Wednesday 10 August 2011

PROGRAM DIALOG


CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM PERJUMPAAN DAN SESI DIALOG DIANTARA WAKIL RAKYAT DUN SEMERAK DAN RAKYAT SEMERAK
Tujuan :-
Perjumpaan dan sesi dialog yang dicadangkan ini adalah suatu program yang sememangnya belum pernah diadakan di mana-mana pun bila ianya melibatkan seorang wakil rakyat dan rakyat dari pelbagai latar belakang politik kerana biasanya wakil rakyat yang berkenaan di sesuatu tempat itu hanya bersedia untuk berdialog dengan orang ramai yang menyebelahi partinya sahaja. 
Oleh kerana kita mahu persepsi lama bahawa wakil rakyat hanya untuk orang-orangnya sahaja diubah dan diperbetulkan, maka saya ingin mengemukakan cadangan ini sebagai langkah permulaan untuk membuktikan bahawa wakil rakyat mana-mana parti pun adalah sebenarnya wakil rakyat kepada semua rakyat yang berada di dalam DUN itu. Yang menjadi perbezaan hanyalah dari segi urusan dan pentadbiran parti sahaja tetapi apa-apa yang lain yang ada kaitan dengan hal ehwal kehidupan rakyat, maka ianya tiada halangan untuk wakil rakyat itu menghulurkan khidmat yang sewajarnya tanpa sekatan fahaman.
Bagi saya, pilihanraya hanyalah ssuatu proses untuk melahirkan seorang wakil rakyat. Ianya dijalankan melalui proses demokrasi sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan negara. Apabila menangnya seseorang itu, maka lahirlah seorang wakil rakyat untuk kawasan itu. Tidak pernah dinyatakan di dalam apa jua manifesto mana-mana parti bahawa jika calon yang mewakili parti berkenaan menang dia akan hanya berkhidmat untuk rakyat yang menyokongnya sahaja.
Justeru itu, saya melihat program yang dicadangkan ini sememangnya amat baik demi membuktikan bahawa seorang wakil rakyat bersedia menerima apa jua cadangan bahkan kritikan secara terbuka demi memperkasa kehidupan rakyatnya. Dengan itu nanti, rakyat akan mula mengambil sikap bahawa menang kalah seseorang itu didalam pilihanraya hanyalah proses pilihanraya dan bukan untuk menjauhkan diantara yang menang dan yang kalah.
Mudah-mudahan dengan pembinaan sikap ini, kesedaran akan mula berputik dan berkembang segar di dalam masyarakat kita bahawa perbalahan politik tidak menguntungkan mana-mana pihak. Perbalahan politik boleh dibiarkan berlaku hanya pada musim pilihanraya sahaja dan itu pun hendaklah didalam lingkungan terkawal. Selepas pilihanraya rakyat sewajarnya bersatu semula tanpa mengambil kira siapa yang jadi wakil rakyat.

Dicadangkan oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh,
T-29, Taman Jaya,
16700 Cherang Ruku,
Pasir Puteh,
Kelantan.
No. Tel 019-9375226
Email : wanmalekwannoh@yahoo.com

No comments:

Post a Comment