Friday 28 February 2014

DSAI dan Pelabur Jepun



DSAI dan Pelabur Jepun

Pada waktu saya menulis artikel ini, DSAI sedang berada di Jepun. Melalui Facebook, saya mendapat berita bergambar (gambar di atas) beliau sedang membuat pertemuan demi pertemuan dengan pelabur-pelabur Jepun dan difahamkan bahawa pelaburan yang ingin ditarik pulang ke Malaysia adalah khusus untuk negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Saya tidak tahulah sejauh mana kejayaan yang akan dicapainya. Sudah tentulah kerja seperti ini lebih sesuai diusahakan oleh PM DSNajib, bukan oleh seorang ketua pembangkang dalam parlimen. Jika PM DSNajib sendiri yang pergi, sudah tentulah pelaburan yang akan diperolehi adalah untuk seluruh negara bukan hanya untuk tiga buah negeri itu sahaja.

Inilah yang agak menghairankan ramai orang. Ianya seolah-olah menunjukkan bahawa pelabur-pelabur Jepun lebih menyukai DSAI berbanding PM DSNajib. Apa yang istimewanya DSAI berbanding PM DSNajib tiadalah dapat saya huraikan di sini. Yang jelas ialah, pelabur-pelabur Jepun itu lebih mengetahuinya dari saya.

Jika DSAI benar-benar berjaya menarik mereka dan benar-benar berjaya pula membawa mereka pulang termasuk ke negeri Kelantan sepertimana yang diperkatakannya itu, saya yakin keseluruhan rakyat Kelantan sudah tentu menyambutnya dengan rasa lega. Penantian selama puluhan tahun akan membuahkan hasil dan pembangunan yang dinanti-nantikan di Tok Bali contohnya, akan menjadi bukti yang lebih jelas bahawa beliau sememangnya layak menjadi seorang pemimpin negara.

Namun, jalan baginya bukan mudah.kalau pun segala-galanya berjalan lancar di Jepun. Saya khuatir sekatan dalaman akan dikenakan juga oleh kerajaan pusat. Jika ini berlaku, maka pelabur-pelabur yang berminat hendak datang membangunkan ketiga-tiga negeri termasuk Kelantan itu terpaksalah menunggu sedikit masa lagi. Masa yang ditunggu-tunggu itu ialah apabila PR menawan pusat pada PRU14 ini. Pada masa ini barulah apa sahaja yang ingin dibangunkan oleh pelabur-pelabur Jepun termasuk di negeri Kelantan tidak boleh disekat oleh sesiapa lagi. Selain daripada Tok Bali, daerah-daerah lain pun dapatlah juga menikmati pembangunan yang diidam-idamkan selama ini. Negeri Kelantan tidak lagi dianaktirikan. Royalti minyak pun dilepaskan juga.

Oleh itu, misi ‘outreach’ DSAI membawa pulang pelabur-pelabur Jepun hendaklah juga di’syncronize’kan dengan usaha dalaman yang lebih penting daripada itu. Usaha itu ialah menawan kerajaan pusat. Jika tidak, usaha luaran itu menjadi sia-sia sahaja dan tinggallah orang-orang Kelantan sebagai Mat Jenin dalam keadaan terus berangan-angan entah sampai bila.

Jika misi ini berjaya sebaliknya dan sekatan pun tidak dikenakan oleh kerajaan pusat, apakah ini tidak memungkinkan bahawa sebenarnya PM DSNajiblah yang telah menelefon kepada PM Jepun secara sulit supaya membenarkan semula DSAI masuk ke negara itu?

Tiada siapa yang tahu tetapi ianya tidak mustahil kerana tiada apa yang mustahil dalam politik.

Untuk itu, saya ingin merujuk para pembaca kepada satu soalan khas:
Pernahkah selama ini kita terdengar atau terbaca sebarang kenyataan terbuka dikeluarkan oleh DSAI secara kasar atau tajam atau keterlaluan terhadap PM DSNajib? Begitu juga, pernahkah selama ini kita terdengar atau terbaca sebarang kenyataan terbuka dikeluarkan oleh PM DSNajib secara kasar atau tajam atau keterlaluan terhadap DSAI?

Jawabnya: Tidak

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis dan Pengkritik Bebas  

Kebudayaan dan Politik Kelantan



Persembahan Seni Kebudayaan dan Politik Di Kelantan

Di Semerak sudah agak lama tidak diadakan persembahan wayang kulit dan dikir barat. Apabila ‘fun fair’ atau ‘ekspo’ diadakan seperti sekarang, persembahan wayang kulit dan dikir barat diadakan di tapak ekspo ini.

Saya tidak meminati kedua-dua pertunjukan kebudayaan ini. Walau bagaimana pun saya tidak mahu berkata bahawa orang ramai yang berpusu-pusu masuk sebagai orang-orang yang jahil dan sukakan maksiat sepertimana yang diperkatakan oleh sesetengah penyokong PAS.

Kenapa bagi saya orang-orang PAS pun tidak sepatutnya berkata begitu juga? Ianya adalah kerana sesuatu persembahan yang hendak diadakan di dalam negeri Kelantan memerlukan kelulusan permit dari pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu. Ini bermakna bahawa permit yang dikeluarkan itu adalah juga dari kerajaan negeri. Oleh itu, tindakan sesetengah orang PAS yang membenci dan menentang penganjuran persembahan kebudayaan ini tidak seharusnya ditujukan kepada pihak penganjur. Pihak berkuasa tempatanlah yang seharusnya ditegur. 

Sikap sesetengah orang PAS di Semerak masih lagi ditakuk lama. Mereka sepatutnya sedar bahawa enakmen mengenai permit pertunjukan seni kebudayaan seperti ini sudah pun diubah. Mereka sendiri pun tidak boleh lari dari kenyataan bahawa kedua-dua persembahan kebudayaan ini adalah minat semulajadi mereka sendiri juga. Bila kita bercakap tentang orang Kelantan, tidak ada orang Kelantan yang tidak berasal dari kampong. Maka setiap orang kampong jiwa mereka sudah lama sebati dengan kebudayaan turun temurun ini. Saya khuatir mereka hanya berlakon sahaja membencinya sedangkan di rumah mereka sendiri almarinya penuh dengan vcd wayang kulit dan dikir barat termasuk juga dalam kereta.

Saya membuat pemerhatian keatas isu ini walaupun ianya perkara kecil sahaja. Bagi saya orang-orang PAS harus sedikit kehadapan dalam pemikiran mereka. Menentang sesuatu seperti ini tidak memberikan sebarang untung pun kepada parti yang mereka dokongi. Orang akan tertawakan sahaja mereka kerana yang meluluskan permit adalah kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Oleh itu, pihak penganjur tidak perlu dipersalahkan. Apalagi orang ramai yang mengujunginya.

Selain daripada itu, pemikiran seperti ini boleh juga menambahkan lagi sentimen perselisihan faham diantara orang-orang PAS dan UMNO. Mereka harus disedarkan oleh kepimpinan parti bahawa sikap lapuk mereka itu harus ditinggalkan dan ikuti perkembangan semasa supaya apa sahaja yang berlaku disekeliling mereka dapat difahami dengan betul.

Saya menulis sebagai anak Kelantan jati yang berasal dari kampong.

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis dan Pengkritik Bebas

Tuesday 18 February 2014

KRT Baru Cherang Ruku

Program Pelancaran Penubuhan KRT baru Di Cherang Ruku Semerak (siri 2)
di atas itu ialah format carta organisasi KRT
5 exco dan 25 ajk
saya akan penuhkannya untuk dikemukakan kpd JPNIN
(nama saya tidak akan ada di dlmnya, saya sekadar membantu utk hidupkan semula KRT Cherang Ruku)
terima kasih diucapkan kpd pegawai JPNIN yang bersusah payah datang menemui saya
terima kasih juga kpd seorang anggota polis kanan yang turut serta dlm perbincangan semalam bersama saya dan pegawai JPNIN


apa pun
saya ingin tegaskan di sini bahawa saya hanya membantu sekadar kemampuan yang ada dalam usaha untuk memberikan nafas baru kpd KRT lama di bawah JPNIN
oleh itu kemungkinan penubuhan KRT (atau dengan nama lain) yang baru secara berasingan di bawah kerajaan negeri tidak dapat dielakkan
bagi saya secara peribadi
kalau pun ada dua KRT di Cherang Ruku
ianya bukan masalah kerana kedua-dua KRT ini masih juga boleh bekerjasama

alhamdulillah
pegawai JPNIN yg hendak berjumpa dgn saya telah saya temui semalam
pertemuan berlangsung secara santai selama hampir 2 jam di sebuah kedai makan di Semerak
walau bagaimana pun

banyak perkara yang kami bincangkan
ada yang sama2 dipersetujui
ada juga yang belum
yang dipersetujui bersama ialah mengenai perkara2 teknikal
yang belum dapat dipersetujui bersama ialah perkara2 dasar dan pokok
pegawai JPNIN yang berkenaan ini akan balik berbincang dgn pengarahnya
sementara saya pula akan memanggil jawatankuasa sementara utk berbincang juga dlm masa terdekat
apa yang boleh saya maklumkan di sini ialah
kemungkinan besar hasrat org ramai yang hendakkan sebuah KRT baru yang berasingan terpaksa juga diteruskan
walaupun JPNIN lebih mahukan yang lama diberikan sokongan
ini kerana JPNIN tidak sanggup menunaikan kehendak org ramai supaya pengerusi lama digantikan dgn org lain disebabkan tidak mahu mengaibkan beliau
saya kata
ini bukan soal mengaibkan sesiapa tetapi soal menjaga kepentingan org ramai
tiada guna mengekalkan pengerusi lama jika seandainya beliau tidak lagi dimahukan org ramai
insya Allah saya akan terbitkan butir-butir lanjut tentang penubuhan serta agenda hari pelancaran KRT baru yg dijadualkan berlangsung pd 6 Mac 2014 ini
satu mesyuarat jawatankuasa sementara terdiri drp 20 - 30 org penduduk tempatan pekan Cherang Ruku dan Kg Siam akan diadakan sebelum hari pelancaran
  


oleh 
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak

Monday 17 February 2014

KRT Baru Cherang Ruku



Program Pelancaran Penubuhan KRT Cherang Ruku, Semerak

                                                          (gambar hiasan sahaja)

Ilham untuk menubuhkan KRT baru ini timbul apabila rasa kecewa masyarakat pekan Cherang Ruku terhadap KRT sedia ada sudah mencapai kemuncaknya. KRT sedia ada telah lama wujud tetapi peranannya tidak pernah dirasai oleh masyarakat setempat. Mereka berkata tiada satu pun kegiatan yang memberikan manfaat kepada mereka selama ini. Ada pula sesetengahnya mendakwa bahawa mereka adalah AJK dalam KRT ini tetapi tidak pernah dimaklumkan sebarang aktiviti yang hendak dijalankan, bahkan mesyuarat pun tidak pernah diadakan. Kata mereka lagi, bayangkanlah jikalau mesyuarat pun tidak dibuat, siapa yang boleh tahu berapa peruntukan yang diperolehi daripada kerajaan selama ini contohnya, jika ada, dan kemana semua wang itu dibelanjakan. Mereka hanya tahu apabila membaca jawapan yang diberikan oleh pengerusinya dalam Facebook apabila isu ini diabangkitkan di dalamnya. Itu pun sekadar makluman tentang beberapa aktiviti kecil yang tidak menguntungkan keseluruhan masyarakat pekan Cherang Ruku. Program seperti mengadakan malam cabutan bertuah dengan beberapa biji hamper sebagai hadiah untuk penonton skrin besar perlawanan akhir bolasepak yang melibatkan pasukan negeri Kelantan contohnya, bukanlah sesuatu yang harus dijadikan sandaran apabila menjawab tohmahan orang ramai. Begitulah juga dengan peruntukan dari kerajaan, Tiada gambaran serious dan jelas diberikan kecuali jawapan dan ulasan yang berbentuk alasan sahaja.

Disebabkan itulah maka usaha telah dilakukan dengan memohon pihak Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional atau JPNIN supaya KRT Cherang Ruku ini diperbetulkan. Cadangan secara formal telah diajukan melalui emel supaya pengerusinya digantikan dengan orang lain yang lebih jujur, amanah dan bertanggungjawab selain daripada mempunyai hubungan baik dengan orang ramai termasuk daripada bangsa2 selain melayu. JPNIN sememangnya berjanji untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam emel balasnya sebanyak dua kali..

Sayangnya, JPNIN agak lembab dalam membuat keputusan dan tindakan sehingga mendorong orang-orang Cherang Ruku meminta supaya diusahakan penubuhan KRT alternatif ini.

Maka pada 6hb Mac 2014 ini, satu majlis penubuhan KRT baru akan dilancarkan oleh seorang wakil kerajaan negeri Kelantan yang akan diadakan di Dewan Penggawa Semerak. Samada namanya akan disamakan sebagai KRT atau pun tidak, ianya belum diputuskan secara muktamad. Apa yang penting ialah semangat kesepakatan orang-orang pekan Cherang Ruku dalam menjayakan sebuah persatuan untuk faedah bersama.

Selaku penyelaras bersama, saya akan menjemput orang ramai hadir pada malam itu tanpa mengambilkira latar belakang fahaman politik mereka. Orang-orang melayu, orang-orang cina dan orang-orang siam akan dijadikan asas komponen KRT baru ini.

Tujuan utama penubuhan KRT baru ini sebenarnya selaras dengan matlamat dasar kerajaan pusat melalui gagasan ‘Pelan Perpaduan Nasional’ sepertimana yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Ini adalah kerana kejayaan pelan sebesar itu sangat-sangatlah bergantung kepada sejauh mana kekuatan perpaduan diperingkat akar umbi terlebih dahulu.

Tujuan keduanya pula ialah sebagai platform untuk program dan kegiatan-kegiatan sosial yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat setempat. Keutamaan sudah tentulah dalam perkara-perkara yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Aktiviti kawalan kawasan pada waktu malam akan dihidupkan dan dipergiatkan sebagai memberi kerjasama kepada pihak keselamatan dalam usaha mengurangkan gejala sosial seperti dadah, pecah rumah, curi kenderaan, pati, kegiatan maksiat dan lain-lain. Sebab itu pada malam pelancarannya, serorang pegawai yang berkaitan dari PDRM akan dijemput sama untuk memberikan ceramah. Beliau disebut sebagai sangat berkebolehan dalam menyampaikan ceramah mengenai keselamatan dan juga motivasi.

Adalah diharapkan inisiatif yang diambil ini mendapat sokongan dan kerjasama semua lapisan masyarakat pekan Cherang Ruku. Semoga ianya mencapai kejayaan dan terus hidup sebagai sebuah KRT yang aktif dan berkesan.Walau bagaimana pun, saya ingin menegaskan di sini bahawa KRT baru ini bukan sekali-kali mahu menyaingi KRT sedia ada jika pun ianya diberikan semula nafas baru oleh JPNIN nanti. Usaha mengharmonikan masyarakat berbilang kaum contohnya, bukan semata-mata tanggungjawab sebelah pihak sahaja. Ianya adalah tanggungjawab bersama semua pihak dan hendaklah sama-sama dilakukan seiring sejalan oleh kedua-dua pihak ini walaupun melalui persatuan yang berbeza dan berlainan.

Tinggal lagi mahu atau pun tidak.

Oleh
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak.