Wednesday 17 August 2011

SSPDS 65


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (65)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan)
Lanjutan dari SSPDS 63 saya yang terdahulu, sebenarnya ada desas desus tentang sesuatu mengenai UMNO Bahagian Pasir Puteh dalam bulan puasa ini.
Orang ramai sedang tertanya-tanya mengapa program berbuka tidak ada dalam kalendar UMNO Bahagian untuk setiap DUN sepertimana biasa dibuat pada tahun-tahun yang lepas sedangkan hari ini sudah masuk hari yang ke-17 berpuasa. Kalau ditahun-tahun yang sudah, JPP ada mengeluarkan peruntukan khas untuk tujuan itu tetapi tahun ini tiada apa-apa berita tentangnya. Mereka tertanya-tanya apakah tahun ini peruntukan berbuka seperti itu tidak ada atau pun akan dikeluarkan hanya pada hari-hari akhir berpuasa?
Persoalan ini rupanya mendapat perhatian orang ramai terutamanya ahli-ahli UMNO Pasir Puteh sendiri. Namun, tiada siapa yang boleh menjawab atau pun memberikan sebarang ulasan kerana tiada seorang pun mengetahui apa-apa tentangnya.
Saya tidak menganggap peruntukan berbuka seperti ini sebagai sesuatu yang besar yang perlu dipolemikkan secara sensasi. Bagi saya ada dan tidak ada sama sahaja tetapi mungkin bagi orang lain sebaliknya. Mungkin bagi mereka isu ini ini harus diperjelaskan oleh kepimpinan Bahagian kerana ketiadaan program seperti ini adalah sesuatu yang janggal kerana sudah menjadi kebiasaan pada setiap tahun JPP mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk tujuan ini.
Saya berpendapat bahawa persoalan ini harus dijawab dengan sebaik mungkin oleh Ketua UMNO Bahagian sendiri bagi pihak semua Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Puteh. Walau pun isunya kecil tetapi implikasi kepada persoalan ini boleh memberi kesan yang negatif kerana ianya melibatkan soal amanah atau pun ‘trust’.
Umumkan dan jelaskan kedudukan sebenar kepada seluruh ahli-ahli UMNO dengan jujur samada peruntukan ini ada dikeluarkan atau pun tidak. Jika ada dikeluarkan nyatakan berapa jumlahnya dan jika tidak ada nyatakan sahaja tiada.
Itu saja yang diperlukan supaya orang ramai mendapat jawapannya dan mereka tidak lagi perlu berbisik-bisik sesama sendiri tentang perkara ini.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
17 Ogos 2011 / 17 Ramadhan 1432H
Semerak. 

No comments:

Post a Comment