Saturday 20 August 2011

SSPDS 67


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (67)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan)

Hari ini 21 Ogos 2011, Sekolah Kebangsaan Kampong Tasek , Kampong Gong Chokoh, Pasir Puteh telah mengadakan “Majlis Penyampaian Wang Zakat Untuk Murid-Murid Miskin 2011” yang berlangsung di Dewan Inovasi SKKT pada jam 9.00 pagi tadi.

Seramai 40 orang murid-murid miskin termasuk 7 orang anak-anak yatim telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh tetamu majlis iaitu Kapt. (B) Wan Marzudi Dato’ Hj Wan Omar, JP.

Pada 25 Ogos 2011 ini, beliau akan berkunjung ke sekolah ini sekali lagi untuk menyampaikan ‘duit raya’ kepada semua murid-murid sekolah ini yang berjumlah seramai 200 orang.

Dalam ucapan yang disampaikannya tadi, beliau memberi semangat kepada murid-murid Tahun 6 supaya mengambil baki masa yang ada untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan UPSR pada13 Sept ini. Beliau berjanji untuk memberi hadiah istimewa kepada mereka yang memperolehi 5A nanti iaitu hadiah melancong ke KL dengan menaiki pesawat udara.

Untuk tujuan itu, seminggu sebelum peperiksaan bermula satu program ‘Kem Motivasi Kecermerlangan UPSR’ akan diadakan di Sweet Beach Resort untuk semua murid-murid Tahun 6 dan juga murid-murid Tahun 5 yang berpotensi mendapat 5A pada tahun hadapan. Kapt (B) Wan Marzudi JP akan membiayai sepenuhnya program ini dan menjadi ‘facilitator’ jemputan.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
21 Sept 2011 / 21 Ramadhan 1432H
Semerak.

1 comment:

  1. Thumb up! excellent report with a news value. Keep it up, sir...

    ReplyDelete