Thursday 11 August 2011

SSPDS 55


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (55)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan atau sekurang-kurangnya BN menang diperingkat parlimen Pasir Puteh dalam PRU ke-13 nanti)
KRT (Kelab Rukun Tetangga) Semerak adalah satu nama yang jarang-jarang orang tahu mengenainya. Kepada yang tahu, mereka tahu ianya wujud tapi wujudnya seperti biskut sahaja. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Kepada yang tahu, mereka tahu siapa bossnya dan siapa Timbalan bossnya. Kepada yang tahu, mereka tahu ada peruntukan setiap tahun dari kerajaan untuk kelab ini dan peruntukan ini boleh dikatakan banyak juga.
Yang mereka tidak tahu,berapa dan kemana perginya semua wang ini.
Perkara ini sudah bertahun-tahun begitu.
Ini satu lagi isu yang sedang dipercakapkan oleh orang ramai sekarang di Semerak. Isu yang tidak menguntungkan UMNO. Mereka tertanya-tanya kenapa KRT ini dibiarkan ada dengan keadaan begitu sebegitu lama. Mereka tertanya-tanya kenapa tidak ada sesiapa pun yang mahu mengambil apa-apa tindakan untuk memperbetulkannya. Mereka bertanya bukankah peruntukan yang diterima itu untuk kepentingan orang ramai kerana KRT sememangnya diwujudkan  untuk orang ramai?
Segala apa yang menyentuh isu ini tidak dapat dijawab oleh sesiapa. Seolah-olah ada ‘rahsia’ disebalik kewujudan KRT ini di Semerak.
Mereka berkata mereka tidak pernah mendengar pun dibuat sebarang mesyuarat agong. Mereka berkata jika mesyuarat agong dibuat, mereka akan berpeluang untuk mengetahui tentang kewangan dan aktiviti-aktiviti KRT yang dibuat, jika ada. Jika didapati kepimpinan jawatankuasa ini tidak ‘accountable’, mereka boleh menggunakan mesyuarat itu untuk menukar kepimpinannya.
Mereka semua mengajukan soalan-soalan ini kepada saya kerana mereka kata bossnya ialah adik saya dan timbalannya saudara sekampong saya juga. Mereka berdua adalah guru yang sepatutnya menunjukkan contoh tauladan yang baik dari segi ketelusan kepimpinan sebuah kelab yang mendapat peruntukan kerajaan setiap tahun seperti ini. Mereka berdua adalah orang-orang kuat UMNO.
Sayangnya, saya tidak mempunyai sebarang jawapan untuk mereka. Saya sendiri pun tidak pernah mendengar apa-apa tentang KRT ini di Semerak.
Oleh yang demikian, artikel saya ini pada kali ini ingin mengajak sesiapa yang ada jawapannya supaya menjawab soalan-soalan orang ramai ini dengan mengemelkan jawapan itu kepada saya.
Jawapan-jawapan itu akan saya masukkan kedalam artikel saya yang seterusnya nanti.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
12 Ogos 2011 / 12 Ramadhan 1432H
Semerak.

No comments:

Post a Comment