Thursday 25 August 2011

SSPDS 73

SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (73)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya juga tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan)
Saya amat tertarik dengan kata-kata berikut dalam facebook hari ini iatu :-
 Dari ‘Cahaya Bunga’ yang berbunyi….
”haa..haa..haa ado lg ko lagu ni dale UMNO p.p
-ni team cikgu awi.
-ni team dato sukri loyar
-ni team kamruddin md nor
-ni team wan najib
-ni team tuu..team ni niniii
Dari ‘Alumni Belia’ yang berbunyi….
“sesetengah pemimpin UMNO yang terus bersikap sombong dan tidak mahu mendengar suara akar umbi dan TIDAK berusaha untuk mendekati rakyat terutamanya pengundi-pengundi di kampung4...hanya belegar dengan puak-puak3-..disekelilingnya saja.. MAKA COLEK PUAK TU, MAKAN COLEK PUAK NI, X BOLEHKAN MAKAN COLEK BERSAMA DA SEBAGAINYA BIARLAH BERSAMA DAN BERSATU PERLU ADAKAN PERUBAHAN JIKA BN NAK MENANG...”
Dan dari ‘ Kota Putera Besut’ yang berbunyi….
“semua pendapat sedap dan kena belaka.masalahnya KB x berapa nak dgr buah ore, dia dgr punohsihat dia...hasrat nak mene KB jah matlamat asal...hak lain ikut dia lah..”
Semua komen-komen di atas adalah secara ‘cut & paste’.
Itu hanyalah sebahagian daripada komen-komen terbaru yang sentiasa terdapat dalam Facebook mengenai UMNO Pasir Puteh. Saya tidak mengenali mereka tetapi yakin mereka semua sudah tentulah ahli UMNO di peringkat akar umbi seperti saya juga yang mempunyai hak untuk bersuara secara bebas mengenai parti UMNO dan kepimpinannya. Jika tidak, nada bukan ahli sudah tentulah berlainan. Mereka pun sama seperti saya iaitu semata-mata mahukan supaya BN menang dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Walau apa pun, saya ingin menyampaikan nasihat saya supaya setiap teguran dan kritikan hendaklah diatur dan disusun ayat-ayatnya supaya jelas maksudnya dan janganlah sekali-kali menyelitkannya dengan kata-kata kasar atau sindiran yang melampau. Jauhilah juga kata-kata yang berunsur fitnah atau fakta-fakta yang tidak ‘substantial’. Kata-kata gurauan secara ringan tidak apa sekadar untuk menyegarkan suasana forum.
Ini adalah kerana semua pihak yang dikatakan ‘berpecah-pecah’ itu masih lagi sama-sama ahli UMNO yang mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama sepertimana penulis-penulis forum itu juga.   
Saya  berpendirian bahawa setiap program yang hendak dibuat oleh UMNO Bahagian adalah ‘prerogative’ Ketua UMNO Bahagian. Beliau berhak membuat keputusan dalam perkara ini sepenuhnya kerana ianya hanyalah aktiviti ringan parti yang tidak melibatkan dasar parti.
Begitu jugalah sepertimana YAB Dato’ Seri Presiden parti membuat keputusan untuk datang ke Pasir Puteh dulu. Beliau berhak menggunakan kuasa yang ada padanya untuk membuat keputusan datang ke Pasir Puteh.
Namun, sudah tentulah saya bersetuju juga jika program-program parti seperti itu diselaraskan melalui Jawatankuasa setiap DUN supaya dengan itu segala program yang dibuat akan dapat dirasai oleh seluruh ahli di setiap DUN. Dengan itu juga, kewujudan Jawatankuasa setiap DUN akan dapat betul-betul dimanfaatkan fungsinya.
Saya melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang semakin jelas membayangkan hasrat ahli-ahli di peringkat akar umbi bahawa kepimpinan Bahagian perlu segera ‘turun padang’. Rata-rata ahli berpendapat bahawa selama ini kepimpinan Bahagian belum melakukan usaha ini secara terancang, berkesan dan lebih dari itu secara proaktif. Mereka masih lagi mengambil sikap seolah-olah ahli-ahli di bawah tidak perlu diberikan perhatian kerana menganggap tugas membawa kemenangan BN dalam pilihanraya nanti adalah tugas dan tanggungjawab ahli-ahli itu sendiri semata-mata. Kepimpinan Bahagian lupa bahawa sememangnya ahli-ahli di bawah bukanlah memerlukan perhatian tetapi mereka perlukan kepimpinan yang berkesan ke atas mereka. Mereka tidak berkuasa untuk merancang dan melaksanakan apa-apa tetapi akan tetap bersedia untuk menyokong dan bersama-sama dalam setiap program yang diatur. Jika tidak, mereka akan sentiasa mengkritik dan menegur selagi mereka sayangkan parti mereka (bukan pemimpin). Jika dibiarkan, tidak mustahil akhirnya sesetengahnya akan merasa jemu dan berputus asa kerana mereka tidak pentingkan siapa yang menerajui kepimpinan tetapi mementingkan hanya kepimpinannya.
Siapa beliau, dari mana asalnya, apa sejarah hidupnya samada pernah sanggup tidur di bangsal atau pun tidak, samada dia disayangi oleh orang-orang tua atau pun tidak, samada berharta atau pun tidak, samada beliau memakai baju yang sama setiap hari atau pun tidak, semua itu tidak menjadi penting kepada orang ramai kerana setiap orang Kelantan semuanya dianggap sama sahaja jika beliau berasal dari keluarga melayu Kelantan.
Ingatlah kata-kata bahawa “Ketua UMNO Bahagian tidak penting tetapi kerja-kerjanya itulah sebenarnya yang penting”.
 
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
25 Ogos 2011 / 25 Ramadhan 1432H
Semerak.

2 comments:

  1. Kolum ini seronok dibaca. Tahniah.

    ReplyDelete
  2. http://www.allvoices.com/contributed-news/10136470-siapa-kapten-b-wan-marzudi-dato-wan-omar-jangan-prejudis-terhadapnya

    ReplyDelete