Friday 26 August 2011

SSPDS 74


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (74)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya juga tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan)
Semua murid-murid miskin SK Dalam Rhu, Semerak seramai 120 orang yang menerima wang zakat daripada Kapt. (B) Wan Marzudi JP pada 25 Ogos 2011 telah merasa sangat bertuah dan sangat gembira kerana mendapat bantuan kewangan menjelang hari raya. Mereka telah bergambar dengan berdiri beramai-ramai di belakang Kapt. (B) Wan Marzudi JP sambil melambai-lambai jalur gemilang dalam kesempatan untuk sama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan. 
Suasana meriah ini telah juga dikongsi bersama oleh guru besar dan guru-guru sekolah itu.
Kapt. (B) Wan Marzudi JP sebelum itu telah diberikan kesempatan untuk berucap di hadapan murid-murid ini. Mereka semua sangat seronok mendengar kata-kata perangsang dan nasihat dari seorang anak tempatan yang telah berjaya.
Walau bagaimana pun, siri kerja amal yang dilakukan oleh Kapt. (B) Wan Marzudi JP secara persendirian ini terus mendapat perhatian dan tentangan hebat daripada Ketua UMNO Bahagian sendiri. Beliau dikatakan sebaliknya memuji-muji seorang tokoh lain yang sentiasa menghulurkan zakatnya setiap tahun melalui UMNO Bahagian.
Di satu pihak iaitu di Limbungan, kita mempunyai seorang penderma yang sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membantu masyarakat miskin. Di satu pihak yang lain iaitu di Semerak,  ada juga seorang lagi penderma yang sama-sama sanggup mengeluarkan wang sendiri juga untuk tujuan yang sama .
Yang membezakan mereka hanyalah melalui parti dan tidak. Yang membezakan mereka juga hanyalah jumlah sumbangan dan jumlah penerima.
Tidak pernah sesiapa mendengar kedua-dua tokoh ini berebut-rebut kawasan untuk menderma. Tidak pernah juga sesiapa mendengar mereka saling kata mengata atau tuduh menuduh diantara satu sama lain dalam hal pembahagian wang zakat mereka.
Malangnya, di tengah-tengahnya kita ada seorang ketua parti yang menyokong hanya sebelah pihak sahaja sedangkan kedua-dua mereka ini melakukan kerja amal yang sama.
Apakah seseorang ahli UMNO Pasir Puteh yang hendak menderma wangnya harus pada setiap masa disyaratkan supaya melakukannya melalui UMNO Bahagian? Apakah jika sebaliknya, kerja amal itu dianggap melanggar perlembagaan parti?
Saya rasa itu semua tidak perlu dan tidak penting. Yang perlu dan penting ialah keikhlasan.
Selamat Hari Raya Aidl Fitri. Maaf Zahir & Batin.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
27 Ogos 2011 / 27 Ramadhan 1432H
Semerak.

2 comments:

  1. Permasalahan ini perlu dirungkaikan segera demi perpaduan UMNO yang setakat ini saya boleh simpulkan bahawa tahap perpaduan masih belum kental. (tidak ditujukan kepada mana-mana pihak - Nak berbalah sesama sendiri atau mahukan kemenangan? Perlu difikirkan oleh semua pihak)

    Tahniah kepada AbeLek. Ada political news value.

    ReplyDelete
  2. Abe Lek sebagai 'ahli UMNO' kena elak dari masukkan gol sendiri kalau betul nak tolong UMNO menang. Kita patut sama-sama sumbat gol lawan untuk kemenangan parti

    -anak jati DUN Semerak-

    ReplyDelete