Saturday 27 August 2011

SSPDS 75

SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (75)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya juga tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan)
Kerancakan Kapt. (B) Wan Marzudi JP melakukan kerja-kerja amal dibulan puasa telah sedikit sebanyak melonjakkan lagi namanya di DUN Semerak. Kalau kedudukannya sebelum bulan puasa ialah 47.5 : 52.5 berbanding YB Wan Hassan, nisbahnya sudah berubah menjadi 48.5 : 51.5. Peningkatan sebanyak 2% dalam masa sebulan.
Kajian dan perkiraan ini saya lakukan sendiri dengan kaedah ‘random survey’ secara ‘classified’ terhadap pengundi-pengundi dengan kerjasama seramai 16 orang rangkaian hubungan saya meliputi seluruh DUN Semerak.  Saya lakukan kajian ini tanpa sedikit pun campurtangan daripada kedua-dua tokoh ini. Nisbah ini hanyalah anggaran kasar secara ‘ simple actuarial’ namun ianya boleh dijadikan sebagai asas yang munasabah sekurang-kurangnya untuk kedua-duanya meningkatkan lagi usaha mereka dengan cara dan stail masing-masing menambat hati pengundi-pengundi.
Saya menunggu hari dimana kedudukannya menjadi 50 : 50. Kedudukan ini akan saya jadikan sebagai ‘benchmark’ untuk saya jalankan ‘survey’ yang lebih detail dan fokus mengikut turun naik pengaruh mereka masing-masing secara nisbah itu. Sebab itulah pada awalnya saya telah katakan bahawa walaupun kekuatan pengaruh YB Wan Hassan pada mulanya stabil pada kedudukan 55 : 45 dengan 10% kelebihan, namun Kapt. (B) Wan Marzudi JP telah berjaya mengubahnya secara otomatik pada kedudukan 52.5 : 47.5 iaitu 5% perbezaan apabila beliau mula meningkatkan usaha ‘turun padangnya’ secara serious. Beliau mampu menghampiri keseimbangan ini kerana faktor utama beliau sebagai anak tempatan sepertimana juga YB Wan Hassan.
Apa pun, saya tetap berharap semoga angka ini hanya dijadikan sebagai signal untuk kedua-duanya terus meningkatkan lagi usaha persaingan mereka secara sihat dan harmoni. Setakat ini tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini diantara penyokong masing-masing kerana mereka berdua ini bergerak secara professional dan dalam suasana kesefahaman walaupun berlainan jentera dan berlainan hala tuju. Mereka tetap hormat menghormati diantara satu sama lain. Suasana ini boleh dilihat dengan jelas di mana-mana sahaja mereka berada. Masing-masing tidak mengganggu urusan pihak yang lain. Mereka juga tidak menyentuh hal-hal peribadi sesiapa.
Jika suasana tenteram ini dapat diteruskan, sudah tentulah DUN Semerak akan menjadi medan politik yang terbaik untuk dijadikan contoh dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Yang menang tidak akan merendah-rendahkan yang kalah dan yang kalah akan menerimanya dengan hati yang terbuka tanpa berdendam.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
27 Ogos 2011 / 27 Ramadhan 1432H
Semerak.

No comments:

Post a Comment