Monday 22 August 2011

SSPDS 70


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (70)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya juga tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan)
Hari ini saya menerima kad raya pertama. Tiap-tiap tahun kad dari beliaulah yang mula-mula saya terima. Beliau ialah YB Wan Hassan Wan Ibrahim ADUN Semerak.
Saya tengok di setem ianya diposkan dari Kota Bharu. Ini menandakan bahawa semua urusan penghantaran kad-kad hari raya beliau diuruskan di sana. Mungkin jumlahnya mencecah belasan ribu.
Saya tidak pernah menerima kad raya seperti ini daripada UMNO Bahagian Pasir Puteh walaupun saya ahli UMNO. Begitu jugalah kata-kata ucapan berbentuk sms atau emel dari sesiapa di UMNO Bahagian Pasir Puteh.
Jika YB Wan Hassan mengirimnya setiap tahun kepada saya kerana menganggap saya sebagai rakyatnya, mungkin itulah alasan yang digunapakainya.  Alasan-alasan lain tidak memungkinkan beliau berbuat demikian.
Perkara seperti ini sangatlah kecil. Namun, YB Wan Hassan sentiasa mengambilnya kedalam ingatan. Beliau tahu bahawa walaupun saya tidak mungkin memberikan undi kepadanya dalam pilihanraya disebabkan saya orang UMNO tetapi beliau masih mahu menghantarnya semata-mata kerana alasan yang disebutkan itu. Mungkin ramai lagi orang-orang UMNO lain yang menerima juga kad raya ini daripada beliau kerana mendapati kelima-lima anak saya yang bekerja dan belajar di luar Kelantan pun ada juga menerimanya. Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat alamatnya.
Beliau ialah seorang wakil rakyat yang sememangnya boleh dijadikan contoh kepada wakil-wakil rakyat lain dan juga kepada orang-orang yang ingin menjadi wakil rakyat. Beliau sentiasa membangunkan hubungan beliau dengan semua orang melalui berbagai-bagai cara dan kaedah. Ada caranya besar dan ada caranya kecil. Ada caranya melalui program parti dan ada caranya melalui sentuhan peribadi. Ada caranya luaran dan ada caranya dalaman.
YB Wan Hassan adalah seorang pemimpin yang berjalan seiring sejalan dengan rakyatnya. Beliau tidak berjalan di depan seorang diri tanpa menoleh kebelakang. Inilah yang pernah saya katakan kepada kepimpinan UMNO Bahagian bahawa pemimpin UMNO Bahagian yang ada sekarang seolah-olah berjalan seorang diri di depan.
Apakah menjadi satu kesalahan jikalau YB Wan Hassan dicontohi?
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
22 Ogos 2011 / 22 Ramadhan 1432H
Semerak.

No comments:

Post a Comment