Tuesday 23 August 2011

SSPDS 71


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (71)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya juga tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan)
25hb Ogos 2011 sekali lagi merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh 200 orang murid SK Kg Tasek apabila Kapt.(B) Wan Marzudi JP dijadualkan berkunjung buat kali kedua ke sana. Kali ini beliau ke sana untuk menyampaikan ‘duit raya’ kepada semua murid-murid sekolah ini beserta sessi bergambar beramai-ramai.
Lawatan susulan beliau ini adalah diatas janji beliau pada 21hb Ogos 2011 yang lepas untuk datang lagi menyampaikan sumbangan peribadinya ini kepada semua murid-murid pula kerana pada hari itu ialah majlis penyampaian zakat kepada 40 murid-murid miskin dan anak-anak yatim sahaja.
Sekolah Kebangsaan Kampong Tasek, Kampong Gong Chokah ini merupakan sebuah sekolah yang agak terpencil berbanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Murid-muridnya hanya berjumlah 200 orang kesemuanya yang kebanyakannya terdiri daripada murid-murid miskin. Sebab itulah sekolah ini telah mendapat perhatian daripada Kapt. (B) Wan Marzudi JP.
Selepas kesekolah itu, beliau akan bergegas ke Sekolah Kebangsaan Dalam Rhu, Semerak pula untuk menyampaikan wang zakat kepada 120 orang murid-murid miskin sekolah itu.
Sekolah ini tidak dikategorikan sebagai sekolah terpencil kerana kedudukannya tetapi ramai juga murid-muridnya terdiri daripada keluarga miskin yang wajar dibantu.
Banyak kerja-kerja amal dibulan Ramadhan ini yang dilakukan oleh Kapt. (B) Wan Marzudi JP. Bulan ini dipenuhinya dengan aktiviti-aktiviti membantu murid-murid sekolah dan masyarakat miskin selain dari program-program berbuka puasa.
Sebenarnya beliau telah biasa melakukan kerja-kerja amal seperti ini sejak bertahun-tahun yang lalu. Oleh itu tiadalah ianya ada kena mengena dengan pilihanraya kerana niat beliau ikhlas.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
23 Ogos 2011 / 23 Ramadhan 1432H
Semerak.

1 comment:

  1. Thumb Up! Good News! Tapi blog lebin 'comel dan complete' kalau disertai dengan gambar event yang dilaporkan. Nampak colurfull AbeLek...

    ReplyDelete