Sunday 7 August 2011

SSPDS 7 (Repeat)


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (7)
Saya tidak mempunyai apa-apa kelebihan daripada sesiapa apalagi kalau dibandingkan dengan mereka yang di dalam Jawatankuasa Bahagian. Kalau ditanya siapa saya untuk menulis artikel atau rencana politik, sememangnyalah saya ialah ‘nobody’. Kalau dianggap saya sebagai ‘busybody’, barangkali itulah saya.
Namun, saya akan tetap menulis dan menulis apa saja bentuk artikel atau rencana yang berkaitan dengan politik tempatan selagi jari jemari saya boleh memetik netbook kecil saya. Inilah minat dan hobi saya pada masa ini. Saya tidak peduli apa orang lain kata kerana saya tahu apa yang saya tulis tidak sekali-kali melanggar undang-undang yang boleh membuka ruang kepada sesiapa menyaman saya. Saya bukanlah penulis besar seperti yang lain-lain dengan ayat-ayat yang besar untuk orang-orang besar tetapi saya hanyalah seorang penulis biasa dengan hasil-hasil tulisan yang kecil untuk orang-orang kecil seperti saya. Saya juga tidak menulis sebarang artikel untuk tujuan menabur fitnah keatas sesiapa. Sebab itu tulisan saya bukan dalam bentuk ‘surat layang’ untuk menjatuhkan sesiapa. Saya menulis hanya sekadar sebagai seorang ahli UMNO biasa yang ada hak menegur, mengkritik, memberikan cadangan bahkan meminta cadangan kerana didorong oleh semangat juang untuk parti yang saya sayangi.
Apakah kerja-kerja yang saya buat ini tidak baik untuk parti? Lupakah kita semasa disekolah dulu, kita selalu ditegur dan dimarahi guru kerana kesilapan-kesilapan yang kita lakukan? Lupakah kita semasa kecil dulu ibubapa kita sentiasa memarahi kita kerana tingkahlaku yang mereka tidak sukai? Apakah apabila kita memegang jawatan parti, maka kita anggap diri kita tidak patut ditegur? Lupakah kita kepada contoh kepimpinan Islam dimana Saidina Umar al-Khatab telah akur kepada teguran yang dilakukan terhadapnya secara terbuka malahan dengan pedang terhunus padahal beliau adalah seorang khalifah agung yang tidak mungkin membuat kesilapan? Tambah pula beliau dikelilingi oleh sahabat-sahabat setia yang sentiasa memberi nasihat dan pandangan. Beliau terkenal dengan sifat garangnya tetapi masih boleh menerima teguran sedemikian dengan hati terbuka.
Oleh itu, saya akan menulis dan menulis.
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No. Ahli UMNO 03924693
30 Mei 2011 Semerak

No comments:

Post a Comment