Thursday 31 July 2014

Wakil Rakyat dan SPRM

saya sekadar share sahaja satu posting oleh sdr mohd sayuti omar dalam Facebook
tapi memang duk tengah geger pun di semerak
tapi tak bbutir molek
tapi orang kata kalau takdak angin masakan pokok bergoyang
kecuali ada beruk di atas pokok itu yang menggoyang2kannya

Asalamualaikum wbh wbt

Wakil rakyat mana di Kelantan kena siasat kes rasuah? Katanya sudah diberi nasihat agar berundur. Berundur atau tidak SPRM kena terus ambil tindakan. Jgn hendaknya SPRM tunduk dgn tekanan. Wassalam Mso.

Tuesday 29 July 2014

Sikap Politik Saya

makluman khas:
walaupun dilihat saya banyak membuat posting seolah2 menyokong parti pas dengan paparan tentang program2 sdr wan hassan wan ibrahim di lembah kelang dan semerak
namun ini bukan sekali2 bermakna saya menyokong parti pas
saya hanya gemarkan sikap rajin dan tekun beliau menjalankan tugas dan tanggungjawab politiknya sahaja walaupun kalah dalam pru13 yang lalu
oleh itu apa sahaja yang saya tulis tiada kena mengena dengan sikap saya yang sebenar kerana saya tetap 'non-partisan'
dalam pada itu, ingin juga saya tegaskan di sini bahawa saya kurang bahkan tidak pula menyiarkan sebarang info tentang aktiviti dipihak umno adalah kerana tiada info yang saya perolehi dari mana2 orang
oleh itu saya harap ada orang lainlah yang memainkan peranannya di semerak
harap maklum dan terima kasih
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dab Batin

Wan Hassan Wan Ibrahim dan PAS DUN Semerak

tahniah kepada sdr wan hassan wan ibrahim dan semua yang terlibat
diatas kejayaan menganjurkan majlis ramah mesra aidil fitri peringkat dun semerak pada hari ini di perkarangan pejabat penyelia dun
saya lihat sendiri kehadiran sememangnya diluar jangkaan melebihi jumlah kehadiran pada tahun2 yang lepas tetapi saya sudah mengagaknya dari awal lagi kerana tiga faktor:-
1) sebaran tentang program dibuat secara lebih meluas dalam internet
2) sambutan program ramah mesra dengan pengundi2 luar di lembah kelang tempuh hari sebelum ini sudah pun mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di sana kerana pengundi2 luar ini sudah mengenali sdr wan hassan secara dekat
3) orang ramai termasuk orang2 cina dan siam semerak pun tidak kekok dengan sdr wan hassan kerana hubungan mesra yang telah lama terjalin
 

Saturday 26 July 2014

Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan atau YOKUK

saya bagi pihak semua ibubapa kanak2 oku DUN Semerak
ingin merakamkan ucapan berbanyak2 terima kasih kepada Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan atau YOKUK diatas sumbangan wang zakat kepada mereka yang berkenaan itu
sumbangan seperti ini sangat2lah kami hargai
terima kasih sekali lagi
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin dari kami semua
(gambar hiasan di bawah ialah anak perempuan saya sendiri bersama isteri kepada YBhg Dato' Zaid Ibrahim, penaung YOKUK)
 

Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri DUN Semerak

saban tahun meriah
saya dapat saksikan sendiri kerana venue di cabang 3 nak masuk jalan ke rumah saya
orang hadir sangat ramai
melayu cina siam
india takdaklah di semerak
kalau ada pun woreh hak jauh2 sahaja
geger riuh sokmo
makanan kadang2 tak cukup
terutamanya aiskrim dan pitih raya budak2
pakat marilah ramai2
taksah duk kira sangatlah parti gapo pun
sekadar berhari raya sahaja
sesama kita
Selamat hari raya aidilfitri maaf atas silap salah. Jangan lupa kunjungi jamuan raya dun semerak raya ke dua...

MAS dan Arak


orang tak tau
asal tatkala mulo cerita arak dihidangkan dalam flight adalah berpunca dari orang kelantan
pada masa tu
orang kelantan belum pakai seluar
orang kelantan walau kemana pun
dan walau naik kapal terbang pun
hanya pakai kain pelikat baju gumbang dan serban sahaja
kerana orang kelantan terkenal dengan sifat warak dan alimnya sejak dari dulu lagi
kisahnya bermula apabila pramugari tanya dia
'what do you like for a drink sir?'
dia tanya dalam bahasa inggeris sebab masa tu hanya bahasa ini sahaja yang pramugari kena bercakap dalam penerbangan antarabangsa
'tuan guru' ini boleh agak apa maksud pertanyaan itu
tetapi pakcik ini jawab
'biarlah'
pramugari itu tanya lagi
'are you sure sir?'
pakcik ni jawab
'yes' sebab dia boleh juga sepatah dua seperti 'yes', 'no' dan 'alright'
pramugari itu pun bawalah 'beer'
oleh kerana 'tuan guru' ini belum pernah tengok 'beer'
dan tidak mahu pramugari yang bersusah payah membawa minuman itu terasa hati
dia pun terus minum kerana disangkanya air biasa
itulah bermulanya mas pun mula bertambah yakin bahawa arak boleh dihidangkan dalam flight kerana 'tuan guru' dari kelantan pun meminumnya juga dulu
Sampai bilalah agaknya situasi seperti ini akan berterusan kekal menjadi budaya dalam Syarikat Penerbangan MAS.. — with Sai N' Dota and 2 others.
(maksud tersirat saya ialah kalau nak ubah sesuatu dalam mas, kena lantik orang kelantan juga sekali lagi sebagai chairman)

Friday 25 July 2014

Kad Selamat Hari Raya

saban tahun kami menerima kad ucapan selamat hari raya daripada sdr wan hassan wan ibrahim semerak
ini ialah kad yang dihantar kpd anak saya
yang baru sampai dihantar posmen
beliau tetap menghantarnya tak kira samada semasa beliau menjadi wakil rakyat atau penyelia dun
katanya jawatan tidak penting
yang penting ialah ikatan persaudaraan
katanya juga
walaupun zaman sudah canggih dengan kemajuan IT
namun kad pengganti diri masih diamalkannya
bertujuan untuk mengekalkan tradisi tahunan
yang semakin hari semakin dilupakan
katanya lagi
berapa sen sangatlah belanjanya
sedangkan ingatan kita itu sangat bernilai bagi orang ramai
terima kasih sdr wan hassan
selamat hari raya aidil fitri dari kami sekeluarga
maaf zahir dan batin juga
 

Thursday 24 July 2014

Saya Menulis Dan Menulis

saya harap saya diberikan kekuatan untuk terus menulis
walaupun cara dan gaya tulisan saya dalam blog hanyalah sekadar taraf kampong dengan ayat2 yang tidak pun canggih atau 'sophisticated'
namun itulah sahaja kadar kemampuan yang ada pada saya
walau bagaimana pun
saya tetap bersyukur dan berterima kasih kepada semua pembaca2
kerana sudi juga meluangkan masa menatap apa yang ditulis
dan jumlah pembaca terus meningkat dari hari kehari
ini dapat saya ketahui melalui laporan 'stats' oleh internet kepada saya
saya tidaklah mahu berkata bahawa tulisan2 saya selama ini ada memberi kesan kepada mana2 pihak
saya tidak pernah mengukur sejauh mana kesannya
kerana yang menentukannya bukanlah saya tetapi semua pembaca2 itu
yang paling menggembirakan saya ialah
kawan2 berjumpa atau melefon kepada saya jika mereka ada sesuatu cadangan untuk dituliskan
ada yang jauh ada yang dekat
ada orang biasa ada orang bergelar
termasuk yang terjumpa saya semasa ke bazar ramadhan
terima kasih kepada semua
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin
dari saya
Wan Malek (Facebook)
atau
AbeLek RM (Blog)

Sayangilah Negara Kita

raya tahun ni nampaknya kita tak boleh sambut lebih2
orang kaya2 pun kena ingat
terlalu ramai tahun ini ditimpa musibah
selain daripada tragedi mh370 dan mh17
ramai juga saudara2 seagama terkorban di palestine
termasuk kanak2 dan orang2 tua
sambutlah secara sederhana dan keinsafan
dengan rasa penuh syukur
kerana negara kita masih selamat
tiada pembunuhan
tiada kebuluran
tiada perbalahan agama dan kaum
semua rakyat malaysia masih boleh mengecapi keamanan
masih boleh makan nasi berlauk pagi2
dan makan teh petang2 dengan saing2
masih bebas kemana2
masih bebas berkawan dengan sesiapa sahaja
semoga suasana ini berterusan
tak kiralah siapa yang memerintah negara dan negeri2
Bersyukurlah Kita
kalau di muara sungai tok bali pun orang tulis
'sayangilah sungai kita'
apalah salahnya jika untuk negara pun kita kata
'Sayangilah Negara Kita'
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin

Wednesday 23 July 2014

Cikgu Azmi Mohd Noor dan PM

ada orang2 pasir puteh pertikaikan samada betul atau pun tidak cikgu azmi berkawan rapat dgn pm
saya dari dulu lagi percaya
bila mendapat tahu bahawa beliau pernah menjadi pengetua di pekan selama berbelas2 tahun
gambar terbaru ini sudah cukup membuktikannya
 

Tuesday 22 July 2014

PDK Semerak dan Wakil Rakyat Semerak

berikut ialah emel balas dari YBhg Dato' Riduan Junoh JP susulan posting saya mengenai PDK Semerak yang tidak pernah dilawati dan diberikan perhatian oleh wakil rakyat Semerak....
terima kasih Dato'

Mohamad Riduan Junoh
Today at 10:30 AM

To

Wan Malek

Saudara WM,

Perkara begini tidak harus berlaku,terutama membabitkan PDK kerana sudah menjadi amalan setiap Tahun dibulan puasa majlis berbuka harus dan terus diadakan walaupun pertukaran Pemimpin atau Parti, Wakil Rakyat baru dari UMNO harus perihatim dan mengambil berat perkara2 begini demi parti dan kesinambungan Cakna kepada rakyat terutama program dengan PDK dan juga rakyat pengundi kita..

Alasan tiada budget tidak harus diperkatakan kerana mereka harus menyediakan plan perbenlanjaan tahunan bagi program2 diDUN tersebut, kita rasa cemburu dgn YB diDUN Selising yg tiap2 malam diadakan Majls Berbuka baik dirumahnya,didewan maupun dirumah pengundi walaupun dengan cuaca yg tidak menentu sekarang ini, amalan yg dibuat oleh YB Zul harus dicontohi dan saya juga berfikir dan bertanya diri saya dari mana YB Zul dapat peruntukkan untuk mengadakan Majlis berbuka setiap malam diDUNnya ,adakah peruntukkan dari Elaun YB atau duit poket sendiri atau ada org yg sponser majlis2 tersebut.

Di DUN Semerak amat sunyi sepi dan tiada majlis Berbuka sepertimana diDUN Selising lakukan, apakah sudah menjadi sejuk, selepas UMNO merampas kerusi tersebut dari PAS dan kita rasa diri kita sangat kuat dan tidak akan tumbang diPRU 14 nanti?.

DiDUN Semerak juga, kita tidak boleh samakan dengan DUN Bukit Bunga atau DUN Air Lanas yg sangat mewah sekali baik segi pembangunan juga bermacam2 Majlis mereka adakan.

Nasihat iklas saya, untuk menjadi seorang Pemimpin Rakyat amatlah mudah sekali, tapi untuk memimpin rakyat dan pengundi amatlah susah dan harus ada sikap sebegini:-

1.Ketokohan,

2.Kebijaksaan,

3.Planning,

4.Merendah diri dan tidak berlagak,

5.Anggaplah semua pengundi adalah rakan dan sahabat,

6.Dekatkan diri kita dgn Ugama,Masjid dan Pengundi sebagai yg dibuat sebelum dipilih menjadi Calun dulu.

7.Cakna kepada Pengundi tidak kita kawasan mana sekali pun.

8.Aturkan perjumpaan dgn rakyat setiap hari atau minggu, bagi menerangkan hala tuju parti dan juga kes2 terkini saperti GST dll.

9.Sekiranya diri takut untuk berjumpa rakyat atau Pengundi jangan diberi bermacam2 helak saperti ada meeting diluar kawasan,sibuk dll.



Terima Kasih.

Selamat Berbuka Dan Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Dan Batin.

Dari saya Dan keluarga untuk semua Pengundi DIUN Semerak amnya dan juga pengikut Blog Abang Lek RM.



RIDUAN JP.

PDK Semerak dan Wakil Rakyat

pada tahun2 yang lepas
selalunya setiap bulan ramadhan ada majlis berbuka puasa untuk pelatih2 PDK Semerak bersama staff dan ibubapa di tempat2 tertentu
malangnya tahun ini sehingga hari ini
tiada kedengaran majlis ini akan diadakan untuk mereka
dulu wakil rakyat DUN Semerak ialah dari PAS
sekarang ialah dari UMNO dan BN
(setelah perebutan jawatan pengerusi dan ajk dilakukan secara terancang)
tak munasabah tiada peruntukan untuk budak2 OKU ini berbuka puasa
atau mereka tidak dianggap penting kerana tidak tahu apa2 tentang politik
maka tidak dianggap menguntungkan bagi UMNO
jika bukan sedemikian
saya harap wakil rakyat BN yang berkenaan
berikanlah sedikit perhatian kepada mereka walaupun sebelah mata
dalam setiap DUN hanya ada satu sahaja PDK
jika pun majlis berbuka tidak sempat hendak diadakan
adakanlah majlis hari raya
jika majlis hari raya pun tidak juga mahu diadakan untuk mereka
saya cadangkan supaya pengerusi PDK Semerak yang baru
letakkanlah jawatan supaya pengerusi lama ambilalih semula

Happy Birthday PM

hari ini 23hb Julai 2014 ialah hari genapnya 61 tahun usia PM kita
YAB DS Mohd Najib Tun Razak
berkebetulan hari sidang tergempar parlimen MH17
marilah sama2 kita ucapkan Selamat Hari Jadi kepada DS Najib
dengan doa semoga beliau dipanjangkan umur dan sentiasa diberikan kesihatan sepanjang usianya
amin
 

Monday 21 July 2014

Living and Giving


Kepimpinan Politik Yang Sebenar2nya Berjaya

pemimpin yang berjaya bukan pemimpin yang berjaya mewujudkan lebih ramai penyokongnya
sebaliknya
pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang berjaya mewujudkan lebih ramai pemimpin pelapis di belakangnya
(ditujukan khas kepada kepimpinan kedua2 parti umno dan pas pasir puteh kerana inilah penyebab utama maka mutu kepimpinan kedua2 parti ini di pasir puteh semakin hari semakin merosot walaupun pada zahirnya diperlihatkan beberapa aktiviti yang menyerlahkan identiti individu2 tertentu dalam parti masing2 iaitu sekadar untuk tujuan mempopularkan nama sahaja)

MAIK dan Isu Perlantikan Imam

orang semerak (cherang ruku) semakin merungut kerana imam tua masjid utama mukim semerak iaitu masjid al-taqwa sampai hari ini belum dilantik2 lagi oleh MAIK
ramai yang meminta supaya saya membuat tekanan melalui tulisan saya dalam blog
saya kata tangan saya dah letih menulis pun
saya kata barangkali orang kampong kena pergi sendiri ke Lundang dan 'jerkoh' puak2 yang berkenaan itu
mungkin cara inilah sahaja yang boleh membuatkan mereka terkejut dan bangun dari tidur
(imam tua yang asal masjid ini meninggal dalam bulan ramadhan tahun yang lalu)

Pengundi2 Luar Parlimen Pasir Puteh Di Lembah Kelang

ada dua faedah jika pemimpin umno pasir puteh tengok gambar2 ini
pertama: menyedarkan diri mereka bahawa pengundi2 luar ini akan terus memberikan sokongan kepada parti pas apabila mereka balik mengundi pada pru14 nanti sepertimana juga pada pru13 yang lalu
kedua: mulai melakukan sesuatu untuk memberikan persaingan dalam merebut semula sokongan pengundi2 luar ini sebelum terlewat atau terus mengangkat bendera puteh menyerah kalah
 

KRT Cherang Ruku

masa keluar membeli belah di bazar kecil ramadhan semerak tadi
dua orang kawan bertanya saya
'wan,macam mana krt cherang ruku?'
saya pun jawab
'krt cherang ruku sedia ada sedang dalam proses pemulihan, jika pihak JPNIN berpuas hati, krt ini akan beroperasi seperti biasa semula, tunggulah'
mereka bertanya lagi
'kalu pihak JPNIN tak puas hati?'
saya pun jawab ringkas
'krt sedia ada akan dimatikan dan digantikan dengan yang baru dan pengerusi pun orang baru'
saya pun nak beredar tapi mereka pegang lagi saya dan berkata
'kalau buat hak baru, wan lah pulok pegang'
saya gelak sambil berkata
'tak boleh, sebab saya yang buat aduan rasmi kepada pihak kerajaan, kena orang lainlah jadi pengerusi'
mereka bertanya
'bakpo gitu?'
saya jawab
'saya nak buktikan bahawa saya buat kerja untuk orang ramai kerana saya pun sebahagian daripada orang ramai juga, bukan untuk diri saya sepertimana pengerusi sekarang'
baru mereka faham siapa saya yang sebenarnya dan kenapa saya tak mahu wang kerajaan disalahgunakan.

Sunday 20 July 2014

MH17 - NOTAM dan DCA & MAS


Wan Malek shared a link.

"Liow juga menafikan tidak menukar laluan merentasi ruang udara Ukraine kerana mahu menjimatkan minyak.

Bagaimanapun, MAS hari ini mengumumkan menukar semua laluannya di Eropah ke laluan alternatif bagi mengelak ruang udara Ukraine selepas pesawat MH17 Boeing 777 terhempas di kawasan itu semalam. – 18 Julai, 2014."

Komen peribadi saya: baru nak tukar laluan selepas 295 orang mati?

https://my.news.yahoo.com/mh17-tidak-bernasib-baik-guna-laluan-ruang-udara-110818232.html
  • Ahmad Tarmizi Md Nadzir Budaya di Malaysia, sudah terantuk baru nak terngadah. Pada hal negara lain seperti USA, Korea Selatan dan Australia dah 2,3 bulan tukar laluan. Begitu lah kisah nya, akan berulang dan berulang dan berulang.....
  • Pauziah Shaffie setuju ngan ATMN..."Budaya Malaysia..sudah terantuk baru terngadah" ......dalam kebanyakan hal.......
  • Fauzi Shaffie Kalau kita tidak tahu, jangan lah nak menghukum, nanti habis pahala yang kita nak kumpul dalam bulan Ramadhan ni. Sila baca apa rakan saya tulis dibawah ini. Kalau nak baca yang ini pun tak faham, tak payah lah memandai buat hukuman itu dan ini:

    Arian Adenan:
    16 hrs · Edited ·
    Im sick of reading all the "Malaysia Should Have", "MAS should never have" headlines here, be it from idiots who thinks they know better when they actually dont know anything at all, or even from the press, foreign and local, whom sometimes write total crap!
    MAS did everything a normal airline would, plan for a route in accordance to ICAO guidelines, in conformity with all Legalities, which complies with all safety standards and requirements. Stop blaming them you retards!
    NOTAM FDC 4/7667 (A0012/14) does prohibit aircrafts to overfly the area, but this only apply to FAA governed aircrafts, of which Malaysia is not. There are no NFZ or Active Danger Areas / Prohibited Area imposed in accordance to ICAO Annex 11 over the area MAS was flying over. Similar to MAS, other airlines did the same as no international regulation prohibits them from overflying the zone.
    If an airline has to plan a diverted route simply because they would be flying a crisis area, then ALL AIRLINES should not fly over Lebanon, Syria, Afghanistan, Iraq, Pakistan-India border, Sri Lanka, South Thailand, Myanmar, North Korea, African countries, Gulf of Eden, Timor Leste, Israel & Palestine, Egypt, Eastern Sabah, Inland China-Nepal borders, Liberia, Western Sahara, Coat d'Ivorie, Republic of Congo, Sudan and many more. Why? Because these are conflict zones, some are even deemed dangerous to the point which requires international battalions under UN charter to do 'peacekeeping', some are under sanctions for war violations, these are placea with rocket launchers, some have nuclear warheads, some are trigger happy and launch 100 missiles a day just to annoy their neighbouring country...the list goes on and on...
    So who decides then huh?? You? Smart netizens who sits and happily foul mouth the nation when something goes wrong? You the international press who cant even decide who is right and wrong in Gaza? You, anti-government geniuses who are always a sudden industry expert when the need to gain cheap popularity arises out of other people's grief?
    Look back at what i wrote above, some of you loud-mouth idiots dont even comprehend HALF of what i just mentioned and you want to regard yourself as a keyboard warrior, campaigning for the truth and righteousness?
    In your effort of doing just that, you have actually done nothing but show to your friends and family, how heartless, insensitive, self-righteous, selfish, shallow, immature and stupid you just are.
    Question: Why wont aircrafts fly over the King's Palace in Cambodia but will overfly a war area? Why won't aircrafts fly over our Istana Negara or Singapore's Air Base terminal area but would fly over areas with missiles and RPGs?? If u can answer that then probably you should know better than to speak crap,bl if u CANNOT answer that, then probably u should keep quiet because you dont even know what you are talking about.
    Geramnya.
    To everybody else, lets just stand in solidarity with MAS, with our government, with the people who had departed to kiev in ukraine, and especially, with the family of the victims. If u dont have heart to respect people, at least have heart to empathize.
    PS: for the kind information to all you ignorant idiots, MAS17 last coordinates were at N0481350 E385030, Please refer to FAA NOTAM FDC 4/7667 (A0012/14) DATED 23 APRIL 2014 and UK FIR NOTAM EGTT B1258/14 DATED 30 JUNE 2014, you will find that had u taken the effort to research before you talk, you would see that MAS 17 last coordinates were approximately 3 degrees NORTH of the Northernmost Boundary of the NOTAM designated lat-longs. They were no where in the area your 'press' clipings are quoting from. Idiots.
    Btw, in case u dont know, 1 degree of Lat is approximately 110km or 59.4 nm and 3 degrees is approximately 330 or 178nm, just short of the distance from Kuala Lumpur to Penang which is about 187nm. To those who cannot comprehend my point, MH17 was approximately 180 nautical miles or 330km OUTSIDE the designated prohibited zones, not inside, not over, not through, not ada la kena sikit.. Argue with me now. Please!
    Also, the FAA NOTAM was established based on the UKDV Simferopol NOTAM A1492/14 which designates certain areas as prohibited. firstly, this is not on reasons of risk to aircrafts from ballistics or rockets, but due to the tussle between ukraine who are the legal ATS providers for the area and Russia who was trying to unilaterally establish an ATS service in violation of ICAO Annex 2 and PANS-OPS DOC4444. The NOTAM was established to avoid confusion to aircrafts. Secondly, it only applies from FL260-FL320 and clearly states that all operations outside the designated areaa are considered normal. MH17, although was not within the designated areas, were also flying 1000ft above the upper limits of the NOTAM.
    Next, US FAA yesterday established a NEW NOTAM A1507/14 which extends this upper limit to UNL (UNLIMITED) as well as expanded the boundaries to cover the entire crimean peninsular effectively making UKRAINE an OFFICIAL AND LEGAL No Fly Zone. Question, if MH17 was already violating (they were not btw, kalau ada yg bebal lagi) airspace restrictions, why the sudden change by the US FAA making the entire airspace prohibited to FAA governed operations? FAA pun dah kena baru nak react ke?
    ps#2: NOTAMS stands for Notice to Airmen. Official notices or memos to airlines and pilots which are given out by local aviation authorities all over the world. it will signify any closures of airspace or airports, danger areas, temporary closures, military excercises, no fly zones, changes in frequencies, unservicable equipments etc etc. Routes are planned based on these and weather reports as well as other operational policies and requirements, all in accordance to ICAO Annexes 1 to 11.
    Note : post edited for more accurate last coordinate of MH17. Also edited for more BASHING POINTS to be inserted.
  • Fauzi Shaffie Ni kawan saya, junior satu tahun masa di sekolah dulu, pilot yang menerbangkan MH17 minggu sebelum kapalterbang MH17 ditembak jatuh dua hari lalu.

    " Sorry late reply, too distraught n too many text n whatapps to answer. To answer your question regarding Pilot tersasar. No we never tersasar, we are strictly required to fly the Approved, Designated Airways. It's so accurate any deviations is too tiny to measure ie 45feet Max. The route are used by almost every Airliners flying to n from Europe. Easily I could say 4 Aircrafts in formation with 2000ft separation followed by lateral 10mins separation at Mach 0.83 equals to 80miles apart. So you count that in 60mins time frame . WallahUA'lam
  • Fauzi Shaffie Ni satu lagi kupasan yang perlu dibaca:

    Wan Ahmad Fayhsal
    12 mins ·
    MENCANTUMKAN KEPINGAN "PUZZLE"
    Laporan daripada tempat kejadian sudah keluar. Testimoni daripada penduduk setempat di tempat kejadian menceritakan dan menggambarkan saat-saat hujung berlakunya musibah tersebut yang mereka cerap menggunakan panca-indera melalui pendengaran, dan penglihatan yang terbatas kerana musibah berlaku pada waktu malam. Ya malam, saat di mana panca-indera manusia amat terbatas. (ruj: http://rt.com/news/174020-ukraine-malaysian-plane-area/)
    Kebanyakkan mangsa telah terjatuh ke radius sekitar 15km - satu jarak yang jauh daripada titik tengah bangkai pesawat yang terbesar. Digambarkan bahawa banyak mangsa ada yang terjatuh ke dalam rumah penduduk setempat, ladang sayur dan gandum. Banyak mangsa kelihatan hanya separuh berpakaian dan anggotanya patah-riuk tetapi badan masih sempurna, walaupun ada yang tercerai-berai anggotanya dan ada mangsa yang walaupun terjatuh daripada ketinggin tersebut tidak mengalirkan darah yang banyak.
    Hipotesis awal hasil analisa ke atas keadaan mangsa boleh dikatakan natijah daripada "depressurized cabin" bermakna letupan mungkin berlaku pada salah satu sudut badan kapal terbang dan mengakibatkan tekanan udara "menyedut keluar" mangsa sehingga terlerai dan terkoyak sesetengah pakaian. Dan itu juga mungkin mengakibatkan beberapa mangsa tercampak dan jatuh sekitar radius 15km.
    Ianya bukan satu letupan raksasa sehingga hancur luluh pesawat tetapi ianya "disintegrate pieces-by-pieces" (satu-persatu bercerai).
    Semua di atas ini adalah "circumstantial evidences" yang jelas. Pakar aeronatik dan senjata boleh "work backword" (unjur ke belakang) untuk cantumkan kepingan "puzzle" yang sekarang ini sangat berterabur dan tidak cukup.
    Kalau pada waktu malam, dan untuk hasilkan letupan sebegitu untuk altitude (ketinggian) yang sangat tinggi amat memerlukan kepakaran dan radar yang tepat. Persoalannya, mampukah apa yang didakwa media Barat dan pro-AS iaitu BUK Missile System melakukan kerja sebegitu? Apatah lagi oleh kumpulan pemisah yang tiada terlatih? Walaupun media pro-AS dan NATO mendakwa terdapat kemungkinan pegawai terlatih Rusia yang menjadi "double-agent" dalam kumpulan pemisah Donetsk.
    Kremlin (Rusia) melontarkan 10 soalan kepada Ukraine (ruj: http://rt.com/news/173976-mh17-crash-questions-ukraine/) yang kini di bawah pemerintahan regim pro-AS. Antara soalan yang dishakki ialah terdapat dua jet pejuang Ukraine yang mengiringi Boeing 777.
    Dan saksi dalam laporan di atas juga terdengar "buzzing sound" seperti ada pesawat yang baru melintas di malam yang gelap sebaik sahaja letupan berlaku di udara.
    Malaysia perlu diberikan laluan untuk menyiasat tempat kejadian tapi apakah kita akan diberikan laluan tersebut tanpa ada penyokong daripada negara yang lebih besar? Jawapannya amat-amat sukar melainkan kita punya kuasa diplomatik yang sangat kuat, yang mana kita TIDAK MEMILIKINYA buat masa ini.
    Wallahua'lam.


    rt.com
    Remains of the bodies, crashed parts of the plane, still burning engines – that ... See More
  • Adling Ling Amat malang ramai rakyat kita cepat menunding jari pada sesuatu yg kita sendiri tidak ketahui,,, lebih lagi sepak terajang politik kuasa yg punya veto,,,,,,, ini nukilan ambo utk kita fikir bersamo DALAM SENDU RINTIH JIWA INI KACAU !!!!!Terkadang terfikir sendirian APAKAH TRAGEDI INI SUDAH DI RANCANG OLEH TANGAN YG MEMBUAT DARAH SBBAGAI BASUHAN? APAKAH TRAGEDI KEPILUAN INI DI ATUR UTK DIJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI CATALYST UTK SESUATU HAJAT KOTOR PERMAINAN DARAH KUASA YG PUNYA VETOKita mesti gagah !!!!! Bangkit berlawan! !!!! KITA BERUSAHA UTK JUGA MENJADI SALAH SATU PEMEGANG KUASA YG PUNYA VETO TAPI JUJUR KATA TUTUR PUNYA JIWA KEMANUSIAAN
  • Mat Kamil Awang NOTAM dari FAA kpd semua kapal terbang kepunyaan USA.
  • Mat Kamil Awang sambungan - menunjukkan Ukraine dan Rusia masing2 mengeluarkan NOTAM yg bertentangan. Jadi ada perebutan pengawalan kawasan tersebut antara Ukraine dan Rusia. Jadi MAS sepatutnya peka nak ikut arahan Ukraine atau Rusia? Bila berlaku pertentangan begini maka lebih baik elak.
  • Ibnu Mahmood Risk management. Otherwise, the Murphy's 3rd Law will be applicable.
  • Mat Kamil Awang DCA dan MAS screw up.
    about an hour ago · Unlike · 1

    • Mat Kamil Awang Ambo baca dah komen yg tampal oleh Dr. Fauzi Shaffie mengenai komen dari kawan nya. Kesimpulan yg saya dapat buat adalah kawan kpd Dr. Fauzi tu seorang yang tak tahu strategi. Jika Ukraine keluarkan NOTAM untuk kawasan tersebut dan kemudian Rusia pulak kata NOTAM dari Ukraine tidak valid dan Rusia kata kawasan itu bawah jurisdiksi Rusia maka DCA dan MAS harus peka kpd isu2 sebegini. FAA telah mengeluarkan NOTAM untuk kapal terbang milik USA melarang terbang di kawasan tersebut disebabkan perebutan dan perselisihan NOTAM dikeluarkan oleh Rusia dan Ukraine, jadi mengapa DCA dan MAS tidak ambil langkah yang serupa? Memang benar NOTAM dari FAA adalah bukan untuk kapal terbang MAS tapi mengapa DCA tidak mengeluarkan NOTAM yang serupa untuk kapal terbang MAS? Adakah DCA TIDUR?
      3 hrs · Unlike · 1