Wednesday 10 August 2011

SSPDS 54


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (54)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan atau sekurang-kurangnya BN menang diperingkat parlimen Pasir Puteh dalam PRU ke-13 nanti)
YB Wan Hassan akhirnya bersuara. Sikap berdiam diri dan membisu seribu bahasa beliau telah menyebabkan masyarakat bertanya-tanya kepada saya bahkan sudah ada yang menganggap bahawa isu itu benar.
Namun, beliau hanya menjawab secara umum sahaja dulu kerana katanya isu ini telah dilontarkan oleh Ketua UMNO Bahagian kepadanya juga secara umum. Katanya lagi, selama ini beliau banyak mengamalkan sikap ‘menerangkan’ sesuatu isu bukan ‘menyerang’ kerana beliau bukan berada di posisi pembangkang.
Melihat kepada alasan yang diberikan itu, ada jugalah logiknya beliau tidak mahu menjawab secara terperinci kerana tohmahan yang dibuat pun tidak juga secara terperinci.
Apa pun, kita mahukan apa saja masalah domestik atau persoalan politik yang ada dibawa berbincang secara berhemah mengikut tatasusila politik moden yang bertamadun. Kalau pun tidak boleh dibawa berbincang dalam suasana semeja, kedua-dua pihak boleh berhujah berasingan tetapi isu ini tidaklah juga patut dikupas dan dijadikan propaganda keterlaluan oleh mana-mana pihak baik UMNO atau pun PAS. Mereka boleh berhujah mempertahankan sesuatu isu tetapi hendaklah ianya dibuat secara berfakta dan berhemah tanpa menyentuh perasaan sesiapa. Hujah-hujah itu hendaklah ditumpukan hanya kepada isu-isu yang berkaitan sahaja secara khusus dan mendalam tanpa menyentuh peribadi seseorang pemimpin kerana perkara yang ditimbulkan ialah isunya bukan diri pemimpin itu. Sebab itu saya pernah menulis bahawa orang yang memegang jawatan itu tidak penting tetapi jawatan atau tugas yang dipikulnya itulah yang penting.
Pada awal-awal waktu Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh memenangi jawatannya, saya telah menyediakan satu kertas Cadangan Debat Bersama UMNO-PAS Pasir Puteh dan juga kertas cadangan Dialog (saya sertakan kertas-kertas berkaitan). Tujuan saya ialah supaya terjalin satu bentuk hubungan baru diantara kepimpinan UMNO dan PAS Pasir Puteh dengan cara memulakan era duduk bersama di atas satu pentas. Kedua-dua pihak boleh berbahas dalam suasana kekeluargaan walaupun berbeza pendapat dan majlis ini akan disaksikan oleh penyokong dari kedua-dua belah parti secara duduk bersama juga di dalam satu dewan. Begitu juga dengan cadangan dialog saya yang akan membolehkan rakyat Semerak berdialog dengan YB Wan Hassan juga secara bersama dan secara terbuka.
Malangnya, pihak kepimpinan PAS Kawasan sahaja yang telah awal-awal menyambut baik cadangan-cadangan saya itu tetapi sebaliknya oleh pihak kepimpinan UMNO Bahagian.
Usaha saya itu belum mencapai matlamatnya tetapi tetap yakin bahawa satu hari nanti program ini boleh dlaksanakan dengan jayanya di Semerak.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh,
11 Ogos 2011 / 11 Ramadhan 1432H
Semerak.

No comments:

Post a Comment