Friday 12 August 2011

SSPDS 56


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (56)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan atau sekurang-kurangnya BN menang diperingkat parlimen Pasir Puteh dalam PRU ke-13 nanti)
Semakin hari senakin jelas tanda-tanda bahawa YB Wan Hassan akan bertembung dengan saudara dekatnya sendiri dalam pilihanraya umum ini nanti di DUN Semerak. Tanda-tanda ini bukan daripada cakap-cakap orang ramai sahaja tetapi terdapat sesuatu yang agak meyakinkan tetapi belum dapat saya gambarkan secara lebih jelas dan detail lagi buat sementara waktu disebabkan kerahsiaan politik.
Jika pertembungan ini betul-betul berlaku diantara mereka berdua, ianya bukanlah sesuatu yang diluar jangkaan. Saya telah banyak menulis tentang kemungkinan berlakunya pertembungan ini dan telah memberikan fokus yang agak istimewa tentangnya.
Sepertimana yang telah saya tegaskan bahawa YB Wan Hassan mempunyai kekuatan dan kelebihan yang agak stabil. Beliau mempunyai ‘ natural advantage’ kerana kedudukannya sebagai ADUN sedangkan bakal lawannya belum pernah ‘bersabung’. Sudah tentulah pengalaman beliau sebagai seorang wakil rakyat memadai untuk membekalkan beliau dengan pengalaman ‘bersabung’ untuk kali kedua. Sebab itu saya telah katakan bahawa sesiapa yang hendak berlawan dengannya orang itu hendaklah menepati beberapa kriteria penting.
Saya meramalkan bahawa DUN Semerak akan menjadi medan pertembungan yang paling sengit berbanding dengan ketiga-tiga DUN lain dalam parlimen Pasir Puteh. Tidak keterlaluan juga kalau saya katakan bahawa DUN Semerak akan terus menjadi perhatian utama sepertimana dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas untuk diukur sejauh mana prestasi di lain-lain DUN.  Jika BN dapat menguasainya, maka DUN-DUN lain pun biasanya begitu juga. Begitu jugalah jika sebaliknya. Ini telah berlaku sebagai sejarah pada setiap kali pilihanraya yang lepas-lepas. Saya tidak tahu mengapa ianya begitu tetapi itulah yang telah berlaku. Mungkin ada sesuatu yang istimewa di DUN Semerak.
Apa pun, kita tetap mahukan satu perjalanan pilihanraya yang paling aman dan harmoni di DUN Semerak. Satu-satunya DUN yang akan mempamerkan contoh terbaik walaupun pertandingannya paling sengit. Sebab itu saya telah lama memainkan peranan saya mendekatkan diri saya kepada kedua-dua tokoh ini supaya saya dapat sentiasa menasihati mereka agar berlawan dengan semangat persaudaraan.  Ini sahaja yang akan dapat menjamin musim pilhanraya nanti tiada akan berlaku sebarang perselisihan faham yang keterlaluan dan tidak terkawal diantara penyokong kedua-dua belah pihak.
Dengan itu juga diharapkan siapa yang menang nanti akan diterima baik oleh semua pihak sebagai wakil rakyat untuk semua rakyat DUN Semerak.  
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
13 Ogos 2011 / 13 Ramadhan 1432H

No comments:

Post a Comment