Thursday 15 December 2011

MD 40

MyDiary (40)
16/12/2011
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Saya dimaklumkan bahawa ‘Yayasan Semerak’ akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Yayasan ini akan ditubuhkan oleh sekumpulan orang yang terdiri daripada anak-anak jati Semerak yang tinggal di Kuala Lumpur tetapi ingin membantu orang-orang Semerak dalam pelbagai bidang dan peluang. Mereka adalah tokoh-tokoh korporat, penjawat-penjawat awam, pesara-pesara dan orang-orang perseorangan.

Mereka berkata bahawa usaha perlu dilakukan untuk tujuan itu kerana faedah yang akan diperolehi oleh orang-orang Semerak sangatlah banyak. Tinggal lagi sebuah badan bebas seperti ini haruslah terlebih dahulu diwujudkan supaya program-program yang bersesuaian itu dapat dilaksanakan.

Fokus dan skop utama sudah tentulah perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan orang-orang miskin atau mereka yang memerlukan selain daripada program-program lain yang akan memberikan faedah kepada masyarakat setempat secara keseluruhan di seluruh daerah Semerak.

Kumpulan ini akan berusaha mencari dana yang diperlukan dari masa kesemasa untuk menggerakkan Yayasan dengan cara-cara yang telah dipersetujui. Mereka telah ada ahli-ahlinya yang diberikan amanah untuk mengurus kewangan dan perjalanan yayasan tetapi akan menambahnya lagi dengan ahli-ahli lain yang akan dipilih dari kalangan orang-orang tempatan Semerak.

Saya amat menyokong usaha penubuhan yayasan seperti ini kerana saya pun anak jati Semerak juga. Saya yakin sudah tentulah sebuah yayasan seperti ini boleh memberikan manfaat kepada orang-orang Semerak. Saya tahu jika diuruskan dengan baik dan berkesan serta mendapat sokongan dana dari pihak-pihak yang ingin membantu, banyaklah program-program kebajikan untuk membantu orang-orang Semerak boleh dilaksanakan dari masa kesemasa. Sektor-sektor yang boleh dibantu termasuklah sektor pertanian, perniagaan, industri kecil dan sederhana, pendidikan, ekonomi, sosial, agama dan lain-lain.

Oleh itu, selain daripada sokongan oleh pihak-pihak yang akan membantu itu, sokongan balas daripada orang-orang Semerak sendiri pun adalah sesuatu yang sangat diperlukan. 
  
Yayasan ini tidak akan terlibat atau pun bercanggah dengan mana-mana program atau aktiviti kebajikan mana-mana parti politik. Ianya akan berdiri dengan sendirinya tanpa dibiarkan mana-mana pemimpin dari mana-mana parti politik melibatkan diri mereka didalam hal ehwal urusan pentadbiran dan dasar yayasan serta perlaksanaan program-programnya. Ini adalah semata-mata kerana tujuan dan dasar penubuhannya yang mementingkan kebajikan seluruh masyarakat Semerak tanpa mengambilkira latar belakang dan pegangan politik mereka. Dengan kata lain, tiada campurtangan orang-orang politik dalam yayasan.

Saya dengan ini ingin membuka ruang kepada para pembaca blog saya untuk sama-sama menyumbangkan pendapat atau komen berkaitan dengan cadangan penubuhan yayasan ini. Sudah tentulah apa sahaja cadangan atau komen daripada tuan-tuan dan puan-puan amatlah berharga dan dihargai.

Sila hubungi saya melalui emel wanmalekwannoh@yahoo.com.

Terima kasih.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.

Wednesday 7 December 2011

MD 39


MyDiary (39)
08/12/2011
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Kedua-dua parti UMNO dan PAS sedang menyusun dan mengatur strategi akhir pilihanraya masing-masing. UMNO akan menyerang dan menepis habis-habisan. Begitu jugalah PAS.

Kempen rumah ke rumah akan kembali menjadi aktiviti utama selain daripada ceramah dan lain-lain program atau kaedah dan cara.

Masing-masing pihak sedang menyusun dan mengemaskini isu-isu kempen yang dirasakan boleh memancing undi. Jentera pilihanraya masing-masing pihak juga sudah hampir bersedia sepenuhnya.

Kalau di Kelantan, UMNO / BN dianggap sebagai parti pembangkang tetapi di peringkat pusat PAS / PR adalah pembangkang. Oleh itu orang mengambil pendekatan untuk menganggap PAS / PR sebagai pembangkang kerana itulah yang terlebih besarnya perebutan kuasa politik tanah air nanti.

Walau bagaimana pun saya tidak berminat untuk membincangkan apa-apa di peringkat pusat kerana hendak memberikan tumpuan kepada pilihanraya di peringkat parlimen Pasir Puteh serta DUN Semerak di mana saya akan membuang undi bersama ahli keluarga.

Buat pada masa ini, jika saya ingin menyentuh tentang soal isu tempatan, ianya bukanlah merupakan sesuatu yang sulit tetapi banyak perkara sudah diketahui umum. Mengikut tinjauan, banyak isu-isu yang akan diketengahkan nanti oleh pihak jentera parti UMNO Pasir Puteh tetapi sudah tentulah penekanan akan diberikan terhadap beberapa isu yang mempunyai kepentingan asas terhadap orang ramai atau rakyat.

Sebagai contoh, saya yakin sudah tentulah isu pembahagian tanah kerajaan negeri akan diketengahkan oleh BN terhadap PAS nanti di Pasir Puteh. Ini adalah kerana umum sudah mengetahui bahawa terlalu banyak pembahagian yang dilakukan tidak dengan secara adil dan telus oleh wakil-wakil rakyat negeri ini. Pembahagian ini melibatkan ahli-ahli keluarga dan kroni bahkan ada yang diberikan melebihi keperluan.

Saya melihat peluang untuk BN menyatakan kesediaannya secara terbuka bahawa jika BN diberikan mandat untuk memerintah negeri Kelantan semula, tanah-tanah yang telah disalahbahagikan ini akan diperbetulkan semula pembahagiannya. Mana-mana tanah kerajaan yang telah diambil mana-mana orang perseorangan secara berlebihan itu akan dipindahmilik kepada kerajaan negeri melalui proses undang-undang yang sewajarnya dan diagih-agihkan semula kepada rakyat yang berhak dan layak secara adil, telus dan saksama. Saya yakin ramai lagi rakyat Pasir Puteh yang telah dinafikan hak mereka sepanjang pemerintahan kerajaan PAS.

Ini hanyalah sebagai contoh.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak   

Tuesday 6 December 2011

MD 38


MyDiary (38)
07/12/2011
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Kedua-dua parti UMNO dan PAS sudah pasti akan menjadikan PRU13 ini sebagai satu perlawanan yang paling sengit dalam sejarah pilihanraya tanah air. UMNO dengan BNnya sudah pun membuat pengistiharan terbukanya bahawa PRU13 sebagai ‘ibu’ kepada segala pilihanraya dengan alasan-alasan tersendirinya manakala PAS dengan PRnya pula sudah tentu mahu sekurang-kurangnya mempertahankan jumlah kerusi parlimen dan kerusi negeri yang pernah ditawan mereka dalam PRU12 dulu bahkan bercita-cita untuk menawan Putrajaya. Ini memberi makna bahawa kedua-dua parti besar orang melayu ini akan ‘berperang dan berjuang’ habis-habisan diantara satu sama lain. Sesuatu yang dijangka tidak pernah berlaku sebelum ini.

‘Peperangan’ ini bukan sahaja akan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia terutama mereka yang terlibat secara langsung dalam pilihanraya bahkan ianya juga akan mendapat perhatian dunia terutama negara-negara ‘commonwealth’ dan rakan-rakan yang lain. Ini adalah kerana ‘perlawanan’ yang dijangka sengit ini berlaku diantara dua kumpulan besar orang-orang melayu. Perlawanan politik ini bukan berlaku diantara kumpulan parti melayu dengan kumpulan parti Cina atau India. Kedua-dua kumpulan etnik utama ini hanyalah sebagai rakan kongsi kepada kedua-dua parti besar orang melayu. Oleh itu mereka tidak mendapat perhatian yang ketara sebagaimana terhadap orang-orang melayu itu sendiri nanti.

Dalam amalan pemerintahan sistem demokrasi berpelembagaan negara, tiadalah apa-apa yang salah walaupun kedua-dua parti besar orang-orang melayu ini akan bertembung secara sengit nanti. Sengit tidak bererti perbalahan yang mengakibatkan persengketaan melampau. Sengit juga tidak bererti permusuhan sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda. Sengit ini hanyalah dari segi usaha politik masing-masing memenangi kerusi-kerusi pilihanraya yang dipertandingkan mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan negara. Suasana panas bukan terhasil dari provokasi tetapi kempen-kempen yang sihat. Inilah amalan rakyat negara ini sejak dari dahulu turun temurun.

Orang melayu tetap orang melayu. Mereka berbeza pendapat sejak sedari dahulu lagi tetapi tidak sekali-kali mahu melakukan apa-apa yang boleh menghakis orang-orang melayu itu sendiri dari muka bumi negara ini. Orang-orang melayu tetap sentiasa mahu memperingatkan diri sendiri tentang perkara ini. Mereka tahu mereka harus menjaga rapi keamanan dan kestabilan yang telah selama ini sama-sama dikecapi walau apa pun yang mendatang dan membadai.

Mereka bersaudara, sebangsa dan seagama.

Buku bertajuk ‘Awas Melayu Akan Lenyap’ oleh Ruslan Kasim mungkin berguna untuk terus dijadikan peringatan kepada orang-orang melayu. Buku ini telah diterbitkan dan sudah berada di pasaran.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.   

MD 37

MyDiary (37)
06/12/2011
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Perhimpunan Agung UMNO telah selesai. Satu perhimpunan yang boleh dikatakan sangat berjaya. Kehadiran luar biasa orang-orang UMNO pada perhimpunan kali ini telah menyebabkan ianya dianggap sebagai tanda jelas bahawa PRU13 ini akan menyaksikan penglibatan semua pihak secara total. Orang-orang UMNO dari seluruh negara datang berduyun-duyun ke PWTC setiap hari tanpa jemu walaupun mereka tahu mereka boleh sahaja mengikuti perkembangan perhimpunan melalui kaca tv atau radio di rumah. Mereka datang kerana didorong semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan parti yang mereka kasihi.

Pada kebiasaannya, dihari terakhir perhimpunan berkuranganlah sedikit orang ramai yang masih tinggal tetapi pada kali ini saya sendiri agak terkejut apabila melihat orang ramai masih tetap bersesak-sesak di dalam kawasan bangunan PWTC.

Saya melihat tentang sesuatu yang sangat diperlukan oleh UMNO untuk pilihanraya ini. Saya melhatnya sebagai sesuatu yang paling diperlukan jika orang-orang UMNO masih mahu mempastikan bahawa parti ini kekal memerintah negara. Ianya bukan semata-mata kiraan undi atau jumlah kerusi sahaja tetapi ianya ialah perpaduan dan semangat kerjasama erat dikalangan pemimpin parti disemua peringkat. Inilah sebenarnya maksud yang tersirat sepertimana yang dilaung-laungkan oleh YAB Presiden dan YAB Timbalan Presiden parti dalam setiap ucapan mereka.

Setiap seorang guru mengajar subjek tertentu manakala subjek-subjek lain akan dajar oleh guru-guru yang lain pula. Tidak ada seorang guru yang mengajar kesemua subjek. Begitu jugalah dengan kepimpinan parti politik. Setiap seorang pemimpin mempunyai bidang tanggungjawabnya secara khusus manakala bidang-bidang lain akan ada pula pemimpin lain yang bertanggungjawab keatasnya.

Semua subjek adalah berkaitan dan semuanya akan dinilai markahnya di dalam peperiksaan untuk menentukan markah keseluruhan pencapaian pelajar itu. Begitu jugalah dengan bidang tanggungjawab setiap pemimpin politik. 

Setiap seorang guru itu mahir dalam subjek beliau sebagaimana juga guru-guru lain yang mahir dalam subjek-subjek yang lain. Oleh itu, tiadalah mana-mana guru yang akan mempertikai kemahiran guru-guru lain kerana mereka semua adalah seperti sebuah pasukan tenaga pengajar yang ditugaskan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya sekaligus mengharumkan nama sekolah di mana mereka mengajar itu.

Begitu jugalah dengan saf kepimpinan parti politik. Sebagai contoh, Ketua UMNO Bahagian adalah pengetuanya sementara Timbalan dan Naibnya sebagai PK Pentadbiran dan PK HEM. Di bawah mereka ramailah guru-guru lain mengikut gred dan kelayakan masing-masing. Walaupun berlainan pangkat dan gred, mereka semua mahu supaya semua pelajar sekolah itu lulus dengan cemerlang dan sekolah itu mencapai kedudukan terbilang. Cuba bayangkan bagaimana hasrat itu boleh dicapai jika sekiranya tiada kesefahaman diantara Pengetua dan PK Pentadbirannya?

Oleh itu, semua penjawat parti seharusnya sudah lama sedar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempertikai tanggungjawab orang lain sepertimana guru-guru yang tidak mempertikai tanggungjawab guru-guru yang mengajar subjek lain. Apalagi jika kita sendiri pun tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Anda sendirilah dahulu sayangi parti melebihi orang-orang UMNO lain yang telah pergi ke Perhimpunan Agung itu padahal mereka tidak pun memegang sebarang jawatan parti. Kalau mereka hendakkan supaya parti menang, apakah munasabah jika anda sendiri masih enggan merapatkan saf dan setia kepada kepimpinan tertinggi parti? Seolah-olah ada guru yang tidak mahu sekolahnya mencapai kecermerlangan?  

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak

Thursday 24 November 2011

MD 36

MyDiary (36)
24/11/2011
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

PKR akan meletakkan calonnya di Pasir Puteh untuk bertanding kerusi parlimen. Itulah desas desus yang diperkatakan. Semakin hari semakin kuat bunyinya. Sebagai pertukaran, PAS akan meletakkan calon mereka di Machang.

Saya tidak tahulah buat sementara ini betul atau pun tidak ianya akan berlaku seperti yang diperkatakan itu. Dalam politik segala-galanya boleh berlaku. Tiada apa yang mustahil kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Oleh itu, tiada apa yang salahnya jika parti itu meletakkan calonnya nanti di Pasir Puteh.

Yang salahnya ialah jika terdapat usaha-usaha untuk menarik orang-orang UMNO kepada parti itu atau pun sekurang-kurangnya menyokong parti itu dalam pilihanraya nanti. Yang lebih salahnya pula ialah cara dan kaedah yang dibuat itu bertentangan dengan etika perlembagaan parti UMNO terhadap orang-orang UMNO.

Saya berkata begitu kerana ada diperkatakan bahawa usaha yang dibuat itu adalah datangnya dari orang-orang UMNO sendiri. Usaha ini sedang dibuat secara sulit dan rapi oleh tenaga-tenaga yang dipilih oleh pihak-pihak tertentu. Buat sementara waktu ini, usaha yang dibuat ialah cuba mengelirukan ahli-ahli UMNO dengan cara melaga-lagakan mereka sesama sendiri. Apabila orang-orang UMNO ini berpecah dan tidak sependapat, maka mudahlah nanti orang-orang UMNO ini dipujuk supaya menyertai mereka kononnya mereka tiada lagi tempat di dalam UMNO.

Walaupun pihak utama yang merancangnya adalah orang-orang UMNO tetapi pihak yang aktif menjalankan kegiatan dakyah ini dikatakan menyamar sebagai ahli UMNO dan bercakap seperti orang UMNO. Pada hakikatnya, mereka bukan ahli UMNO.

Saya seterusnya mendapat khabar bahawa kegiatan mereka amat licik sehingga kepada tahap semakin hampir menembusi bilik maklumat pejabat UMNO Kuala Lumpur. Mereka perlu masuk ke sana dengan kerjasama orang di dalam kerana di situ terdapat banyak maklumat-maklumat penting yang mereka perlukan untuk tujuan merangka strategi politik mereka. Mereka juga dikatakan mempunyai rangkaian orang hubungan mereka di Pasir Puteh yang sentiasa menyalurkan setiap maklumat dari masa kesemasa. Orang-orang ini pun adalah orang-orang yang melakukan penyamaran yang licik sebagai orang UMNO. Mereka terdiri daripada orang-orang yang sangat bijak berkata-kata. Sebab itu tidak hairanlah jika seseorang yang berada di Kuala Lumpur itu tahu banyak perkara tentang UMNO Bahagian Pasir Puteh walaupun orang itu jarang pulang.

Saya dengan ini ingin menekankan sekali lagi bahawa orang-orang UMNO Pasir Puteh harus berwaspada dan bersatu dan jangan membiarkan sebarang anasir-anasir negatif menggugat perpaduan kita. Saya menganggap tulisan saya ini sekadar memberitahu sesuatu sebagai amaran awal terhadap kegiatan ‘subversive’ yang sedang dijalankan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk tujuan memecahbelahkan perpaduan parti dan menghancurkan UMNO Pasir Puteh.

Musuh dalam selimut adalah lebih bahaya daripada musuh yang nyata di hadapan. Mereka dahululah yang perlu dihapuskan.

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No. Ahli UMNO 03924693
Semerak.  

Wednesday 23 November 2011

MD 35

MyDiary (35)
24/11/2011
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Saya melhat kemajuan kerja yang sedang dicapai oleh UMNO Bahagian Pasir Puteh pada masa ini agak bertambah baik dan meyakinkan. Berbanding dengan pergerakan yang agak perlahan pada beberapa bulan yang lalu, pergerakan pada masa ini sudah dilihat laju dan tersusun.

Ketua Bahagian dilihat semakin hari semakin bersemangat mengepalai pasukannya dengan berbagai-bagai aktiviti ‘turun padang’ di seluruh daerah Pasir Puteh termasuk jugalah usaha-usaha berjumpa dengan pengundi-pengundi luar. Di belakangnya pula, jentera parti memberikan kerjasama rapat disemua peringkat kepimpinan.

Saya yakin jika momentum ini dapat dikekalkan, segala harapan yang telah diletakkan keatas bahunya tidak akan menjadi sia-sia sebagai harapan tinggal harapan. Apa yang diperlukan selebihnya ialah pengekalan komitmen oleh semua pihak lain di belakangnya. Semangat juang yang kental sudah tentulah modal perjuangan yang amat diperlukan pada saat-saat seperti sekarang kerana pilihanraya sudah semakin hampir.

Beliau dilihat agak ‘tahan lasak’ juga dengan cabaran-cabaran yang mendatang. Sudah tentulah itu semua disebabkan oleh pengalaman yang telah beliau lalui dengan penuh sabar. Saya berkata bahawa beliau ialah seorang yang sangat penyabar kerana saya sendiri pernah mengkritik beliau dengan lantang dan bertubi-tubi tetapi beliau telah menerima segala kritikan saya itu dengan sikap dan hati yang terbuka.

Jarang terdapat orang yang boleh menerima kritikan-kritikan tajam seperti itu. Saya tidak tahu mengapa beliau mampu. Mungkin kerana saya ialah orang UMNO sepertinya juga.

Jika itulah yang menjadi asasnya, saya yakin beliau mampu juga menerima cabaran daripada orang yang bukan ahli UMNO.

Saya berkata begitu kerana buat pada masa ini, terdapat segelintir orang-orang tertentu yang sedang giat menjalankan aktiviti sulit untuk tujuan menjatuhkannya. Mereka terdiri daripada orang-orang yang sudah lama membuat perancangan itu sejak dari hari pertama beliau memegang jawatan Ketua Bahagian. Perancang utama gerakan ini tidak tinggal di Pasir Puteh tetapi mempunyai orang-orangnya di Pasir Puteh untuk membantu beliau. Sekali sekala beliau akan balik ke Pasir Puteh untuk tujuan berjumpa dengan orang-orangnya termasuk jugalah berjumpa dengan wakil rakyat parti lawan secara sulit.

Pada mulanya gerakan beliau tidak siapa pun tahu kerana beliau sering balik sebagai orang UMNO. Gerakan beliau mula dihidu apabila beliau melakukan satu kesilapan besar pada hari raya ke-3 Aidil Adha.

Orang bertanya mengapa beliau sangat inginkan Ketua Bahagian jatuh padahal beliau sendiri pun bukan ahli UMNO? Saya tidak mampu menjawab persoalan itu secara tepat tetapi terdapat dua andaian munasabah yang telah dibuat oleh orang ramai terhadapnya. Pertama, beliau bekerja untuk seseorang dari pucuk kepimpinan parti lawan negeri Kelantan. Kedua, beliau mempunyai cita-cita untuk menjawat satu jawatan tinggi di JPM. Oleh kerana beliau dapati Ketua Bahagian sekarang bukan orang yang boleh membantunya untuk dapatkan jawatan itu, maka seseorang yang lain hendaklah dijadikan bakal Ketua Bahagian. Orang itu adalah orang yang akan membantunya dapatkan jawatan itu melalui proses lobi politik.

Orang tidak kisah tentang cita-citanya itu. Yang menjadi perhatian ialah beliau sudah dianggap sebagai pengacau dan musuh dalam selimut kerana aktiviti yang dilakukannya secara penyamaran itu penuh dengan unsur-unsur memecahbelahkan perpaduan orang-orang UMNO Pasir Puteh.

Walau bagaimana pun, sebagai seorang Ketua Bahagian sudah tentulah latar belakang orang ini sudah dikenalpasti sepenuhnya dan pergerakannya diambil perhatian. Malahan, aktiviti kerosakan terhadap parti UMNO yang beliau lakukan itu mungkin sudah pun diketahui oleh pucuk kepimpinan UMNO negeri Kelantan sendiri. Mungkin juga tindakan sewajarnya akan disarankan untuk diambil terhadap sesiapa yang didapati berada di belakangnya, jika orang itu ialah orang UMNO.

Saya ingin mengakhiri artikel saya ini dengan pesanan kepada seluruh ahli-ahli UMNO Pasir Puteh supaya teguh berdiri di belakang Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh dan sentiasa berhati-hati terhadap anasir-anasir yang sedang menyuntik jarum kebencian terhadap pemimpin UMNO Pasir Puteh dengan cerita-cerita palsu rekaan mereka.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.        

Wednesday 16 November 2011

MD 34


MyDiary (34)
17/11/2011
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Ramai yang berkata bahawa kerja untuk ‘merebahkan’ YB Wan Hassan di dalam pilihanraya umum ini nanti adalah payah. Marilah siapa pun. Mereka berkata pengaruh YB Wan Hassan sangat kuat di DUN Semerak.

Cakap secara bisik-bisik ini bukan daripada orang-orang PAS tetapi daripada orang-orang UMNO sendiri. Mereka mengakui kekuatan yang ada pada YB Wan Hassan. Saya sekadar mendengar sahaja.

YB Wan Hassan kuat mungkin tidak boleh dinafikan. Beliau adalah seorang wakil rakyat yang sentiasa aktif sejak sedari dulu lagi. Selepas BN kalah 5-0 di seluruh Pasir Puteh dalam PRU12, beliau telah mengambil kesempatan sepenuhnya dengan menjalankan berbagai kegiatan politik untuk memperkukuhkan kedudukannya. Sudah tentulah sebagai seorang wakil rakyat dan dengan kerajaan negeri yang memerintah, beliau mempunyai banyak kesempatan dan peluang untuk melakukan banyak aktiviti dan program politik berbanding dengan pemimpin UMNO.

Saya melihat perkembangan politik di Semerak bukan berpandukan kepada pendapat orang ramai seperti itu. Secara zahirnya memang YB Wan Hassan aktif dan dianggap sentiasa mengambil berat atau ‘cakna’ terhadap rakyat. Sudah tentulah itu adalah tugas dan tanggungjawab biasa seorang wakil rakyat. Yang saya lihat ialah apakah benar-benar beliau berada di dalam zon selesa hanya disebabkan oleh rajinnya beliau melakukan kerja-kerja wakil rakyatnya itu? Apa bezanya dengan wakil rakyat BN yang terdahulu yang juga melakukan kerja-kerja yang sama seperti itu?

Saya menganggap siapa sahaja yang menjadi wakil rakyat sebagai orang yang ‘bekerja’. Mereka bekerja seperti itu kerana sememangnya itulah kerja dan tugasnya.

Dalam soal sokongan terhadap sesebuah parti, saya akhirnya menemui kemuncak kefahamannya melalui pengalaman. Setiap orang yang menganggotai sesebuah parti politik sebagai ahlinya yang sah adalah seharusnya menyokong parti itu tanpa soal. Ini telah saya sedari apabila saya sendiri melakukan kesilapan cuba mempelopori gerakan menyokong seseorang calon tanpa mengambilkira parti. Saya mengingatkan diri saya tentang keperluan memilih pemimpin yang baik dikalangan kita sepertimana yang dianjurkan agama.

Namun, apabila saya sedar bahawa saya telah sentiasa keliru untuk mengundi seseorang disebabkan rekod peribadinya yang yang tidak meyakinkan, saya mula merasa bahawa adalah lebih baik perhatian politik saya diberikan tumpuan kepada anggapan bahawa semua parti politik yang meletakkan calonnya sebagai sama sahaja.

Jika PAS mencanangkan bahawa parti itu sahaja yang memperjuangkan Islam di negara ini, kenapa tidak dipastikan supaya calon yang diletakkannya terdiri daripada orang yang benar-benar bersih rekod peribadinya?  

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.

Tuesday 15 November 2011

MD 33

MyDiary (33)
15/11/2011
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

‘AbeLek RM’ menjadi topik hangat yang diperbincangkan pada masa ini di Pasir Puteh. Ada yang memuji tak kurang juga yang mengutuk. Ada yang mengenali saya tak kurang juga yang tidak. Namun, tulisan-tulisan saya yang terkini tetap mendapat perhatian orang ramai terutamanya ahli-ahli UMNO yang aktif berpolitik.

Ini adalah disebabkan sikap saya yang dianggap telah berubah. Kalau dulu saya dianggap sebagai sangat lantang mengkritik Ketua Bahagian dengan kepimpinannya, tetapi sekarang saya dianggap sudah melakukan ‘swing’ menyokongnya pula. Kepada orang-orang yang sememangnya dipihak Ketua Bahagian, mereka amat mengalu-alukannya tetapi bagi mereka yang tidak, ianya dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan menghairankan. Bahkan ada juga diantara mereka yang telah awal-awal mengutuk, mengeji dan menghina saya dengan berbagai-bagai tuduhan dan tohmahan. Apalagi jika orang itu bukan seorang ahli UMNO seperti saya.

Kepada mereka yang menyetujui tindakan saya ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kepada mereka yang tidak, saya tidak mengambil kisah terhadap segala tohmahan dan tuduhan palsu yang telah sengaja direka-reka untuk memalukan saya. Ini adalah kerana saya tahu mereka tidak faham dengan sebenar-benar faham tentang politik. Ada diantaranya berpelajaran tinggi tetapi itu tidak bermakna mereka faham dan boleh bertahan di dalam arena politik.

Saya ingin mengambil sedikit kesempatan untuk memaklumkan kepada para pembaca bahawa sikap saya ini adalah sesuatu yang ‘normal’ bagi sesiapa yang benar-benar faham tentang politik. Kefahaman ini hanya mampu diperolehi jika seseorang itu melalui pengalaman berpolitik atau mengikuti perkembangannya dalam berbagai-bagai situasi yang mencabar serta aktif diperingkat akar umbi selain daripada sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan pucuk kepimpinan parti.

Betul, saya sangat lantang dalam tulisan-tulisan awal saya mengkritik kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh. Namun, itu tidak sekali-kali bererti saya membenci sesiapa diantara mereka termasuk Ketua UMNO Bahagian sendiri. Saya mengkritik bukan kepada individunya tetapi saya mengkritik ‘kepimpinannya’. Ini bermakna, dalam konteks UMNO Bahagian Pasir Puteh, saya mengkritik Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh bukan pemegang jawatan itu secara peribadi. Ini seterusnya bermakna bahawa saya tidak kisah siapa yang memegang jawatan itu kerana saya tetap akan mengkritiknya juga. Berkebetulan pada masa ini, Cikgu Zawawi Othman yang menjawat jawatan itu, maka Cikgu Zawawi Othmanlah yang menjadi sasaran saya.

Oleh hal yang demikian, apabila saya ‘swing’ untuk menyokong semula Ketua UMNO Bahagian, ini sebenarnya bermakna saya menyokong semula Cikgu Zawawi kerana beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh semata-mata kerana saya ialah ahli parti.

Saya bukan menyokong Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh kerana beliau ialah Cikgu Zawawi Othman.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.

Thursday 10 November 2011

MD 32


MyDiary (32)
11/11/11
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

UMNO Bahagian Pasir Puteh masih lagi tidak sunyi dengan kerenah orang-orang tertentu. Mereka merupakan orang-orang lama parti tetapi masih tidak sedar bahawa pilihanraya sudah semakin hampir. Mereka bersikap seolah-olah pilihanraya tidak akan diadakan. Bagi mereka yang penting ialah bagaimana hendak menjatuhkan pemimpin yang tidak disukai mereka. Ini disebabkan mereka masih berdendam diantara satu sama lain.

Apa sahaja yang dibuat oleh sesiapa pun dari sesuatu pihak masih tetap dipertikaikan oleh pihak yang lain. Walau pun kadang-kadang program yang hendak dibuat itu sudah jelas bertujuan membantu parti pun, program itu tetap juga dianggap sebagai program yang mempunyai udang disebalik batu.

Saya melihat orang-orang UMNO Pasir Puteh bukan sebenarnya ketandusan pemimpin yang berwibawa tetapi mereka ketandusan kemajuan pemikiran yang positif. Saya melihat mereka masih seperti kanak-kanak sekolah (walaupun berpelajaran tinggi) yang sentiasa ingin bermain dan bergurau dan kadang-kadang bila gurauan itu menjadi melampau mereka akan berkelahi sesama sendiri pula. Ini tidak banyak berlaku di dalam parti lawan PAS.

Saya tidak tahulah bagaimana pemimpin UMNO hendak menangani ahli-ahlinya ini. Yang saya tahu sudah agak banyak program-program dibuat tetapi tidak banyak kesan positif yang ditinggalkan. Ahli-ahli UMNO masih bercakaran sesama sendiri tentang perkara-perkara remeh tanpa sedikit pun merasa bahawa masa sudah terlalu getir untuk menghadapi pilihanraya. Mereka suka berbincang tentang siapa yang patut menjadi calon. Mereka berbincang tentang layak atau pun tidak orang itu atau orang ini. Seorang demi seorang mereka tampilkan. Kadang-kadang berpusing balik kepada orang yang sama. Ini pun jarang berlaku dikalangan orang-orang parti lawan PAS.

Saya merupakan diantara orang yang paling lantang menentang kepimpinan UMNO Bahagian pada waktu yang lalu. Sepatutnya saya terus menentang beliau kerana orang yang sama masih memimpin Bahagian. Namun, saya bukanlah seorang yang terlalu dibawa perasaan sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab saya sebagai ahli UMNO. Apabila pilihanraya sudah hampir saya tetap tahu dan sedar bahawa masa untuk mengkritik kepimpinan Bahagian sudah berlalu tetapi masa harus diisi pula dengan kegiatan menulis menyokong beliau kerana beliau tetap seorang ketua bagi parti.

Sokongan yang saya berikan berbanding dengan kritikan saya tempuh hari sudah tentulah bagi sesetengah orang melihatnya sebagai sesuatu yang agak pelik. Ada yang tergamak menuduh saya sebagai ‘dibeli’. Namun, saya tidak mengambil kisah semua itu kerana apa yang saya tahu, saya bukanlah orang yang seperti itu kerana saya menyokong semula beliau bukan bererti saya menyokong beliau secara peribadi tetapi sokongan saya adalah semata-mata sokongan kepada seorang Ketua Bahagian dan parti. Maknanya, siapa pun yang menjadi Ketua, saya tetap akan menyokongnya demi parti dan pilihanraya yang semakin hampir ini.

Saya harap sentimen berpuak-puak yang semua tahu tidak menguntungkan parti segera dihentikan oleh semua pihak. Jika tidak, lebih baik kita semua berehat saja dirumah bersama keluarga masing-masing untuk menanti tempuh lima tahun lagi dibawah pemerintahan dan kuasa parti lawan.

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.

Monday 31 October 2011

MD 31

MyDiary (31)
31/10/2011
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Hukum Hudud sekali lagi menjadi tajuk panas perbincangan dikalangan orang ramai terutamanya orang-orang politik. Malam ini pun satu program akan diadakan di DUN Limbongan oleh UMNO Bahagian Pasir Puteh.

Sudah tentulah pemimpin PAS akan terus bertubi-tubi mempertahankan hujah-hujah mereka sementara pemimpin UMNO pula bertubi-tubi menyerang balas hujah-hujah itu. Saya melihat senario ini sebagai sesuatu yang sebenarnya merugikan orang-orang melayu sendiri. Bertengkar dan berbahas tidak habis-habis tentang sesuatu yang saya anggap tidak sepatutnya diperbahaskan berlebih-lebihan kecuali dengan cara lain yang lebih baik iaitu dengan cara bermuzakarah secara kekeluargaan.

Saya berkata begitu kerana isu hukum Hudud tidak perlu sesiapa pun mempertikaikannya dari segi agama. Pihak PAS tidak perlu bercakap terlalu banyak hendak melaksanakannya sementara pihak UMNO pula tidak perlu berhujah terlalu banyak juga menentangnya.

Hukum tetap hukum. Sesiapa pun akan dianggap menentang agama jikalau sekadar terniat sahaja pun didalam hatinya mempertikaikan sesuatu hukum agama. Saya yakin semua pihak tahu dan akur tentang keperluan untuk tidak mempertikaikannya.

Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak didalam perkara ini secara mutlak. Saya bukan layak untuk berbuat demikian. Namun, saya ada kemampuan berfikir sebagai seorang manusia biasa. Oleh itu, saya mahu menyatakan sesuatu yang mungkin boleh menyumbang.

Pada saya, soal hendak melaksanakannya atau pun tidak bukanlah sesuatu yang penting kerana itu sudah menjadi tanggungjawab pihak yang memerintah melakukannya. Yang penting ialah orang hendak melihat apakah pihak yang hendak melaksanakannya benar-benar layak atau pun tidak.

Pada saya, yang menjadikan masalah ini berpanjangan dipihak PAS ialah kemampuan sebenar dipihak mereka. Bagimana hendak diharapkan perlaksanaan ini boleh dibuat dengan cara-cara sebagaimana hukum itu menghendakinya jika ada dikalangan pemimpin tertinggi parti itu sendiri pun tidak mampu diyakini rakyat? Apakah sekadar memegang jawatan-jawatan tinggi parti sudah melayakkan mereka membawa rakyat dengan cara yang dikehendaki agama sedangkan mereka sendiri pun mempunyai rekod peribadi yang meragukan?

Saya tidak melihat ada contoh dalam sejarah agama bahawa seseorang yang pernah melalui tempuh yang meragukan diberikan hak untuk memerintah atau menjadi pemimpin seperti itu. Saya melihat jika mereka benar-benar inginkan itu, mereka sepatutnya terlebih dahulu menunjukkan contoh-contoh yang baik dalam kepimpinan. Jika tidak, mereka masih boleh menunjukkan contoh-contoh yang baik juga dengan cara melepaskan jawatan politik mereka demi agama, bangasa dan negara apabila tingkahlaku mereka diragui. Ini tidak pernah berlaku. Bahkan orang yang pernah diragui itu terus diberikan peluang naik ke jawatan yang lebih tinggi didalam parti. 

Inilah sebenarnya sudut yang harus dipersoalkan. Bukan hukum itu sendiri tetapi orang-orang yang hendak melaksanakannya. Sebab itu, bagi saya selagi orang melayu berpecah dengan dua parti besar ini, selagi itulah bukan sahaja hukum Hudud yang tidak mungkin dapat dilaksanakan bahkan kuasa politik orang-orang melayu itu sendiri pun harus terlepas ketangan orang lain.

Justeru itu, sama-samalah berusaha untuk bersatu dahulu barulah difikirkan perkara-perkara seperti hukum Hudud atau pun sebagainya kerana itulah yang terlebih penting buat pada masa ini. Bagaimana hendak kembangkan agama jika kuasa politik orang-orang melayu itu sendiri pun semakin hari semakin goyah? Apakah istilah 'survival' sudah tidak relevan? 

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No. Ahli UMNO 03924693
Semerak.   

Friday 28 October 2011

MD 30


MyDiary (30)
29/10/2011
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Pesta Pantai yang sedang berlangsung sekarang di Pantai Bisikan Bayu (Dalam Rhu) Semerak adalah sesuatu yang dianggap baik. Selain daripada percubaan untuk mempopularkan semula tapak perkelahan keluarga, terdapat juga beberapa infra-struktur lain yang dibina akan menjadi kemudahan orang ramai selepas ini.

Namun, saya melihat usaha ini dibuat sekadar untuk tujuan jangka pendek sahaja. Warong, tandas dan wakaf tempat berteduh dibina hanya semata-mata untuk tujuan pesta yang diadakan itu sahaja.

Sikap kerajaan Kelantan melalui MDPPnya, sememangnya tidak pernah sebelum ini melakukan sebarang usaha untuk memajukan lokasi perkelahan seperti ini secara serious. Mereka telah membiarkan tapak seperti ini berada di dalam keadaan tidak terurus sejak sekian lama. Sekarang tiba-tiba sahaja pesta pantai yang sedang berlangsung ini diadakan. Apakah ada kaitannya dengan pilihanraya umum yang semakin hampir?

Saya melihat dari sudut pembangunan sesuatu kawasan itu untuk tujuan jangka panjang. Kawasan seperti Pantai Bisikan Bayu ini memerlukan lebih banyak infra-struktur asas yang lebih tersusun jika hendak menarik orang ramai ke sana. Warong-warong, jalan masuk, tandas-tandas, wakaf-wakaf, taman reakreasi, taman permainan kanak-kanak, benteng serta tempat meletak kenderaan hendaklah dibina dengan secukupnya untuk keselesaan orang ramai. Saya melihat tempat meletak kenderaan sebagai sesuatu yang sangat diperlukan di situ.

Saya tidak tahulah mengapa kemudahan-kemudahan seperti yang disebutkan itu tidak pernah diambil berat oleh kerajaan negeri. Apakah kerajaan negeri tidak mengutamakan pembangunan seperti ini kerana tiada peruntukan atau pun sengaja tidak diutamakan kerana sememangnya dasarnya begitu?

Saya harap janganlah kesempatan diambil menjelang pilihanraya untuk memikat para pengundi hanya dengan taktik melakukan sesuatu seperti ini yang akan dianggap orang seperti melepaskan batuk ditangga sahaja. Segala kemudahan yang disediakan hanyalah untuk tujuan sementara kerana dibina ala kadar sahaja. Selepas ini, tapak dibiarkan lagi seperti pada masa-masa yang lepas sedangkan kemudahan tapak yang berhampiran diberikan kepada orang lain untuk diraih keuntungannya.

Oleh itu, disamping mementingkan orang luar dengan memberikan tapak yang sangat bernilai, kerajaan negeri melalui MDPP harus juga mementingkan keperluan dan keselesaan orang ramai yang memerlukan kawasan yang lebih selesa untuk tujuan berehat dan berkelah seperti Pantai Air Tawar, Besut.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak. 

Wednesday 26 October 2011

MD 29

MyDiary (29)
27/10/2011
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Sewaktu saya di Shah Alam dua hari yang lepas, saya terjumpa seorang kenalan lama dari Kota Bharu. Kami berbual seketika tentang anak masing-masing yang datang konvo. Selepas itu, beliau bertanya saya tentang perkembangan politik tanahair. Saya berkata bahawa saya bukan orang politik yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik yang mampu memberikan jawapan yang memuaskan kerana saya hanyalah seorang ahli biasa dalam parti UMNO. Saya menjawab soalan beliau secara berterus terang kerana beliau ialah kenalan lama saya dan saya menyangka beliau pun ahli UMNO seperti saya juga kerana beliau ialah diantara orang terpenting sebuah persatuan kontraktor bumiputra Malaysia.

Apabila sahaja beliau mendengar jawapan saya yang sedemikian, beliau terus berkata bahawa menyokong sebuah parti seperti UMNO akan mengakibatkan kita ‘putus agama dengan Allah’ selain daripada ‘nabi tidak mengaku umatnya’. 

Saya merasa agak terkejut dengan kenyataan keras yang dibuatnya itu tetapi mampu menahannya kerana ingin mendengar lagi hujah-hujah selanjutnya. Katanya, parti UMNO sudah jelas tidak menyokong dan tidak mengutamakan Islam sejak dari saat penubuhannya lagi. Oleh itu, sesiapa yang menyertai parti ini sudah jelaslah juga bersubahat tidak menyokong Islam dan itulah yang menyebabkan orang-orang ini dianggap ‘putus agamanya dengan Allah’ dan ‘nabi tidak mengaku umatnya’.

Oleh kerana saya masih mahu menghormati beliau sebagai kenalan lama dan tidak mahu menunjukkan reaksi menentang, saya tidak berkata apa-apa yang agak keras dan bertentangan walaupun saya boleh. Saya terus berkata bahawa memanglah setiap individu Islam yang menjadi rakyat negara ini sewajibnya menyokong apa sahaja gerakan Islam yang ada termasuk jugalah parti PAS.

Namun, saya bertanya kepadannya apakah PAS sahaja yang perlu diberikan sokongan kalau seseorang itu mahu menyokong agama Islam? Beliau menjawab ya.

Oleh kerana jawapan beliau itu saya anggap sebagai sesuatu yang muktamad baginya, saya terus membawa beliau kepada soalan saya yang kedua yang saya yakin akan dapat membuatkan beliau tidak lagi mampu memberikan jawapan yang muktamad.

Saya berkata kepadanya bahawa saya sudah lama mahu menyertai PAS supaya dengan itu saya pun boleh juga memberikan sokongan kepada sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam sepertimana yang didakwa beliau itu. Namun, setiap kali saya memegang pensel untuk memangkah semasa mengundi, saya terlihat bukan sahaja lambang bulan tetapi ada juga nama orang yang mewakili lambang itu. Nasib sentiasa tidak menyebelahi saya kerana berkebetulan pada setiap kali pilihanraya di tempat saya mengundi, orang yang mewakili lambang itu sentiasa merupakan orang yang terbukti tidak mempunyai rekod peribadi yang bersih.  

Saya pun terus bertanya kepadanya, apakah agama Islam membenarkan kita memberikan sokongan kepada seseorang seperti itu semata-mata dengan alasan hendak menyokong sebuah parti politik yang membawa dasar Islam?

Pada ketika inilah beliau dilihat menjadi agak serba salah. Dengan senyuman di mukanya yang bercampur tanda akur kepada saya, beliau lalu menggosok-gosok belakang saya dan berkata bahawa sayalah yang sepatutnya mengambil tempat itu.

Apalah lagi yang mampu saya berkata jika itulah pula alasannya?

Kenyataan terakhirnya itu tidak penting. Yang penting ialah unsur-unsur lama sedang cuba diterapkan semula kedalam masyarakat. Ianya tidak ubah seperti fesyen pakaian. Fesyen ‘bell-bottom’ tahun tujuh puluhan akan cuba dipromosikan semula pada tahun 2012 ini.

Saya tidak mahu memanjangkan isu ini kerana saya bukan pakar untuk menulis apa-apa mengenai agama. Saya bukan pelajar aliran agama dan bukan juga pelajar pondok yang mampu berhujah seperti pakar-pakar agama. Oleh itu, saya harap ada orang lain yang akan sudi menghuraikan isu ini secara lebih jelas dan mudah difahami.

Jangan dibiarkan sebarang percubaan oleh pihak parti PAS untuk cuba menggunakan semula isu seperti ini dalam usaha mereka untuk memepertahankan kuasa politik mereka. Buktikan bahawa memperalatkan agama untuk mempertahankan jawatan yang disandang mungkin masih boleh diterima alasannya secara sekular tetapi memesongkan aqidah adalah sesuatu yang keterlaluan.

Justeru, anggaplah MD 29 saya ini sebagai sesuatu yang datangnya dari orang yang bertanya.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No. Ahli UMNO 03924693
Semerak.     

Wednesday 19 October 2011

MD 28

MyDiary (28)
20/10/2011

(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Tuan Hj Rujhan Hj Salleh adalah orang lama dalam parti yang telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin tulin UMNO. Dalam Pemuda, beliau merupakan orang yang telah meniti naik tangga kepimpinan politiknya sedari jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh hinggalah kepada jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan. Dalam Bahagian pula, sekarang beliau ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh iaitu orang nombor dua dalam saf kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian di bawah Cikgu Zawawi Othman selaku Ketua.

Saya tertarik untuk menulis sedikit tentang beliau kerana saya dapati beliau sangat kental menghadapi cabaran. Sepanjang penglibatan beliau sebagai pemimpin, dua pilihanraya umum sudah berlalu iaitu PRU11 (2004) dan PRU12 (2008) tanpa beliau dicalonkan. Kini, PRU13 akan menyaksikan beliau sekali lagi diduga samada beliau akan menjadi calon atau pun tidak.

Jarang berlaku orang yang memegang satu jawatan tinggi seperti jawatan Ketua Pemuda Negeri tidak dicalonkan tetapi Hj. Rujhan atau panggilan manja kawan-kawan ‘Mat Jihe’ tidak pernah merasa kecewa bahkan terus memberikan khidmatnya membantu parti tanpa menimbulkan sebarang masalah. Ini bererti beliau adalah seorang pemimpin UMNO sejati yang tidak mementingkan dirinya sendiri tetapi sentiasa meletakkan kepentingan parti dihadapannya. Beliau tidak kisah samada dicalonkan atau pun tidak kerana yang penting baginya ialah kemenangan parti dalam pilihanraya.

Sekarang, saya rasa masanya sudah sampai untuk beliau dicalonkan. Jika tidak, umur beliau akan lebih meningkat lagi dan ini sudah tentulah akan merugikan parti dan seluruh ahli-ahli UMNO itu sendiri. Kita tidak mahu merugikan parti kita lagi dengan terus membiarkan beliau memimpin UMNO Bahagian sahaja padahal beliau terbukti mampu juga menjadi seorang wakil rakyat. 

Walaupun, terdapat bermacam-macam pendapat tentang beliau, saya masih menganggap beliau adalah orang yang paling layak sebagai calon di DUN Limbongan. Beliau adalah seorang yang terbukti sangat tabah dan penyabar dalam menempuh segala bentuk cabaran dan dugaan. Dengan pengalamannya juga, sudah tentulah beliau akan mampu menangkis segala bentuk tohmahan daripada parti lawan.

Saya harap ahli-ahli UMNO semua terutamanya saf kepimpinan UMNO Bahagian sendiri terus bersikap matang dan professional dalam menentukan dan menerima beliau sebagai calon PRU13 ini di DUN Limbongan. Apa yang telah berlaku sedikit sebanyak itu anggaplah sebagai asam garam kehidupan sebagai seorang pemimpin. Setiap pemimpin tetap akan menghadapi pelbagai cabaran sepanjang tempuh seseorang itu memimpin sesebuah pertubuhan politik. Lagi tinggi seseorang itu menjawat jawatan, lagi banyak cabaran yang akan seseorang itu hadapi. 

Apa yang penting ialah kita masih separti.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No. Ahli UMNO 03924693
Semerak.   

Sunday 16 October 2011

MD 27

MyDiary (27)
16/10/2011

(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Menyentuh kembali kepada soal siapa calon untuk parlimen Pasir Puteh dan siapa calon untuk kesemua DUN sebagai susulan kepada MD 26, saya ingin membuat cadangan sepertimana berikut :-

1)      Ketua UMNO Bahagian sebagai calon parlimen sementara semua keempat-empat DUN akan ditentukan oleh beliau sendiri.
2)      Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sebagai calon parlimen dengan Ketua UMNO Bahagian di DUN Gaal. Tiga DUN lain akan ditentukan oleh Ketua UMNO Bahagian.
3)      Mantan Ketua UMNO Bahagian sebagai calon parlimen dengan Ketua UMNO Bahagian di DUN Gaal. Tiga DUN lain akan ditentukan oleh Ketua UMNO Bahagian.
4)      Orang-orang lain selain daripada mereka di atas itu sebagai calon parlimen dan DUN.

Pelan pertama saya anggap sebagai pelan yang paling ‘ideal’ kerana kedudukan seseorang Ketua Bahagian yang menerajui parti hendaklah juga diberikan tempat sebagai calon parlimen. Dengan itu, kesemua DUN akan secara otomatik berada dibawah naungannya sekaligus memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan pilihanraya.

Pelan kedua  saya anggap sebagai pelan untuk meyakinkan orang-orang Pasir Puteh bahawa mereka sangat beruntung kerana mendapat pemimpin no. 2 parti peringkat negeri yang juga merupakan seorang Timbalan Menteri kabinet buat pada masa ini sementara Ketua Bahagian ke DUN Gaal dimana kemenangan sangatlah berpihak kepadanya.

Pelan ketiga saya anggap sebagai pelan yang baik kerana pengaruh mantan Ketua Bahagian masih lagi kuat diperingkat akar umbi. Sepertimana pelan kedua. Ketua Bahagian ke DUN Gaal diatas sebab-sebab yang sama.

Pelan keempat adalah pelan alternatif terakhir jika kesemua pelan-pelan yang telah disebutkan di atas itu tidak boleh dilaksanakan disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Saya tidak boleh membayangkan tokoh lain sebagai calon parlimen untuk pelan keempat ini kecuali seorang tokoh baru yang sangat rajin melakukan kerja-kerja ‘turun padang’ sejak beliau kembali bertugas di Pasir Puteh sebagai Pengetua sebuah sekolah menengah.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No. Ahli UMNO 03924693
Semerak.    

Friday 14 October 2011

MD 26


MyDiary (26)
14/10/2011
 (Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Isu wang RM2 juta semakin rancak dan panas diperbincang dan diperbahaskan di dalam Facebook. Mereka yang berbahas itu bukan terdiri daripada orang-orang UMNO sendiri sahaja tetapi disentuh dan dibahas juga oleh orang-orang PAS atau setidak-tidaknya penyokong-penyokong parti ini.

Ramai diantara mereka menggunakan nama samaran tetapi hujah mereka tetap membayangkan sikap mereka yang sebenar.

Mereka semua berbahas dan berbahas hampir setiap hari pagi dan petang tentang isu ini tetapi sampai hari ini tiada sebarang penjelasan yang dibuat oleh sesiapa. Mereka akan tetap mencari-cari penjelasan yang mereka mahukan selagi tiada sesiapa yang sanggup menampilkan diri untuk menjelaskannya. Mereka dilihat seperti mahukan kepastian tentang isu ini.  Kadang-kadang inilah yang membuatkan saya sendiri pun merasakan bahawa mungkin lebih baik isu ini diperjelaskan sahaja jika isu ini tidak lagi dapat dirahsiakan.

Kepimpinan UMNO Bahagian mungkin tidak mahu mengambil kisah tentang apa yang dipercakapkan. Mereka bersikap soal ini sebagai urusan dalaman parti yang tidak perlu dibuat sebarang penjelasan kepada orang ramai. Mereka bersikap bahawa jika permintaan dilayan, ianya boleh mendedahkan lagi mereka kepada pelbagai persepsi negatif terutama daripada phak parti lawan.

Saya bersetuju dengan sikap yang diambil itu. Namun, apakah dengan membiarkan orang ramai berterusan mempersoalkannya, ianya boleh memberikan kebaikan kepada parti? Dalam masa kita sedang berusaha keras menangkis berbagai-bagai tohmahan, apakah wajar isu seperti ini dibiarkan?

Isu kedua yang tidak kurang hebatnya ialah tentang siapa calon BN parlimen dan semua DUN-DUN di Pasir Puteh. Walaupun isu ini sememangnya tdak boleh juga dipersoalkan oleh sesiapa, namun kepimpinan UMNO Bahagian harus juga bijak menanganinya. Mereka juga ingin tahu siapa sebenarnya yang akan dicalonkan.

Dalam hubungan ini, saya melihat bahawa minat orang ramai ini sebenarnya bersesuaian dengan hasrat YAB Dato’ Seri Presiden sendiri yang mahukan supaya seseorang calon itu betul-betul terdiri daripada mereka yang dianggap ‘winnable’.  Oleh itu, tidak salah bagi mereka jika mereka mahukan supaya pendapat mereka diambilkira oleh kepimpinan Bahagian walaupun dengan cara meluahkannya di dalam Facebook sahaja.

Tidak salah juga bagi mereka jika contohnya, mereka tidak mahu orang-orang yang telah pun pernah kalah dalam pilihanraya umum yang lalu tidak disenaraikan lagi. Kali ini, mereka mahukan supaya mereka yang disenaraikan terdiri daripada muka-muka baru. Bukan muka-muka lama walaupun muka-muka lama itu sangat rapat dengan kepimpinan Bahagian sekali pun. Mereka berpendapat bahawa kekayaan peribadi atau pengalaman di dalam parti juga tidak semestinya dijadikan ukuran mutlak untuk melayakkan seseorang itu menjadi calon lagi kecualilah pengaruh mereka di akar umbi masih betul-betul kuat dan terbukti ‘winnable’. Mereka berkata bahawa pada kebiasaannya, orang-orang seperti ini tidak lagi diterima orang ramai dan mustahil boleh memberikan kemenangan kepada parti.

Oleh itu, muka-muka baru harus diketengahkan terutamanya bagi kerusi parlimen.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No. Ahli UMNO 03924693
Semerak. 

Tuesday 11 October 2011

MD 25


MyDiary (25)
12/10/2011

(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

Sekarang musim orang Islam naik mengerjakan haji ke Mekah. Di Pasir Puteh tidak kurang juga yang ke sana termasuk beberapa orang tokoh-tokoh politik dan orang-orang yang disebut sebagai berpotensi tinggi sebagai calon PRU ke-13 ini.

Suasana agak hening dan aman dengan masing-masing mengambil kesempatan untuk pergi berjumpa dengan mereka. Ada yang mengadakan kenduri kesyukuran ada yang tidak. Semua itu tidak penting kerana yang penting ialah berjumpa dan meminta ampun dan maaf sebelum berpisah serta berpesan kepada yang pergi itu supaya jangan lupa memohon doa untuk mereka juga di sana nanti. Mereka yang akan pergi ini dianggap sebagai sudah mendapat seru.

Semua orang Islam tetap bercita-cita hendak menunaikan rukun Islam yang ke-5 ini. Tinggal lagi mampu atau pun tidak. Kemampuan pergi dan balik serta cukup belanja dalam masa peninggalannya kepada sesiapa yang ditanggung nafkahnya seperti anak isteri dan lain-lain.

Suasana seperti ini harus dilihat sebagai suasana untuk sama-sama bertenang. Dalam masa mereka di tanah suci, kita di tanah air sewajarnyalah mengambil sikap untuk tidak menimbulkan sebarang isu yang boleh menyentuh perasaan orang lain. Jika betul-betul ditakdirkan orang yang pergi ke Mekah itu menjadi calon sekembalinya nanti, maka sudah tentulah beliau mahukan supaya suasana berkempen dilakukan dengan cara yang sebaik mungkin dan bersopan.

Elakkanlah daripada membincangkan soal-soal yang menyentuh peribadi mana-mana orang. Jika soal itu dirasakan sebagai sesuatu yang harus diketengahkan demi kepentingan politik dan orang ramai seperti penyelewengan atau pun penyalahgunaan kuasa, itu pun masih juga tidak baik untuk diperbincangkan secara terbuka seperti di dalam kedai-kedai kopi atau dalam laman web internet seperti Facebook atau lain-lain. Apa yang perlu dilakukan ialah membawa kes itu ke muka pengadilan samada melalui saman mahkamah atau pun laporan kepada SPRM. Biarlah pihak yang berkuasa ini menggunakan undang-undang yang sah untuk menentukan samada orang-orang itu bersalah atau pun tidak.

Saya menyentuh perkara ini kerana saya telah mendapat tahu bahawa ada desas desus pilihanraya pada kali ini akan menyaksikan perkembangan yang sedemikian. Saya tidak bolehlah menyatakan dengan jelas di dalam tulisan saya ini kerana ianya bukan bidang dan minat saya untuk memperincikan sesuatu yang tidak jelas. Kepada mereka yang tidak berpuas hati itu, saya hanya ingin menyampaikan nasihat saya supaya perkara-perkara seperti ini janganlah dibuat main-main kerana menyentuh peribadi seseorang walaupun ianya ada kaitan dengan kepentingan politik dan orang ramai sekali pun, kita masih perlu berhati-hati kerana dikhuatiri ianya mungkin rekaan sahaja untuk menjatuhkan maruah seseorang. Atau pun ianya mungkin sudah terlalu digembargemburkan sehingga cerita asal yang lama sudah menjadi terlalu jauh daripada benar.

Jika ianya melibatkan penyalahgunaan kuasa seperti ‘Abuse of Power (AP) atau ‘Criminal Breach of Trust’ (CBT), maka sewajarnyalah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkuasa itu. Kita seharusnya menunggu dan membiarkan pihak yang berkuasa itu sendiri menanganinya mengikut lunas undang-undang. Ini adalah lebih baik kerana orang yang membuat aduan atau laporan tidak akan diketahui oleh sesiapa.

Kita hanya berhak membuat aduan dan laporan, jika dirasakan perlu, tetapi tidak berhak membuat sebarang penghakiman secara terbuka untuk disebarkan kepada orang ramai. Apalagi untuk dijadikannya sebagai bahan kempen politik terhadap seseorang didalam musim pilihanraya nanti.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No. Ahli UMNO 03924693
Semerak.