Monday 22 August 2011

SSPDS 69


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (69)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya juga tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan)
Ada orang menuduh saya cuba mempopularkan Kapt. (B) Wan Marzudi JP dengan berlatarbelakangkan populariti YB Wan Hassan dalam sesetengah aktiviti kemasyarakatan di Semerak.
Contohnya, majlis berbuka puasa di Balai Polis Cherang Ruku pada 19 Ogos 2011 baru-baru ini. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali.
Sejak dari dahulu lagi saya amat berminat kepada agenda perpaduan orang-orang melayu Semerak. Mungkin orang yang berkata demikian tidak membaca artikel saya yang bertajuk ‘Cadangan Debat Bersama’ itu. Saya berada di tengah-tengah diantara kedua-dua orang tokoh ini hanya untuk membantu mereka merealisasikan hasrat ini. Bukan semata-mata diatas agenda politik sempit kepartian tetapi lebih kepada agenda perpaduan orang-orang melayu.
Saya masih tetap orang UMNO sepertimana juga Kapt. (B) Wan Marzudi JP sedangkan YB Wan Hassan tetap wakil rakyat PAS. Sudah tentulah azam politik kami berbeza tetapi dalam bab perpaduan orang-orang melayu di Semerak, kami tidak pernah jadikan azam dan pegangan peribadi ini sebagai sesuatu yang menghalang kami untuk merencana wawasan ini secara bersama.  Apa salahnya orang-orang melayu Semerak bersatu dalam kehidupan seharian walaupun mempunyai pendirian berbeza dalam politik kepartian? Mereka tetap masih boleh memilih untuk mengundi calon masing-masing kerana itu adalah hak mutlak mereka.
Oleh itu, kehadiran kedua-dua tokoh ini di majlis berbuka tempuh hari adalah semata-mata sebagai simbol perpaduan masyarakat Semerak.
Tak lebih dari itu.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
22 Ogos 2011 / 22 Ramadhan 1432H
Semerak.

No comments:

Post a Comment