Thursday 28 November 2013

Bekas Presiden ABIM Dengan Anaknya Yang Telah Pergi Buat Selama2nya


Akhirnya aku tewas juga. 26 hari aku memendam perasaan, kesedihan, kepiluan akan pemergian Ammar, dalam Rancangan Pencetus Ummah, Astro Oasis malam tadi, aku tak dapat menahan sebak dan menangis 'live' di TV! Sesuatu yang luarbiasa telah berlaku dalam diriku!

Sedang aku telah bertekad dalam diriku bahawa sesi ini akan ku gunakan untuk menyuntik semangat agar meneladani Ammar, bukan untuk ditangisi.

Namun ketika aku menyebut, "saya mengharapkan agar Ammar yang akan menyembahyangkan jenazah ku nanti," tiba-tiba aku menjadi begitu sebak dan sayu sehingga tak terkawal lagi perasaan ku ini. Airmata jatuh berderai, suaraku menjadi sayup, hampir tidak kedengaran.

Aku dapat rasakan bahawa Dewan KUIS tempat berlangsungnya Rancangan Pencetus Ummah juga merasai akan kesedihanku yang terzahir tanpa dapat ku kawal.

Aku memohon ma'af kerana gagal melawan perasaanku ini. Sepatutnya, aku yang terkenal sebagai pencetus semangat perjuangan umat di kalangan ahli PKPIM, ABIM dan juga GPTD akan menampilkan suatu citra yang hebat , gagah dan tidak menunjukkan emosi walau dalam keadaan apa sekalipun, tetapi kali ini aku pasrah, aku tewas!

Sebaliknya, isteriku Nur Azlina telah berjaya melakukan sesuatu yang sepatutnya aku lakukan. Dia begitu bersemangat menyampaikan isi hatinya dengan begitu berkesan sekali! Inilah sesuatu yang luarbiasa yang berlaku dalam keluargaku sejak peninggalan Ammar. Kalau isteri yang kehilangan anak menangis dan sebak, itu biasa! Kalau suami nampak tenang dan bersahaja, itu juga biasa! Tetapi kalau sebaliknya berlaku, itu luarbiasa!

Jauh di sudut hatiku, aku bangga dengan isteriku ini. (Kalau ada mana-mana pihak nak jemput berceramah lepas ini, jemputlah isteriku, aku malu nak menangis lagi dikhalayak ramai apalagi 'live' di television..hehe...)

Selamat menghayati Hari Jumaat yang mulia.
— with Nur Azlina and Ahmad Ammar.

Cita2 Menjadi Polis Terpaksa Dilupakan Buat Selama2nya

Makluman Khas:
Anak jiran saya yang dipanggil sebagai 'Kihin' (bekas pelajar Ting 6 atas tahun lepas SM Cherang Ruku) yang bapanya bernama Ibrahim atau 'Pak Him' dan ibunya dipanggil 'Mak Jah' tinggal di rumah murah Taman Jaya, Semerak lebih kurang waktu maghrib tadi mengalami kemalangan jalanraya berhampiran stesyen minyak Shell Tok Bali. Beliau menunggang motosikal. Beliau dikejarkan ke Hospital Tg Anis atau HTA Pasir Puteh kerana mengalami kecederaan patah tulang peha dan rahang mulut dan tidak sedarkan diri. Keadaannya telah memaksa HTA menghantarnya ke Hospital Universiti Kubang Kerian atau HUSM.
Kepada sesiapa yang mengenalinya dan ingin mengetahui lebih lanjut keadaannya, sila berhubung dengan ibunya di talian 011-1996 8553 atau 012-984 8723.
Harap maklum.


Hari ini (29 Nov 2013) Kihin dimasukkan ke wad 4 Timur HUSM, mengikut maklumat yg sampai kpd saya, doktor akan buat pembedahan utk masukkan besi ke rahangnya dan juga peha, utk rahang besinya berharga RM1,000 manakala untuk peha RM800, yang agak susah sikit ialah ada kaca dalam tengkoknya, selain drp itu gigi 3 batang kena cabut, kesian budak ni sebab dia baru dapat kerja polis, sepatutnya lapor diri utk latihan pada bulan Januari ini, ini bermakna beliau terpaksa melupakan cita2nya utk menjadi seorang anggota polis buat selama2nya.
Beliau masih dengan alat bantuan pernafasan dan dijadualkan masuk bilik pembedahan jam 2 petang ini.
Harap maklum. 

Datuk Paduka Ibrahim Ali dan UiTM

 
 Setinggi2 Tahniah diatas perlantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.
Semoga dengan perlantikan ini, UiTM akan lebih cemerlang dalam visi dan misinya membantu pelajar2 bumiputra terutamanya pelajar2 melayu dalam sektor pendidikan. Saya yakin YBhg Datuk Paduka mampu menganjakkan institusi pengajian tinggi ini ke mercu yang lebih tinggi berbekalkan pengalaman luas YBhg Datuk Paduka sendiri sebagai bekas pemimpin pelajar terulung institusi ini selain daripada pengalaman YBhg Datuk Paduka dalam kabinet kerajaan persekutuan sebelum ini.
Sekali lagi saya ucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya.
WM.

Wakil Rakyat BN Semerak dan Janjinya Pada Nelayan2 Kecil Semerak

sehari dua lagi
saya akan terbitkan satu artikel dalam blog saya
mengenai rungutan dan ketidakpuasan hati
nelayan2 kecil Semerak
terhadap wakil rakyat Semerak yang baru
yang dikatakan masih belum menunaikan janjinya
yang dibuatnya secara terbuka sebelum PRU13
Like · · Promote ·