov ini)

Terbitan Khas

Harga Makanan Di Kantin Sebuah Sekolah Menengah Di Semerak Terlalu Mahal
Ramai pelajar2 sebuah sekolah menengah di Semerak merungut harga makanan dikantin sekolah itu terlalu mahal
mereka nak bawa bekal sendiri tetapi pihak sekolah tidak membenarkan
diharap pihak PPD dan JPN membuat pemantauan yang sewajarnya
kalau di tempat bas ekspres berhenti harganya mahal kerana pihak peniaga terpaksa menampong balik kos makanan dan minuman percuma keatas pemandu2
apakah pihak kantin sekolah ini seperti itu juga?
terpaksa menampong balik kos dan minuman percuma kepada guru2?

Saturday 6 July 2013

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh 2013 (siri 3)


Susah untuk diramalkan samada jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh akan menyaksikan pertandingan atau pun tidak.  Masanya masih terlalu awal untuk saya menulis siapa yang akan mencabar Ketua sekarang. Desas desusnya sudah ada tetapi belum dapat dikenalpasti secara jelas. Ada yang berkata Timbalan Ketua akan mencabar, ada juga yang berkata orang lain.

Siapa yang akan mencabarnya sangatlah penting untuk ahli-ahli UMNO mengetahuinya. Lebih awal diketahui lebih baik kerana mengenalpasti calon yang akan bertanding dalam pemilihan Bahagian bukan seperti mengenalpasti calon pilihanraya. Keputusan untuk bertanding dalam Bahagian terpulang kepada calon yang berkenaan itu sedangkan keputusan siapa calon pilihanraya terletak di tangan pucuk kepimpinan parti.

Calon yang akan bertanding ini sangat penting untuk diketahui kerana orang ramai hendak membuat ukuran samada beliau atau mana-mana lain orang mampu dan layak atau pun tidak. Walaupun senario sangat memihak kepada orang yang akan menentang Ketua yang memegang jawatan ini sekarang, segala-galanya masih juga bergantung kepada sejauh mana kemampuan dan kekuatan peribadi calon yang berkenaan itu. Ini sangat berbeza dengan calon pilihanraya dimana kekuatan peribadi seseorang calon itu bukan faktor terpenting kerana partilah yang akan membantunya, sedangkan calon untuk pemilihan Bahagian bergantung sepenuhnya kepada kemampuan peribadinya. Inilah penilaian yang akan dibuat oleh perwakilan-perwakilan dalam mesyuarat-mesyuarat Cawangan nanti.

Maknanya, memilih seorang wakil rakyat hanyalah kerja memilih seorang wakil kepada rakyat untuk urusan-urusan diantara rakyat dan kerajaan sahaja sedangkan memilih seorang Ketua UMNO Bahagian adalah memilih seorang ‘pemimpin’ yang akan memimpin seluruh ahli-ahli UMNO di dalam sesebuah Bahagian itu.

Sifat dan tugas kedua-dua orang ini sangatlah berbeza dan tidak sewajarnya dipegang oleh seorang sahaja. Lebih baik setiap jawatan ini disandang oleh orang yang berlainan kerana masing-masing boleh memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jika kedua-dua jawatan ini disandang oleh orang yang sama, kecenderungan berlakunya ‘conflict of interest’ adalah amat tinggi. Bila ini berlaku, sudah tentulah kerja tidak menjadi dan berkesan atau banyak kerja yang tidak akan mencapai matlamat kesamarataan untuk orang ramai.

Oleh itu, saya menyokong jika ada sesiapa yang akan mencabar Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh ini. Sokongan saya akan saya zahirkan melalui banyak tulisan-tulisan yang akan diterbitkan di dalam blog saya ini dari masa kesemasa sehingga selesai pemilihan.

Salam Silaturrahim
Drp
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak.