Friday 31 May 2013

Terbitan Khas

Penyatuan UMNO dan PAS
Cara kerja PAS 'simple' dan jelas
yg utama ceramah
kerja boleh upah tenaga pakar buat
ini memberikan peluang pekerjaan kpd mereka
sebab itu
idea pemimpin2 pas melebihi pemimpin2 umno
cumanya
'pitish' takdak
sebab itu kalau pas bersatu dgn umno
idea banyak
'pitish' pun banyak

Wednesday 29 May 2013

Terbitan Khas

Pesanan Khas:
Sebelum pilihanraya
kepimpinan umno pp dan jenteranya spt jkkkp dan lain2
sangat baik dan mesra dgn orang2 pas
selepas pilihanraya
mereka menjadi sebaliknya secara tergesa2
apabila calon yg disokong itu menang dan pusat masih kekal di tangan bn
mereka inilah diantara batu2 penghalang
kpd usaha perpaduan orang2 melayu melalui penyatuan umno dan pas
semoleknya
sikap menunjuk2 kuasa secara bernafsu seperti ini diredakan sedikit

Sunday 26 May 2013

Terbitan Khas

Puisi Orang Kampong:

Politik bukan seperti perlawanan bola
untuk pasukan kelantan contohnya
hanya ada penyokong2 kelantan
untuk pasukan jdt contohnya
hanya ada penyokong2 jdt
walaupun stadium penuh
tetapi mereka semua adalah penyokong2 dari dua pasukan ini sahaja
tambah2 jika ke final
tidak ada bangku2 lain diantara mereka
untuk penyokong2 neutral

Dalam politik bukan seperti itu
Ramai juga yang tidak berpihak
tidak menyokong dan tidak juga menentang
mereka inilah pengamal demokrasi tulen
saya sebahagian daripada mereka sekarang
iaitu  rakyat biasa yang 'non-partisan'

Namun
saya tidak mahu mempertikaikan mana2 orang yang memegang jawatan politik
secara keterlaluan
baik dipihak mana sekali pun
baik yang memegang sebawah2 jawatan
sehinggalah seatas2nya
sebab pendirian 'non-partisan'
ialah menyokong mana yang betul
mengkritik mana yang tidak
dan bebas memilih semasa pilihanraya

Apa2 pun
saya tetap menyokong
UMNO dan PAS bersatu
atau
PAS dan UMNO bersatu

(bayangkanlah betapa indah dan kuatnya org2 melayu jika kedua2 parti besar org2 melayu ini bersatu, masalah remeh temeh yang membuatkan org2 melayu leka akan dikurangkan, kerja2 memajukan negara akan berjalan dgn lebih lancar dan yg paling penting agama Islam terpelihara)

Saturday 25 May 2013

Terbitan Khas

Peringatan Khas kpd semua kawan2 FB:
SKM tidak ada kuasa untuk melakukan pendakwaan terhadap mana2 pengamal media sosial yg melakukan kesalahan mengikut akta komunikasi dan multimedia tetapi akan bekerjasama dgn pihak polis untuk tujuan itu.
Mana2 kesalahan yang melibatkan penghinaan terhadap Institusi DiRaja, denda boleh mencapai RM50 ribu dan penjara 2 tahun.
Oleh itu, pakat2lah beringat dan menjaga apa yang ditulis supaya ianya tidak sekali2 menyentuh institusi ini dan juga mengelak daripada menyentuh isu2 yang membawa kepada sentimen hasutan atau sensitiviti perkauman dan juga agama.
Sekadar ingatan.
Salam Silaturrahim.

Friday 24 May 2013

MyDiary Pasca PRU13-6

Beberapa C & P posting saya di dalam Facebook

Makmal Politik BN diwujudkan
untuk ahli dan juga yang bukan ahli
sebagai seorang 'non-partisan'
saya menyambut baik idea dan usaha ini
jika peranannya lebih kepada
memupuk ahli2 parti kearah
semangat perpaduan orang2 melayu
termasuk kearah penyatuan umno dan pas
jika sekadar sebagai makmal sekolah
dan peserta2 yg masuk sekadar nak buat kajian sahaja
saya rasa ianya hanya akan membuang masa


'Makmal' hanya berfungsi untuk tujuan penyelidikan sahaja
saya cadangkan supaya diwujudkan juga
'Bengkel Politik BN'
kerana ianya lebih berfaedah
untuk membaikpulih ahli2nya
yang rosak sana sini
namun
'spare part' yang diperlukan
hendaklah mencukupi dan 'original'


tv1 baru selesai rancangan 'Lanskap'
tv1 terus memanjangkan perbincangan politik pasca pru13
malam ini membincangkan isu 'black 505'
sudah tentulah tv1 yg dikuasai oleh pemerintah
akan tetap memelihara dan mempertahankan kepentingan bn
maka
orang ramai yang menontonnya
sudah tentulah 99.9% penyokong2 bn
dan 99.9% ini hanyalah separuh dari keseluruhan rakyat negara ini
kerana yg separuh lagi itu
sudah tentu tidak berminat untuk menonton rancangan ini
oleh itu
bukankah sudah sampai masanya
utk rtm merombak dasarnya secara drastik
supaya perbahasan terbuka diadakan untuk siaran
dengan peluang yang sama dan adil
diberikan kpd kedua2 belah pihak
bn dan pr
kerana jika ini dapat dilakukan
barulah siaran rtm akan ditonton oleh semua rakyat negara ini


Ambo harap
sehari selepas pru13
hinggalah sehari sebelum pru14 ini
harapnya kedua2 kepimpinan tertinggi
kedua2 parti umno dan pas
memberikan perhatian dan tindakan
kearah penyatuan kedua2 parti besar org2 melayu ini
oleh itu
ore2 kelate pakat jabat salamlah belako
ore umno hulur ke ore pas
ore pas pun hulurlah juga ke ore umno
 
 

Thursday 23 May 2013

MyDiary Pasca PRU13 - 5

Pandangan Peribadi:
Jika dianggap tabloid2 parti pembangkang sebagai risalah2 hasutan politik,
saya masih ragu keberkesanan tindakan KDN merampas tabloid2 itu semalam
boleh menyelesaikan masalah dan isu pokok.
Tindakan seperti itu sudah tentu akan dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai langkah2 drastik awal oleh seorang menteri baru dalam usahanya untuk menyekat, bahkan menafikan hak dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia .
Jika ini matlamatnya, maka demokrasi dalam ertikatanya yg sebenar, tidak akan subur.
Jika ini matlamatnya, maka parti UMNO dan BN sendiri menjadi semakin dibenci dan dicemuh oleh rakyat Malaysia disebabkan oleh pemimpinnya sendiri yg tidak bijak menangani masalah kerana mereka akan lebih dilihat sebagai hendak mempopularkan diri sahaja menjelang pemilihan parti.
Saya cadangkan tindakan seperti itu diredakan semula seperti biasa atau terus menarik balik.
Adalah lebih baik pihak kerajaan pusat melalui saluran BNnya menjawab sahaja segala apa yg terkandung di dalam tabloid2 itu. Kerajaan boleh susulkan tabloid sendiri untuk tujuan itu.
Apa yang patut diharamkan secara tegas adalah perkara2 yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, iaitu isu yg diterbitkan, bukan tabloid itu. Perkara selain drp itu hendaklah diberikan kebebasan kpd rakyat untuk bersuara kerana jika pun suara mereka disekat, minda mereka masih juga bebas. Mereka sudah boleh nampak apa yang tidak nampak atau tersembunyi.
drp: rakyat biasa yg 'non-partisan'

Monday 20 May 2013

MyDiary PRU13 - 4

UMNO SUDAH HENDAK MATI?

Selepas perlantikan barisan kabinet baru oleh PM Najib baru-baru ini, semua rakyat Malaysia terutamanya orang-orang melayu mengintai-intai mana diantara mereka yang boleh diharapkan untuk mengembalikan semula sokongan orang-orang melayu terhadap UMNO.

Orang bukan sahaja ingin melihat mereka yang dilantik itu berupaya atau pun tidak untuk membawa kemajuan kepada negara, tetapi orang mahu melihat juga siapakah diantara mereka yang mampu menjadi 'pembela' kepada nasib orang-orang melayu. Ini adalah kerana PM ialah orang UMNO, TPM orang UMNO, dan sebahagian besar menteri-menteri pun orang-orang UMNO juga. Oleh itu, walaupun barisan kabinet itu ialah barisan pentadbir negara, mahu tidak mahu UMNO masih juga tidak boleh dipisahkan darinya.

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang mereka ini kerana saya lebih suka kepada perkara-perkara asas atau 'basic' sahaja sebagai blogger amatur. Oleh itu, bagi saya siapa mereka tidak penting, yang penting ialah apa yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO di peringkat 'foundation' seperti Bahagian dan Cawangan.

Bagi saya, mereka di sinilah yang sebenarnya perlu memperbetulkan sikap dan kerja mereka.

Terdapat beberapa pandangan yang bermacam-macam dalam soal ini. Ada yang berkata, semuanya salah parti-parti lain yang siang malam kerjanya menghasut orang-orang melayu. Ada juga yang menyalahkan parti sendiri. Saya berpihak kepada yang kedua.

Saya berkata begini kerana, masalah sokongan terhadap UMNO yang semakin hari semakin merosot dikalangan orang-orang melayu ialah disebabkan tingkahlaku tamak haloba pemimpin-pemimpinnya sendiri. Ini sangat dapat dirasakan oleh mereka yang telah lama menjadi ahli UMNO seperti saya. Kalau dahulu, pemimpin-pemimpin UMNO termasuk orang-orang rapatnya sanggup berkorban harta dan benda demi UMNO walaupun susah dan miskin, sekarang pemimpin-pemimpinnyalah yang mendahului dalam rebutan untuk mendapatkan peluang-peluang mengaut keuntungan kebendaan dengan menggunakan kedudukan dan jawatan. Kata-kata seperti ini sudah agak sinonim dengan UMNO, 'siapa yang nak jadi kaya, aktifkan sedikit diri anda dalam UMNO dan rapatkan diri anda dengan kepimpinan parti, pasti tuah akan datang bergolek'.

Sebab itulah, jika kita perhatikan betul-betul, ramailah tenaga-tenaga yang bekerja untuk parti UMNO sekarang, dahulunya miskin tetapi sudah menjadi kaya dan sombong setelah mereka berbuat seperti itu.

Oleh itu, jika UMNO hendak dipulihkan semula sokongannya oleh orang-orang melayu, tiadalah lagi jalan atau cara lain, melainkan membuang penyakit ini. Jika dibiarkan terus menular, saya pasti semakin hari semakin merudum sokongan oleh orang-orang melayu ini.

UMNO tidak boleh dijadikan sebagai 'platform' untuk tujuan mencari peluang. UMNO seharusnya dijadikan sebagai sebuah parti politik yang tidak memberikan sebarang keuntungan peribadi kepada mana-mana pemimpin kecuali nikmat dari hasil perjuangannya sepertimana matlamat asal penubuhannya.

Jika ianya masih dibiarkan, barah atau 'canser' yang menyerang itu mungkin tidak lagi boleh dibendung dan diubati, maka kaedah memotong mana-mana bahagian tubuhnya pun sudah tidak memadai.

Pada masa itu, kita akan bersetuju dengan pendapat orang-orang melayu yang berkata pada hari ini, bahawa 'UMNO Sudah Hendak Mati' dan yang mematikannya ialah pemimpin-pemimpinnya sendiri.

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak.







Thursday 9 May 2013

MyDiary PRU13-3



Kemenangan Yang Semakin Merendahkan Mutu Pemikiran Pengundi

DUN N31 Semerak sudah menpunyai wakil rakyat baru. Pilihanraya 5hb yang lalu telah memberikan ‘advantage’ kepada calon BN walaupun kemenangannya penuh dengan cerita-cerita yang setengahnya tak masuk akal. Kemenangannya itu telah mengakibatkan orang-orang Semerak menjadi was-was.

Walau apa pun keadaannya, calon BN itu telah pun menang. Ramai yang berkata bahawa, tak kiralah dengan apa cara sekali pun, yang penting calon BN menang dan calon PAS kalah. Seolah-olah ‘the end justifies the means’.

Pada hari ini, sudah terbukti bahawa jentera pilihanraya BN DUN N31 Semerak menjadi semakin angkuh dan sombong. Mereka bukan hendak bersyukur, jauh sekali hendak berterima kasih kepada pengundi. Calonnya pula berterima kasih hanya kepada jenteranya sahaja sedangkan kemenangannya itu disumbangkan oleh pengundi2 yang tidak terlibat dalam jentera pilihanraya itu.

Pada hari ini, sudah ada jentera utama pilihanraya BN DUN N31 Semerak dengan angkuh dan sombong membuat kenyataan membidas orang-orang tertentu termasuk seseorang yang bergelar Dato’ bahawa orang-orang tertentu itu berpaling tadah semasa pilihanraya baru-baru ini. Orang itu berkata, disebabkan tindakan mereka ini, maka ahli keluarga mereka pun akan menerima nasib tidak akan diberikan lagi bantuan kerajaan pusat.

Inilah sebabnya saya berkata bahawa jentera pilihanraya ini tidak tahu bersyukur. Saya mungkin tidak akan menulis dan menyentuh perkara ini jika calon BN itu kalah.

Ironinya, orang yang bercakap itu dulu sangat kuat menentang dan mencemuh calon yang menang itu kerana pada masa itu beliau rapat dengan seseorang yang lain. Sekarang beliau cuba hendak menunjukkan ‘bisa dan belangnya’ dengan mendahului orang-orang lain membidas kumpulan yang dianggapnya berpaling tadah itu, walaupun tidak dapat dibuktikan.

Orang ini mencari makan sebagai kontraktor kelas F. Barangkali itulah sahaja modalnya untuk membalas budi setelah beberapa kontrak diberikan kepadanya sebelum ini selain daripada sedikit sumbangan dihulurkan kepada parti setelah 'payment' diperolehi.

Beliau tidak tahu bahawa serangan ‘verbal’ yang dilakukannya terhadap seorang Dato’ itu boleh menyebabkan beliau sendiri lebih dibenci dan perbuatannya itu sebenarnya merendahkan lagi mutu pemikiran atau IQnya. Beliau sepatutnya terus menghurmati orang-orang lain termasuk Dato’ yang dimaksudkan itu. Ini adalah kerana Dato’ itu sebenarnya telah lama menyumbang bakti melalui bantuan kewangan yang berjumlah ratusan ribu kepada masyarakat setempat terutamanya kepada murid-murid miskin. Sudah tentulah jumlah yang telah disumbangkannya secara ikhlas itu jauh melebihi jumlah yang disumbangkan oleh jentera parti yang ada kepentingan diri itu.
 
Inilah diantara banyak-banyak budaya negatif dan songsang yang sudah menyerap ke dalam parti UMNO sepertimana yang pernah saya perkatakan itu. Budaya sombong dan angkuh seperti ini pun sangat tidak sesuai dengan jiwa saya dan juga rakan-rakan saya yang lain.

Oleh
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak.
  

Wednesday 8 May 2013

MyDiary PRU13-2

'Angkat Sumpah' dilakukan
dan dipaksa melakukannya
hanya apabila seseorang itu tidak dipercayai
pengundi2 luar di tempat saya
menghadapi dilemma ini
baru2 ini
ada yg angkat
ada yang tak layan
terus balik dengan marah
sambil bertanya
mengapa tahun ini
begitu diperlukan 'Angkat Sumpah' ini?
saya jawab
itulah 'politik wang'
angkatlah kedua2nya sekali
sumpah dan wang
jika tidak dacing jadi berat sebelah

Tuesday 7 May 2013

Terbitan Khas

Madah Orang Kampong:
Sehari dua ini saya rasa amat lega sekali
apabila saya memutuskan
untuk tidak menulis di dalam blog saya
sebagai orang UMNO lagi
saya boleh menulis
secara lebih bebas
sebagai rakyat Malaysia biasa
walaupun pada hari pilihanraya
saya mengundi sebagai ahli UMNO
dan calon UMNO yg menang di tempat saya
kerana kebanggaan mempunyai wakil rakyat seperti itu
sudah tidak bererti lagi
apabila kemenangan yang dicapainya itu tidak berasaskan
kepada norma dan nilai2 murni yg sewajarnya

MyDiary PRU13-1

Kemenangan dan Kekalahan

PRU13 sudah pun selesai. Di tempat saya calon BN menang. Oleh itu, DUN N31 Semerak pun mendapat wakil rakyat baru. Tahniah saya ucapkan.

Sepanjang tempuh berkempen, saya tidak pernah keluar malam dan tidak pernah dihubungi atau diziarahi oleh sesiapa pun termasuk juga calon-calon yang bertanding. Namun, itu tidak bermakna saya tidak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku. Saya masih boleh menerima laporan dari kawan-kawan melalui telefon atau emel.

Setiap calon yang bertanding itu sebenarnya tahu samada beliau akan menang atau kalah. Calon yang tahu bahawa beliau boleh menang adalah calon yang sudah lama atau awal-awal lagi melakukan kerja-kerja persiapan manakala calon yang tahu beliau boleh kalah adalah calon yang melakukan kerja-kerja persiapan disaat-saat akhir.

Sudah tentulah kedua-dua calon ini berhadapan dengan kadar risiko yang berbeza. Calon yang mampu menang akan lebih leka disaat-saat akhir kerana beliau yakin bahawa kerja-kerja persiapannya selama ini sudah memadai untuk memenangkannya. Calon yang tahu kemungkinannya adalah tipis untuk menang sebaliknya akan bertungkus lumus melakukan segala usaha disaat-saat akhir dengan apa jua cara yang termampu.

Didalam peperiksaan, Mr Bean berusaha sedaya upaya untuk meniru dari seorang penuntut lain yang berada di sebelahnya. Berbagai-bagailah cara dan helah dilakukannya untuk meniru setelah beliau tersilap menarik keluar kertas soalan yang lain dari sampul surat. Maka dalam pilihanraya pun, kaedah ini juga dilakukan. Yang berbeza hanyalah huruf  'r' yang digantikan dengan huruf  'p'.

Saya banyak mendengar cerita-cerita disebalik tabir pilihanraya baru-baru ini. Ada cerita seorang calon yang sudah tahu beliau akan kalah tetapi memungkinkan semula kemenangan dengan cara-cara luar biasa. Ada cerita jutaan ringgit ditabur kepada pengundi. Ada cerita puluhan ribu dibelanjakan setiap malam untuk membeli 'air minuman khas' untuk segolongan komuniti di sebuah perkampungan terasing. Ada cerita-cerita lain yang sebelum ini tidak pernah kita dengari termasuk arahan dan paksaan mengangkat sumpah. Semua itu saya sendiri tidak boleh mengatakan benar atau pun tidak, namun cerita-cerita ini telah menjadi bahan perbualan hangat dikalangan masyarakat setempat pada masa kini.

Saya harap semua yang diperbualkan itu tidak benar kerana jika ianya benar, maka sudah tentulah elaun yang akan diterima oleh wakil rakyat yang menang dengan cara itu menjadi haram dan tidak diberkati.

Sekian dan Salam Silaturrahim dari saya,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak.



Terbitan Khas - Pengumuman Peribadi

Makluman Khas:
Saya akan mula menulis dan memuatkan artikel2 saya ke dalam blog saya bukan lagi sebagai ahli UMNO tetapi sebagai rakyat biasa sahaja.
Segala kritikan saya jika ditujukan kepada wakil rakyat baru di tempat saya contohnya, bukan lagi dari seorang ahli UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian tetapi ianya adalah dari seorang rakyat biasa kepada seorang wakil rakyat.
Justeru, saya harap beliau dan juga lain2 wakil rakyat, bersedia untuk menghadapi segala kritikan dan teguran dari saya sepanjang tempuh jawatan.
Sekian dan Salam Silaturrahim.

Terbitan Khas - Pengumuman Peribadi

Bendera2, kain2 rentang, belon2, poster2 dan sticker2 BN di kawasan rumah saya termasuk di pagar rumah dan di bangunan rumah mulai ditanggalkan oleh anak2 saya dan jiran2.
Sayang juga untuk membuangnya kerana nak buat sendiri tak boleh.
Baju2, topi2 dan payung2 disimpan.
Kami anak beranak merasa berpuas hati kerana telah dapat menyempurnakan tugas dan kewajipan sebagai rakyat malaysia dengan menggunakan hak untuk mengundi parti pilihan masing2.
Kepada calon2 yang menang,
kami ucapkan tahniah.
Kepada yang kalah,
terimalah kekalahan itu sebagai cabaran untuk bertanding lagi.
Terima kasih dan Salam Silaturrahim.

Monday 6 May 2013

Terbitan Khas - Pengumuman Peribadi

Kalau pun saya membuat kepastian untuk meninggalkan UMNO,
saya tidak akan menyertai mana2 parti politik lain.
Saya akan menulis sebagai blogger yang tidak lagi terikat dengan mana2 parti politik kerana saya hendak menulis dalam suasana yang betul2 bebas iaitu sebagai seorang yg non-partisan.
Walau bagaimana pun, saya tetap menyayangi dan menghurmati kawan2 rapat di dalam UMNO seperti biasa.
Terima kasih dan Salam Silaturrahim.

Terbitan Khas - Pengumuman Peribadi

Saya telah terlibat dalam aktiviti menulis sejak 4 tahun yg lepas. Ada yang saya posting dalam FB dan ada ke dalam blog saya. Semuanya adalah hal2 yg berkaitan dengan PRU13, baik secara langsung atau pun tidak.
Sudah tentulah ada pihak yang besetuju dengan apa yang saya tulis itu dan ada juga yang tidak.
Oleh kerana PRU13 sudah berakhir, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong tulisan saya. Kepada mereka yang tidak, saya ingin menyusun jari memohon maaf jikalau ada mana-mana posting dalam FB atau artikel di dalam blog saya yang telah menyentuh perasaan anda.
Saya telah seboleh2nya mengelak daripada menyentuh peribadi mana2 pihak tetapi sebagai manusia biasa, sudah tentulah saya pun tidak terlepas daripada membuat kesilapan, walaupun saya tidak berniat untuk berbuat sedemikian.
Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan anda dan memohon maaf kepada mereka yang tersentuh perasaan.
Sekian dan salam silaturrahim.

Saturday 4 May 2013

Terbitan Khas Ucapan Terima Kasih

'Pageviews' blog saya telah melebihi paras 13 ribu
dengan 367 artikel diterbitkan setakat ini
Alhamdulillah
saya ingin ucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pembaca rakyat malaysia
di seluruh dunia
kerana telah sudi meluangkan masa anda
untuk membaca apa yang saya terbitkan itu
kadar itu besar bagi seorang blogger amatur seperti saya
dan saya akan terus menulis selagi terdaya
dengan sokongan anda sekelian
terima kasih sekali lagi.

Terbitan Khas PRU13

Saya sedang menyusun segala butir2 perlu
untuk saya terbitkan ke dalam blog saya nanti
mengenai pilihanraya ini
jika nanti ramalan atau 'forecasting' hasil PSR saya
menjadi kenyataan
ianya diharap boleh membantu
kerja2 penyediaan 'post-mortem'

Terbitan Khas PRU13

Sajak Orang Kampong:
Malam terakhir berkempen
esok rakyat malaysia mengundi
masing2 menggunakan hak masing2
masuk ke petak mengundi
memangkah parti yg disukai
tanpa sesiapa pun tahu
parti mana yg dipangkah
ada juga di luar lain
pangkahnya lain
mereka ini istimewa
kerana tergamak menjadi hipokrit
namun
inilah politik
dan inilah kebebasan
apa pun
kita semua harus bersyukur
sepanjang tempuh pilihanraya
tiada sebarang kejadian yg tidak diingini berlaku
di DUN saya
N31 Semerak
Alhamdulillah
inilah yg paling penting bagi saya
bukan siapa menang siapa kalah


Thursday 2 May 2013

Terbitan Khas PRU13

Pesan Orang Tua2:
Saya sudah awal2 dulu lagi
4 tahun yg lalu
memberitahu dan memberitahu
banyaklah artikel di dalam blog saya terbitkan
bahawa perpecahan dalaman parti mula berlaku
apabila berlakunya pertandingan di peringkat teratas Bahagian
semasa pemilihan
oleh itu usaha perlu dilakukan awal2
kerana perpaduan memakan masa untuk dipulihkan semula
jika dibiarkan
akibat dan kesannya boleh terbawa2 ke pilihanraya
apalagi jika bermusuhan
sekarang
apabila air sudah sampai ke paras hidung
baru nak cuba ajak2
bekas pemimpin yg ditentang dulu itu
setelah 4 tahun bernusuhan dengannya
saya rasa takdan dah
apa yg lepas lepaslah
apa jua kemungkinan
hadapi sahajalah
sebab itu
orang tua2 berpesan
Sesal Dahulu Pendapatan
Sesal Kemudian Tiada Gunanya