Friday 25 April 2014

Lot Bangunan Untuk Dijual di Semerak

Negeri : Kelantan
Daerah : Jajahan Pasir Puteh
Bandar/Pekan/Mukim : Mukim Cherang Ruku
Tempat : KG RAJA DAGANG
No.PT : PT 8285
Luas : 598 Meter Persegi
Kategori Penggunaan Tanah : Bangunan

DI DALAM KAWASAN REZAB MELAYU

Di atas itu ialah satu daripada lapan (8) lot yang hendak dijual oleh tuanpunya tanah ini. Harga ialah RM10 sekaki persegi. Contoh: 598 meter persegi ialah 6,443 kaki persegi x RM10 = RM64,430.00. Harga pasaran terbuka sekarang ialah sekitar RM15 sekaki persegi di kawasan ini.

Lokasinya ialah di tepi jalan dari Semerak hendak ke Kuala Besut dengan jarak dari Balai Polis Cherang Ruku lebih kurang 1/2 km sahaja. oleh itu berdekatan juga dengan sekolah rendah dan sekolah menengah, pusat kesihatan kerajaan, pejabat pos, masjid, pasar, kedai, stesyen minyak dan Pantai Bisikan Bayu di mana terletaknya Tok Aman Bali Resort.

Tapak ini tidak terlibat dengan banjir dan tidak perlu di'backfill' dengan tanah sebab sudah tinggi separas jalan raya besar. Tiada masalah juga dengan bekalan letrik dan air.

Sila hubungi saya di talian 011-1297 0453 samada SMS atau WhatsApp jika ada yang berminat atau masuk ke akaun Facebook saya di wanmalekwannoh@yahoo.com dengan nama 'Wan Malek'

Harap maklum dan terima kasih.

Thursday 24 April 2014

PERKASA dan Penyatuan Orang-Orang Melayu Secara Keseluruhan

Apabila kita melihat kepada PERKASA kita akan nampak ianya sebagai pertubuhan atau NGO besar orang-orang melayu yang memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan orang-orang melayu serta agama Islam. Sebab itulah agenda utamanya ialah mempertahankan institusi raja dan perlembagaan.

Ini dilihat secara jelas bukan oleh orang-orang melayu sahaja bahkan orang-orang cina dan india pun sudah tahu dan faham akan kewujudan dan perjuangannya. Namun mereka tidak begitu mempedulikannya kerana kesan perjuangannya tidak pun mengganggu mereka. Bagi mereka ada dan tidak ada PERKASA sama sahaja.

Kalaulah bangsa-bangsa lain ini merasa begitu, sudah tentulah orang-orang melayu sendiri pun lebih-lebih lagi sebenarnya. Orang-orang melayu tidak merasa bahawa kewujudan PERKASA boleh mempertahankan hak mereka. Apalagi untuk mempertahankan kesucian  agama Islam. Mereka tetap juga berada didalam keadaan berpecah belah seperti biasa dan masing-masing tetap  juga menyalurkan sokongan mereka secara berasingan melalui dua parti terbesar orang-orang melayu iaitu UMNO dan PAS. Selama ini pun sudah begitu seadanya.

PERKASA sepatutnya membuat perubahan ketara dari segi matlamat asas perjuangannya. Bukan membicarakan tentang isu mempertahankan hak-hak dan keistimewaan orang-orang melayu sahaja tetapi mempertahankan sesuatu yang lebih penting dari itu. Yang lebih penting itulah asas kepada matlamat untuk mencapai hasrat akhir yang diidam-idamkan iaitu mempertahankan hak-hak dan keistimewaan orang-orang melayu serta agama Islam.

Bagaimana mungkin untuk mencapai hasrat itu jika orang-orang melayu sendiri masih berpecah dan tidak bersatu? Bagaimana PERKASA hendak mencapai cita-citanya jika hanya segolongan sahaja orang-orang melayu yang menyokong dan menganggotainya?

Sudah lama saya cadangkan supaya PERKASA mula mengambil langkah drastik supaya keanggotaan pertubuhan ini dibuka seluas-luasnya kepada semua orang-orang melayu tanpa mengambilkira latar belakang pegangan politik mereka. Ini adalah kerana 90% ahli-ahlinya adalah orang-orang UMNO walaupun pada asal penubuhannya tidak pernah ditetapkan bahawa hanya orang-orang UMNO sahaja yang diberikan galakan untuk menyertainya. Disebabkan itulah, maka sampai sekarang PERKASA dilihat dan dianggap sebagai tidak berperanan seperti NGO tulen tetapi sebuah NGO yang ada kepentingan untuk parti UMNO sahaja. Di tempat saya contohnya, jarang orang-orang PAS yang berminat kepada PERKASA kerana kata mereka, PERKASA untuk orang-orang UMNO.

Jika saranan dan cadangan saya ini diberikan perhatian dan pertimbangan, sudah tentulah kepimpinan PERKASA mahu pula tahu bagaimana caranya. Caranya bukan payah dan bukan susah. Wujudkan sahaja apa-apa jawatan kanan yang baru dan sesuai diperingkat kepimpinan pusat dan tawarkanlah jawatan-jawatan ini kepada mana-mana pemimpin kanan parti PAS secara lantikan terus. Dengan cara ini sahaja barulah semua ahli-ahli PAS boleh meyakinkan diri mereka bahawa PERKASA bukan hanya untuk orang-orang UMNO sahaja kerana pemimpin-pemimpin mereka sendiri pun ada di atas.

Apabila ini sudah dicapai, langkah kedua ialah meramaikan ahli-ahli PAS untuk menyertai PERKASA. Saya penuh yakin matlamat untuk meramaikan keanggotaaan dengan pertambahan ahli dari orang-orang PAS tidak lagi menjadi rumit dan sulit. Sudah tentu pemimpin-pemimpin mereka ini mampu memberikan gambaran baru bahawa PERKASA pun untuk orang-orang PAS juga.

Langkah ketiga ialah memainkan peranan kearah penyatuan dua parti terbesar orang-orang melayu iaitu UMNO dan PAS itu. Peranan ini sudah tentu akan menjadi lebih mudah dan berkesan jika kedua-dua langkah terdahulu itu sudah dicapai.

Langkah keempat dan terakhir ialah kerja-kerja mempertahankan hak-hak dan keistimewaan orang-orang melayu serta agama Islam sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan PERKASA. Bukankah apabila perkara yang susah menjadi mudah jika dilakukan secara pakatan beramai-ramai dan bersatu hati?

Sarang lebah atau tebuan tidak dibina hanya oleh beberapa ekor lebah atau tebuan sahaja.

Wednesday 23 April 2014

KWSP

ini ialah copy & paste dari Facebook yang telah dihantar masuk oleh salah seorang kawan Faacebook saya hari ini...

KWSP BANTUAN KEMATIAN UNTUK PEWARIS.

PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP! Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada dalam akaun KWSP, dan tak kira berapa lama anda telah mencarum untk KWSP.. mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila pencarum meninggal dunia (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan). KWSP tidak pernah memberitahu kepada semua tentang ini, sangat sedikit orang yang benar-benar menerima RM 2500 apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah RM 2500 pergi apabila keluarga si mati itu tidak menuntut? poket seseorang?? Kita tidak tahu! Oleh itu, sila sampai maklumat ini kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila dalam keluarga mereka ada yang meninggal dunia. Jangan biarkan RM 2500 pergi ke poket seseorang! — copy&paste dari Grop lain.

KWSP - Faedah Sebagai Ahli KWSP - KWSP - http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/members/member-responsibility/registration/benefits-as-an-epf-member

Tuesday 22 April 2014

Masjid Semerak Masih Tanpa Imam Tua Sekian Lama

inilah masjid mukim semerak (al-taqwa) yang saya kata dibiarkan sekian lama oleh jabatan agama islam negeri kelantan tanpa imam tua sejak kematian imam tuanya berbulan2 yang lalu ...

Orang Kampong Rakyat Biasa Nak Apa?

apa sebenarnya yang rakyat biasa orang kampong nak?
mereka hanya nakkan 'kesejahteraan' sahaja
contoh:-
ada rangkaian jalanraya yang selesa
ada bekalan air yang mencukupi
ada bekalan letrik yang jarang 'blackout'
ada perkhidmatan kesihatan yang memuaskan
ada sistem pengangkutan awam yang menepati masa
ada sekolah berdekatan untuk anak2
ada anggota keselamatan yang mencukupi
untuk menjaga keamanan
ada penguatkuasaan yang berkesan
demi menjaga kedaulatan undang2 dan kemuliaan agama rasmi negara iaitu islam
termasuk juga gejala rasuah yang memusnahkan masa depan negara
harga minyak jangan naik
supaya harga barangan lain pun tidak naik juga
yang patut dinaikkan ialah harga komoditi
seperti getah
kelapa sawit
padi
dan lain2 yang diusahakan oleh rakyat biasa orang kampong
itu sahajalah yang orang2 kampong mahukan
bukan kontrak besar2
dan yang yang paling penting ialah
BR1M dinaikkan kepada RM1,200 pula untuk satu tahun
(mengambil mudah RM100 sebulan)
dan dibayar setiap 3 bulan sekali atau 'quarterly'
dan dengan cara memasukkannya ke dalam akaun seperti biasa

SPAD oh SPAD

saya tak faham apa fungsi dan peranan sebenar spad
kemalangan bas semakin hari semakin banyak juga
bila ada kemalangan baru nampak spad
di tempat saya dah lama dibuat aduan
tentang lori2 bijih yang merosakkan jalanraya siang dan malam
dengan muatan bahan bijih seberat hampir 100 metrik tan setiap lori
sampai sekarang belum ada apa apa2 berita tentang tindakan spad
untuk membendung aktiviti yang terang2an melanggar peraturan lalulintas ini
pada awal2 dibuat aduan melalui blog saya
terus menelefon kpd saya
bukan main lagi beria2 nak ambil tindakan dengan menghantar skuad khas ke lokasi
lori2 itu tetap juga seperti biasa
jangan pula nanti orang kata
spad ni macam lebih sudu dari kuah
sedangkan jpj sudah ada
dan pengerusinya duduk di atas kerusi berpusing2 sambil hisap cerut mahal sahaja
kerana tiap2 bulan dapat juga gaji dan elaunnya
saya rasa lebih baik mansuhkan sahaja spad
membazir wang rakyat

PDK Semerak

Pada 20hb April 2014 yang baru lalu PDK Semerak telah mencatat satu sejarah dalam kalendar aktivitinya apabila satu gerakerja gotong royong membersih kawasan PDK diadakan diantara AJK bersama ibubapa pelatih-pelatih OKU. Saya kurang pasti samada program seperti ini pernah diadakan sebelum ini atau pun tidak.

AJK ini ialah barisan yang baru dipilih untuk sesi 2014/2016 dalam satu mesyuarat khas tahunan yang telah diadakan pada 1hb April 2014 dengan diketuai oleh Pengerusi yang baru iaitu Puan Wan Marzida Bt Dato’ Hj Wan Omar menggantikan En. Wan Hassan Bin Wan Ibrahim. Pada hari mesyuarat itu tiga (3) orang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh telah hadir sama sebagai penyelaras. 

Program pertama gotong royong itu sangat berjaya. Hampir kesemua AJK hadir disertai oleh dua (2) orang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh dan juga seorang jemputan khas. Persekitaran PDK yang kotor dengan sampah sarap dan semak samun telah dibersihkan beramai-ramai. Pagarnya juga telah dicat baru dengan warna rasmi PDK iaitu ungu. Sudah tentulah keadaan persekitaran yang bersih menjadi suatu keperluan dan kewajipan semua orang selaras dengan seruan pihak Jabatan Kesihatan. Ianya membolehkan suasana ini dinikmati juga oleh pelatih-pelatih PDK ini walaupun mereka tidak tahu apa-apa.

Diharap permulaan yang baik ini dapat diteruskan dari masa kesemasa. Melalui program seperti ini, hubungan rapat sesama ibubapa dapat disuburkan dan kerjanya juga menjadi lebih mudah apabila dilakukan secara beramai-ramai.  Selain daripada itu kesempatan juga boleh diperolehi untuk mereka yang ingin menyalurkan sumbangan secara ikhlas seperti barangan atau pun derma dalam bentuk wang ringgit.

Melalui blog saya ini, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program gotong royong tempuh hari itu. Ucapan terima kasih bagi pihak semua ibubapa pelatih-pelatih khas saya tujukan kepada pegawai-pegawai jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh yang telah turut hadir sama. Begitu juga kepada Tuan Hj Zamri yang telah juga hadir bagi meraikan program dan tahniah diatas perlantikannya selaku Pengerusi Biro Kebajikan PDK Semerak.

Semoga AJK dan petugas-petugas PDK dibawah kepimpinan Puan Wan Marzida terus melangkah kearah pencapaian yang lebih berjaya demi kebajikan pelatih-pelatih PDK Semerak. 

GST GST GST

UBAHLAH STRATEGI KEMPEN GST

Saya bersetuju dengan pelaksanaan GST, tetapi alasan persetujuan saya tidak sama dengan alasan kerajaan. Saya bersetuju kerana saya melihat pelaksanaan GST ini dapat meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

Dengan hasil cukai yang meningkat itu, harapan saya ialah untuk negara mempunyai daya saing, negara dapat membayar hutang luar, dan negara dapat menggunakannya untuk meningkatkan kemudahan hospital, sekolah, jalan raya dan lain-lain kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat.

Saya membaca alasan dan hujah beberapa pemimpin kerajaan. Cukup mengelirukan. Kata mereka, GST membolehkan rakyat menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang. Ini kerana rakyat hanya perlu membayar GST 6% sahaja berbanding 5% bagi cukai perkhidmatan dan 10% cukai jualan sekarang ini.

Kata mereka lagi, GST juga dapat menurunkan Indeks Harga Pengguna (IHP), sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah. GST juga dapat mengurangkan kos operasi para peniaga kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.

Kata mereka lagi, GST dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Otak saya menolak hujah di atas. Jikalah GST menurunkan harga barang, mustahil untuk rakyat menolaknya. Kenapa kerajaan tidak memberikan alasan yang lebih sempurna dan lebih telus tentang GST supaya rakyat senang faham?

Kenapa kerajaan tidak menyatakan GST penting untuk meningkatkan pendapatan kerajaan bagi memastikan negara kita kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing? Kenapa kerajaan tidak boleh beritahu rakyat bahawa kita perlukan wang untuk mengurus ekonomi negara dan membayar hutang luar kita, serta membangunkan kemudahan asas yang diperlukan rakyat?

Susahkah untuk kita berlaku jujur dan memberi penjelasan yang tidak berbelit kepada rakyat? Saya yakin rakyat tidak menolak GST jika kempennya tidak mengelirukan.

Cumanya, sebelum melaksanakan GST ambillah beberapa langkah awal supaya rakyat tidak tersepit dengan pelaksanaan GST nanti: naikkan pendapatan rakyat, kurangkan pengangguran, tambatkan harga komoditi dan lain-lain langkah yang kerajaan fikirkan patut.

KEMPEN GST

Dua hari lepas, Timbalan Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan akan melatih 330 penceramah untuk memberi penerangan tentang GST di setiap kawasan Parlimen dengan peruntukan RM2.2 juta. Kata beliau, semua penceramah itu dipilih sendiri oleh Ketua Umno Bahagian di setiap kawasan Parlimen dan mereka akan menjalani latihan selama tiga hari.

Persoalan saya ialah kenapa mesti Ketua Bahagian Umno yang pilih? Bukankah GST ialah dasar kerajaan, maka kenapa tidak memberikan tugas ini kepada pegawai kerajaan yang berkelayakan untuk menjelaskannya kepada rakyat?

Persoalan saya seterusnya ialah apakah masih belum mencukupi lagi kempen yang dijalankan oleh kerajaan dengan paparan iklan GST di sepanjang jalan? Tidak cukupkah lagi dengan iklan di tv, akhbar, dan penjelasan yang dibacakan pak imam di khutbah Jumaat?

Saya fikir kempen yang dijalankan oleh kerajaan telah mencukupi, cumanya pendekatan dan strategi kempen sahaja yang tidak tepat. Untuk rakyat memahami isu GST ini mudah sahaja, berlaku jujur kepada mereka. Nyatakan apa kesan sebenar GST kepada mereka dan nyatakan apa kebaikan sebenar kepada negara.

GST ini pun bukanlah sistem yang teruk. Sebab itulah ia digunakan oleh sebanyak hampir 150 buah negara sekarang ini. Dalam kelompok negara ASEAN, selain negara kita, hanya Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya.

Laksanalah, tetapi ubahlah strategi kempen. Jangan selalu memberikan alasan yang memberi ruang kepada rakyat jalan untuk menolaknya. Hormati intelek mereka.

Saturday 19 April 2014

Kekosongan Jawatan Imam Tua Yang Diabaikan Pihak Berkuasa Negeri Kelantan

sudah lebih kurang 9 bulan masjid Al-Taqwa Semerak tanpa imam tua sejak kematian imam tuanya
saya merasa hairan mengapa Jabatan Agama Islam Kelantan mengambil masa yang terlalu lama untuk menggantikan seorang imam yg meninggal dunia
apakah kerana tiada orang yang layak?
atau ada tetapi ada masalah melantiknya kerana ada pihak yang membantah?
dan bantahan itu berdasarkan sentimen politik?
jika tidak
orang2 semerak sangat2lah berharap supaya seorang imam baru segera dilantik kerana imam muda yang ada sudah tentulah tiada kelayakan menyamai imam tua dari segi tugas dan kemampuan
semoga mendapat perhatian dan tindakan yg sewajarnya diatas rungutan orang ramai ini

Kerajaan Negeri Kelantan Gagal

Kerajaan negeri Kelantan sebenarnya telah gagal selama ini dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya membangunkan negeri Kelantan sehingga mengakibatkan anak-anak negeri sendiri yang menjadi aset terpenting sumber manusia negeri pun menjadi sia-sia kerana ketiadaan peluang pekerjaan yang mencukupi.
Draf pembangunan sahaja cantik di atas kertas tetapi perlaksanaannya tidak tersusun dan teratur.

Wednesday 16 April 2014

Pegawai-Pegawai Tertinggi Kerajaan dan Facebook

Selama ini saya menjangkakan apa yang saya tulis dan terbitkan dalam blog sahaja dibaca oleh pegawai-pegawai tertinggi kerajaan seperti Ketua-Ketua Pengarah atau Pengarah-Pengarah (yang selalunya saya sertakan dengan emel pula jika sesuatu kes itu penting), tetapi rupa-rupanya apa yang saya tulis dan 'post'kan ke dalam Facebook pun dibaca juga oleh mereka yang berkenaan itu. 

Saya mendapat tahunya apabila terdapat tindakan susulan serta merta oleh pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini selepas saya 'post'kan sesuatu ke dalam Facebook baru-baru ini padahal ianya hanyalah untuk perhatian pihak jabatannya sahaja di peringkat daerah.

Ini menunjukkan bahawa terdapat perhatian dan keperihatinan oleh pihak pegawai-pegawai tertinggi kerajaan terhadap apa sahaja yang dipaparkan dalam Facebook terutamanya apabila ada rungutan atau 'complaints'.


Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini. Tuan-Tuan telah bertindak secara profesional dan berkesan dengan memanfaatkan kemudahan IT.


Saya ingin rakamkan ucapan ribuan terima kasih bagi pihak semua kawan-kawan Facebook saya yang lain. Diantara kawan-kawan Facebook saya ialah YBhg. Lt. Gen. (B) Dato' Nawi Alias, bekas Panglima TUDM, YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, Pengarah CASIS merangkap Felo Terutama BTN di Jabatan Kenegaraan JPM, YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Muhammad Agus Yusoff, YBhg. Dr. Fauzi Shaffie, YBhg. Ir. Mat Kamil Awang, YBhg. En. Manzaidi Mohd Amin dan semua kawan-kawan Facebook saya yang lain yang tidak dapat saya sebutkan namanya satu persatu di sini sebab ramai.


Teruskanlah 'standard' perkhidmatan yang cemerlang ini.

Sekian dan terima kasih sekali lagi.

Friday 11 April 2014

Wan Hassan Wan Ibrahim dan Isu-Isu Terhadapnya


Sdr Wan Hassan Bin Wan Ibrahim, 57 ialah Penyelia PAS DUN Semerak dan juga bekas ADUN Semerak yang telah bertanding semula dalam PRU13 yang lalu tetapi kalah. Beliau dijangka akan bertanding sekali lagi untuk kali terakhir dalam misinya menawan semula kerusi DUN Semerak kecualilah kepimpinan parti menginginkan orang lain pula bertanding. Buat pada masa ini beliau masih dilihat sebagai calonnya lagi.

Disebabkan inilah maka beliau telah mengatur gerak langkah kerja-kerja parti diperingkat DUN seawal mungkin. Dalam keadaan dimana UMNO belum lagi bergerak secara agresif, beliau telah pun mengadakan banyak program-program yang berbentuk kepartian. Saban hari pejabatnya diaktifkan dengan kehadiran jentera-jentera parti dan program-program lazim parti dihidupkan seperti biasa.

Mungkin pihak parti lawan iaitu UMNO pun tahu dan dapat menghidu bahawa Sdr Wan Hassan berkemungkinan besar akan kembali bertanding lagi dalam PRU14 nanti dan mereka juga tahu bahawa kekuatan dan pengaruh Sdr Wan Hassan tidak boleh diperkecil-kecilkan, maka barangkali itulah cerita-cerita pun disebarkan mengenai dirinya.

Diantara cerita-cerita itu ialah bahawa semasa beliau menjadi wakil rakyat dahulu, banyak tanah-tanah kerajaan yang sudah lama digunapakai oleh kaum siam telah diproses menjadi hakmiliknya melalui proksi-proksi tertentu. Kaum siam ini kononnya telah lama membuat permohonan hakmilik tetapi tidak pernah mendapat pertimbangan dari pihak pejabat tanah kerana tidak disokong oleh beliau. Begitu juga dengan tanah kerajaan bersebelahan dengan Tadika Perpaduan Semerak yang juga telah dipindahmilik kepada proksi-proksinya. Sehari dua ini, timbul pula cerita bahawa padang awam bersebelahan Sek Keb Cherang Ruku telah juga dikatakan menjadi mangsa kerakusan beliau apabila tanah ini pun sudah menjadi hakmiliknya melalui kaedah yang sama. Sebab itulah dikatakan program Semarak Komuniti 1Malaysia dan Pelancaran Unit Komuniti Belia Rakan IT pada 11 Apr 2014 terpaksa dipindahkan ke padang Sek Men Cherang Ruku kerana beliau tidak membenarkan program itu diadakan di padang itu. Cerita yang terakhir ialah dua pintu daripada premis bangunan Majlis Daerah Pasir Puteh dimana terletaknya pejabat Penyelia PAS DUN Semerak telah menjadi hakmilik kekalnya kerana dikatakan beliau telah membeli premis ini dengan bayaran tunai kepada MDPP sewaktu beliau masih lagi menjadi wakil rakyat.

Kesemua tohmahan dan tuduhan diatas itu telah menjadi topik perbualan hangat dikalangan masyarakat Semerak terutamanya dikalangan orang-orang UMNO. Sudah tentulah jikalau tohmahan itu benar, Sdr Wan Hassan boleh dianggap sebagai pengkhianat dan melakukan pecah amanah terhadap masyarakat setempat melalui penyalahgunaan kuasa sebagai wakil rakyat.

Jika sebaliknya, beliau harus menafikannya kerana mengambil sikap mendiamkan diri akan memberikan gambaran bahawa segala tohmahan itu benar.

Itu mengenai tohmahan yang dilemparkan terhadap Penyelia PAS DUN Semerak. Biarlah beliau sendiri yang menjawabnya dalam siri-siri ceramah yang akan diadakan oleh partinya nanti. Perkara kedua yang ingin saya sentuh di sini ialah mengenai penyebar tohmahan ini. Saya dapati mereka adalah orang-orang UMNO yang merasa gerun dengan kebangkitan semula Sdr Wan Hassan. Saya berkata begini kerana orang-orang yang ‘membawa mulut’ itu adalah orang-orang yang memegang jawatan dalam parti UMNO, bukan ahli biasa atau penyokong sahaja. Mereka sahajalah yang merasa gerun terhadap Sdr Wan Hassan apabila mereka tahu bahawa kekalahan yang dialaminya dulu dalam PRU13 bukanlah semata-mata disebabkan oleh kelemahannya sendiri.  Mereka juga lupa bahawa kerja melemparkan tuduhan dengan sewenang-wenangnya terhadap tokoh dari parti lawan bukan sahaja sia-sia jika tidak dilengkapkan dengan bukti-bukti yang jelas dari hasil siasatan yang rapi dan kemas, malahan cara itu juga boleh membayangkan betapa tahap pemikiran dan sikap barisan kepimpinan parti UMNO diperingkat Bahagian itu sendiri pun berada pada tahap seperti budak-budak sekolah atau keanak-anakan.

Oleh itu, orang ramai terutamanya pengundi-pengundi DUN Semerak hendak mengetahui duduk perkaranya yang sebenar. Di pihak Sdr Wan Hassan, beliau hendaklah membuat penafiannya secara terbuka jika tohmahan itu tidak benar. Di pihak yang menuduh pula, mereka hendaklah menunjukkan buktinya yang sahih jika tohmahan itu benar.

Bila semuanya selesai, kedua-dua pihak hendaklah menjernihkan semula suasana politik di DUN Semerak. Carilah pula isu-isu politik lain yang munasabah untuk diperdebatkan, bukan lagi fitnah menfitnah diantara satu sama lain.

Saya sekadar mewakili orang ramai Semerak untuk mencari kebenaran.
inilah padang awam bersebelahan Sek Keb Cherang Ruku yang dikatakan sudah menjadi hakmilik Sdr Wan Hassan Wan Ibrahim itu

Monday 7 April 2014

Perpecahan Dalam Masyarakat Melayu Di Kelantan


Malaysia bangga dengan wujudnya perpaduan dikalangan berbilang kaum dalam negara. Para pemimpinnya sentiasa menunjuk-nunjukkannya kepada dunia luar bahawa suasana ini tidak berlaku di negara2 lain bahkan ada negara yang mempunyai bangsa yang sama tetapi tidak aman dan bercakaran. Mungkin disebabkan keamanan inilah maka banyaklah negara yang datang membantu kita apabila kita ditimpa masalah seperti kehilangan MH370. Kita patut bersyukur dengan keamanan ini.

Walau bagaimana pun, tiada siapa boleh menjamin bahawa keamanan yang dicapai ini boleh berkekalan. Apa sahaja yang bermula ada  penamatnya. Yang muda menjadi tua, yang baru menjadi buruk, yang gagah menjadi lemah, yang cantik menjadi huduh, yang kaya menjadi miskin dan yang aman menjadi huruhara dan hancur. Tiada apa yang kekal dalam dunia ini.

Pemimpin negara harus beringat tentang perkara ini. Jika lalai dan leka, tidak mustahil negara kita yang aman dan damai pada masa ini pun akan terjebak juga ke dalam kancah perpecahan dan permusuhan sehingga kepada tahap kritikal pada satu masa nanti. Pada masa itu, sudah tentu negara tidak lagi dihormati dan diketawakan oleh orang luar kerana kelalaian dan kealpaan pemimpinnya.

Pada masa ini, bangsa yang harus diberikan perhatian utama sudah tentulah bangsa melayu kerana bangsa inilah yang merupakan komponen utama dalam negara ini yang menjadi teras kepada bangsa-bangsa lain. Saya bukan bermaksud bahawa bangsa lain tidak penting dan menjadi penumpang sahaja. Saya berkata begitu adalah kerana sistem pemerintahan negara sendiri pun berasaskan kepada perlembagaan yang termaktub bahawa pemerintah tertinggi negara ialah seorang KDYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong yang terdiri daripada orang melayu dengan semua negeri-negeri dikepalai oleh Raja-Raja dan YDP yang terdiri daripada orang-orang melayu juga. Saya berkata hanya kerana itu dan tidak lebih dari itu. Perlembagaan ini kekal begitu kecualilah orang-orang melayu terhapus dari bumi negara ini.

Apabila kita bercakap tentang kewujudan orang melayu dalam negara ini, sudah tentu negeri Kelantanlah yang mempunyai majoriti bangsa ini. Negeri Kelantanlah contoh terbaik berbanding dengan negeri-negeri lain jika orang hendak melihat bangsa melayu sejati. Walau pun UMNO yang merupakan sebuah parti terbesar orang-orang melayu tumbuh di negeri Johor, namun Kelantan tetap menjadi negeri yang mempunyai paling ramai orang-orang melayu. Tanpa orang-orang melayu Kelantan menyokong UMNO, saya yakin parti ini sudah lama lemah bahkan hilang.

Sayangnya, orang-orang melayu Kelantan sendiri pun sudah lama berada didalam perpecahan sesama sendiri. Ini semata-mata diakibatkan oleh permainan politik oleh kedua-dua pihak dua parti terbesar orang-orang melayu iaitu UMNO dan PAS. Mereka masih asyik dengan agenda masing-masing hanya untuk memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Mereka lupa bahawa yang kukuh akan menjadi lemah jika kekukuhan yang ada tidak sama-sama dijagai. Tiada mana-mana pertubuhan NGO yang mampu menyatupadukan orang-orang melayu secara keseluruhan termasuk PERKASA kerana badan ini pun mempunyai agendanya yang tersendiri secara berasingan, bukan menumpukan kearaha tujuan itu.

Kerajaan pusat melalui JPP menggunakan jenteranya di kampong-kampong untuk tujuan politik mereka sementara kerajaan negeri melalui Majlis Daerahnya menggunakan jentera di kampong-kampong untuk tujuan yang sama. Di sebelah pusat ada Pengerusi JKKKP dan Pentadbir Mukimnya sementara dipihak negeri pula ada Penghulu dan Penggawanya. JKKKP memainkan peranan mereka seolah-olah negeri ini kepunyaan mereka dan beranggapan seperti ianya dibawah kuasa pusat iaitu BN. Manakala Penghulu negeri pula memainkan peranan mereka hanya semata-mata kerana sememangnya negeri ini dibawah pemerintahan PAS.

Setipa hari kedua-dua puak ini berlumba-lumba mencari dan ‘mencuri’ pengaruh untuk menguatkan cengkaman masing-masing. Berbagai-bagai caralah dilakukan. Bagi UMNO dan JKKKP, apa sahaja yang berada dibawah kerajaan pusat, mereka akan pastikan bahawa orang-orang mereka sahaja yang menguasainya. Contoh terkini ialah PDK dan PIBG. Manakala bagi PAS dan Penghulu-Penghulunya pula, apa sahaja yang berada dibawah kerajaan negeri, perkara yang sama juga dilakukan.

Saya tidak dapat hendak pastikan apa yang akan berlaku ‘at the end of the day’ nanti jika suasana perpecahan ini dibiarkan. Mungkin kekal aman sepertimana sekarang atau pun sebaliknya. Hanya orang-orang yang belajar ilmu ‘actuarial science’ sahaja boleh meramalkannya.

Jika orang-orang Kelantan sendiri boleh menjaminnya, saya pun tidak payah risaukan apa-apa terhadap nasib anak-anak cucu saya. Saya mengharapkan sekurang-kurangnya mereka ada rumah dan tanah sendiri untuk menetap di negeri ini. Yang lain mereka boleh usahakan sendiri.

Jika demikianlah keadaannya, teruskanlah usaha politik masing-masing secara harmoni. Janganlah berbalah tetapi hormatilah orang lain kerana itu juga demokrasi. Apa sahaja yang dilakukan oleh mana-mana pihak hendaklah dianggap sebagai kerja biasa kerana setiap pihak ingin mencapai kemenangan. Kempen hendaklah seimbang. Jika UMNO berkempen, sudah tentulah PAS pun akan menyainginya. Buatlah kerja masing-masing secara berhemah dan janganlah sombong dan angkuh terhadap pihak yang lain.

Sebab itu saya mengambil sikap memuji pihak PAS Semerak yang telah awal-awal memulakan siri kerjanya dalam misi menawan semula kerusi DUN Semerak. Jika awal-awal dijalankan, sudah tentulah apabila tiba musim pilihanraya, jentera pun tidak menjadi kelam kabut kerana kesuntukan masa yang boleh juga mengakibatkan pertelingkahan dan perbalahan dengan pihak yang lain kerana perebutan pengundi.

Tidak seperti UMNO yang masih belum bangun tidur kerana memenangi kerusi DUN ini.

(Timbalan Speaker DUN Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim sedang berucap sebagai tetamu undangan dalam program parti PAS Semerak di Dewan Kompleks Penggawa Semerak pada 7 April 2014)