Sunday 14 August 2011

SSPDS 58


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (58)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan atau sekurang-kurangnya BN menang diperingkat parlimen Pasir Puteh dalam PRU ke-13 nanti)
Artikel saya kali ini akan menyentuh beberapa perkara bersabit dengan urusan pilihanraya. Walau pun saya tidak mempunyai hak untuk menulis apa-apa tentangnya, saya masih ingin menulis sesuatu kerana menulis artikel pendek politik sudah menjadi hobi saya. Seperti biasa saya tidak kisah samada tulisan saya ini diambil kisah atau pun tidak. Saya tidak kisah juga jikalau Biro Politik UMNO Bahagian sudah pun mempunyai segala-galanya dengan lengkap. Itu adalah urusan parti sementara yang saya tulis ini adalah urusan peribadi saya.
Pada kira-kira bulan Februari yang lepas, YAB Dato’ Seri Presiden UMNO ada menyebut bahawa beliau akan memilih calon yang ‘winnable’ untuk pilihanraya umum ini nanti. Saranan itu adalah satu saranan yang sangat baik dan sangat munasabah. Beliau menyatakan bahawa pada kali ini tidak semestinya seseorang calon itu datangnya dari kepimpinan Bahagian jikalau ada orang lain yang lebih diyakini walaupun orang itu tidak memegang sebarang jawatan dalam Bahagian. Kenyataan itu telah diulangi oleh YAB Dato’ Seri Presiden UMNO beberapa kali selepas itu. Saranan beliau ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana ahli UMNO kerana sememangnya begitulah caranya jika BN mahu memenangi pilihanraya dan sekaligus mengekalkan lagi kuasa memerintah.
Dalam kaitan ini saya ingin memperkatakan satu cadangan khas sebagai tambahan kepada polisi menentukan hanya ‘winnable candidate’ sahaja dipilih sebagai calon-calon pilihanraya nanti. Ianya adalah berkaitan dengan sistem atau mekanisma menyalurkan peruntukan kepada calon-calon pilihanraya.
Kalau secara ‘conventional’, peruntukan ini disalurkan kepada setiap Bahagian dahulu barulah selepas itu Bahagian pula yang menyalurkannya kepada masing-masing calon selepas peruntukan itu disatukan. Sistem meyalurkan secara begini telah menimbulkan banyak masalah di Pasir Puteh dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas sehingga kepada tahap memberi kesan keatas sikap pengundi-pengundi. Ianya telah menjadi masalah pentadbiran yang agak serious sehingga terbawa-bawa selepas pilihanraya selesai.
Saya ingin cadangkan supaya kos operasi pilihanraya seperti ini disalurkan terus kepada calon itu sendiri. Dengan cara itu, setiap calon akan mempunyai kuasa di tangannya sendiri untuk menguruskan hal ehwal kewangan pilihanraya tanpa campurtangan pihak ketiga seperti Bahagian atau mana-mana pihak yang lain. Ianya juga membolehkan peruntukan itu betul-betul digunakan demi kepentingan orang ramai atau pengundi-pengundi itu sendiri secara langsung.
Saya yakin cara ini boleh menghasilkan satu bentuk ketelusan dipihak calon itu sendiri. Pihak Bahagian boleh mengumumkan jumlah yang diagihkan itu dan samada jumlah itu betul-betul digunakan secara jujur atau pun tidak,  pengundi-pengundi itu sendirilah yang boleh menentukannya.  Jikalau calon itu merasa peruntukan itu ialah peruntukan pilihanraya, beliau sudah tentu akan menguruskannya secara telus dan berkesan. Jikalau seseorang calon itu merasa peruntukan itu ialah peruntukan peribadinya, kekalahan adalah hadiah baginya.
Dengan sistem ini juga, apa sahaja masalah yang ditimbulkan disebabkan salahguna atau ‘breach of trust’ di mana-mana DUN oleh calon yang berkenaan, ianya tidak akan membabitkan Bahagian dan lain-lain DUN kerana peruntukan itu telah disalurkan secara ‘independent’. Dengan cara ini kepimpinan Bahagian pun tidak perlu lagi dipertanggungjawabkan sepertimana yang telah seringkali berlaku pada pilihanraya yang lepas-lepas.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693 (asal 592247)
14 Ogos 2011 / 14 Ramadhan 1432H
Semerak.

No comments:

Post a Comment