Tuesday 2 August 2011

SSPDS 49

SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (49)
Saya telah jalankan tinjauan atau ‘survey’ secara rambang untuk mengetahui kedudukan semasa pengaruh YB Wan Hassan.
YB Wan Hassan masih menguasai 55 : 45 dalam ratio peratus berbanding dengan mana-mana calon dari BN tetapi peratus itu boleh merosot kepada  52.5 : 47.5 jika Kapt. (B) Wan Marzudi JP yang menjadi calon BN. Ini bermakna YB Wan Hassan akan menang dengan kelebihan 10% dari jumlah keseluruhan undi jika beliau ditentang oleh mana-mana calon selain daripada Kapt. (B) Wan Marzudi JP. Contohnya jika keseluruhan junlah pengundi yang keluar ialah 15,000 maka YB Wan Hassan akan menang dengan majoriti 1,500 undi tetapi jika Kapt. (B) Wan Marzudi JP yang menjadi tentangannya, majoriti beliau dijangka merosot kepada 750 undi sahaja.
Analisa yang saya buat ini banyak berdasarkan kepada apa yang telah saya tulis selama ini mengenai beliau. Saya telah mengikuti pergerakan politik beliau secara rapat dan banyak membuat kajian berpandukan kepada pendapat pengundi-pengundi Semerak yang bukan terdiri daripada orang-orang parti. Secara kesimpulan, beliau masih lagi berpengaruh dan kuat dan dijangka menang.
Walau bagaimana pun, ini bukan bererti Kapt. (B) Wan Marzudi JP langsung tidak mempunyai peluang untuk menang. Seperti dalam artikel yang baru lepas (SSPDS 48), saya telah kiaskan mereka seperti dalam permainan dam ‘aji’. Masing-masing memerlukan kepakaran permainan hanya untuk menguasai satu ‘tapak’ sahaja untuk menang. Kapt. (B) Wan Marzudi JP ialah orang yang pakar dalam permainan ini. Beliau mampu menggugat YB Wan Hassan dan menang dengan majoriti yang sama. YB Wan Hassan berada dipihak yang seharusnya bekerja lebih kuat kerana beliau berada dipihak yang mempertahankan kedudukan sedangkan Kapt. (B) Wan Marzudi JP berada dipihak yang menyerang.
Apa pun, itu semua tidak penting bagi saya. Yang penting ialah suasana harmoni harus wujud semasa musim pilihanraya. Mereka harus bertanding dalam suasana ‘anak beranak’ walaupun berbeza pegangan politik dan penyokong kedua-dua belah pihak pun begitu juga sehingga tamat tempuh pilihanraya.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh,
2 Ogos 2011 / 2 Ramadhan 1432H
Semerak.

No comments:

Post a Comment