Sunday 30 March 2014

MH370 - Dimana Kau?

bangun pagi buka tv atau radio
kalau2 ada berita terbaru MH370
nampaknya belum ada apa2 yg baru
masih mencari2
kesian ahli keluarga mereka yg terlibat
saya boleh bayangkan bagaimana sedihnya mereka
menunggu dan menunggu
sudah tentu ada yg tak lena tidur
ada yg tak lalu makan
berat badan pun turun
nasihat saya:
bawa bersabar
dan makanlah walaupun sedikit
untuk menjaga kesihatan
kerana bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akhir
adalah lebih baik dgn badan yg sihat
berbanding sakit

Saturday 29 March 2014

Politik ialah Kerja Bercakap

bercakap ialah kerja utama orang politik:
(dalam parlimen dan majlis2 rasmi)
sebab itu semua pemimpin politik dalam dunia bercakap termasuk pm dan menteri2 malaysia
dan sebab itu juga tiada orang bisu menjadi pemimpin politik dalam mana2 negara....
namun
nampak sangat seorang menteri kanan malaysia tak selesa dan tidak 'natural' bercakap bahasa inggeris
apabila terlalu banyak err err disebabkan tidak fasih dalam bahasa itu
tapi terpaksa meneruskannya walaupun tersekat2 kerana berhadapan dengan wartawan2 asing
tambah2 pulak mungkin nak jaga status 'Dr' PhDnya
saranan saya:
bercakap dalam bahasa kebangsaan
pakai jurubahasa
lagi baik dan lancar

Friday 28 March 2014

Wakil Rakyat Bijak

orang politik terutamanya wakil rakyat yang bijak ialah:
mereka yang suka mendampingi rakyat biasa pada setiap masa dan awal
bukan yang mendekatkan diri dan bertanya khabar 
hanya pada masa hampir pilihanraya sahaja

Sunday 23 March 2014

PERKASA

apa yang PERKASA buat sekarang?
kalau di negeri Kelantan
walaupun pengasasnya berasal dari negeri ini
saya tidak nampak keberkesanannya dalam agenda mempertahankan hak dan keistimewaan orang2 malayu terutamanya orang2 melayu Kelantan
apa lagi jika dilihat pemimpin PERKASA negeri pun (bukan pusat) tidak mahu mengenepikan unsur2 kepentingan diri

contoh
bila nak buat program diperingkat negeri
kepimpinan negeri tidak pun terlebih dahulu merujuk atau 'consult' atau memohon 'advice' daripada YBhg Datuk Paduka Presiden 
selain daripada itu
apa sahaja yang datangnya dari orang biasa
kepimpinan negeri tidak pun mahu memandang sebelah mata
apalagi jika bertanyakan sesuatu
bukan sahaja tidak mahu menjawab
bahkan disisihnya orang yang bertanya itu dari kumpulan
kelemahan dan kepincangan ini harus segera diperbetulkan
jika mahukan PERKASA diberikan sokongan yang berterusan
oleh orang2 melayu sendiri

Monday 10 March 2014

MH370

dari seorang wira PERKASA Kelantan (copy & paste)
bagi pihak YBhg Datuk Paduka Presiden PERKASA

...MH370...

Kapten Zaharie...
Aku mungkin tidak mengenalimu..
Tapi kutahu kau sudah lakukan yang terbaik...
Mana mungkin kutahu pandu pesawat...
Tapi kutahu kau takkan leka sesaat...
Tika dan detik ini...
Jiwa kami bersedih dengan hilangnya MH370..
Pastinya keluargamu berlebihan sedihnya...

MH370...
Selagi rangkamu belum ditemui...
Kami menggantung harap kau pulang dengan selamat...
Kalau kau dilarikan penjahat..
Kami merayu kau dibawa mendarat..
Seluruh dunia menanti khabarmu...
Moga dalam terdekat dapat ketemu..

Kita tidak pernah bertemu wahai MH370...
Tetapi...
Hari ini dunia mencari-cari kamu...
Hari ini dunia menanti kemunculanmu...
Hari ini dunia risau akan kamu,
Hari ini dunia menyebut-nyebut namamu...

Muncullah wahai MH370...
Ada jiwa yang menanti anaknya...
Ada jiwa yang menanti ibunya...
Ada jiwa yang menanti kakak,abang dan adiknya...
Ada jiwa yang menanti isterinya...
Ada jiwa yang menanti suaminya..
Ada jiwa yang menanti ayahnya...

Kesedihan kami tidak dapat menandingi kesedihan mereka...
Kami mungkin tidak sebangsa dan seagama...
Tapi darah kami sama,merah pekat warnanya...
Kasih sayang kami merentas sempadan agama,bangsa dan negara..

Allah-hu-rabbi...
Dengan cinta dan rahmatMu...
Temukan MH370 dengan segera...
Kami sudah sedia...
Kami sudah redha...
Kami tahu kau ada...
Kau penentu segala-galanya

Wahai manusia yang aneh jiwanya,
Kalau kamu tiada yang baik untuk berkata...
Sudi kiranya kamu berdiam sahaja...
Kalau kamu tiada yang baik untuk diberita...
Sudilah kiranya tadah tangan untuk berdoa...
Kalau kamu tiada yang baik untuk bercerita...
Tutupkan mata dan juga telinga...
Kalau kamu tidak dapat berkongsi rasa...
Baiklah kalian diam dan membaca cuma...

Allah,
Tuhanku yang maha pengasih dan penyayang..
Tebarlah rahmatMu kepada mereka..
Sesungguhnya,
KepadaMulah tempat kami bergantung harap dan berserah..
......Amin......

Thursday 6 March 2014

Himpunan Aman SETIA

Berikut ialah salinan secara 'copy & paste' (tanpa edit) daripada posting dalam Facebook oleh Che Ibrahim Mohamed susulan protes secara aman pada 6hb Mac 2014 di Kota Bharu. Komen peribadi saya terlebih dahulu :
Tidak pernah dalam sejarah selama 24 tahun PAS memerintah negeri Kelantan diadakan protes atau bantahan secara terbuka seperti ini oleh orang-orang PAS sendiri terhadap kepimpinan parti dan kerajaan negeri. Saya melihatnya sebagai titik permulaan kearah berlakunya perpecahan besar didalam parti PAS kerana jika dibiarkan, gejala ini akan terus merebak apabila pihak yang membantah ini mengumpulkan sokongan hari demi hari. Kesan paling buruk yang akan diterima oleh parti PAS negeri Kelantan yang memerintah ialah dalam PRU14 nanti apabila kekuatan yang terbina melalui perpaduan ahli selama ini punah sehingga mengakibatkan kerajaan negeri tumbang. Puncanya mungkin kecil sahaja tetapi itulah yang menyebabkan kebakaran yang besar kerana api yang kecil pada mulanya itu dibiarkan sahaja. Apabila api sudah besar dan menghanguskan sebahagian besar kediaman, bomba pun tidak lagi boleh berbuat apa-apa kecuali menyembur air ke atas abu sahaja.

AKTIVIS SETIA KELANTAN (SETIA)

(bertekad mempertahankan Institusi Diraja, Pakatan Rakyat (PR) dan Kerajaan Kelantan)

KETETAPAN PERHIMPUNAN AMAN - 06 MAC 2014/04 J’AWWAL 1434H – KOTA DARUL NAIM.

Bahawa, kami hamba rakyat melihat dan memerhatikan secara bersama dengan penuh berhati-hati, terdapat beberapa kepincangan yang berlaku dalam pengurusan PAS Kelantan dan Kerajaan Kelantan menjelang PRU13 dan selepasnya .

Salah urus parti yang berlaku dan tidak dibendung, menyebabkan berlakunya beberapa perlanggaran dalam akhlak urus tadbir secara berleluasa samada dalam parti dan kerajaan seperti berikut;

: Perlantikan penyelia DUN bagi kerusi yang ditandingi oleh PAS, yang tidak disenangi oleh ahli dasar parti. Perlantikan lebih kepada kroni yang sedang dibina oleh kelompok pimpinan tertentu dalam parti..

Salah urus perlantikan penyelia DUN bagi kerusi yang ditandingi PKR, khasnya bagi DUN Kuala Balah dan Pengkalan Kubur. (sudah nikah tapi kena tidur dikandang kuda) Padahal ketetapan telah dibuat oleh Majlis Presiden PR bahawa mana-mana kerusi yang ditandingi oleh PKR, jawatan penyelia DUN hendaklah diserahkan kepada PKR, demi merencanakan kekuatan masa depan parti.

Penyingkiran dan pemecatan beberapa tokoh dan tenaga penting dalam parti, bertujuan melantik muka baru yang sebulu. Kes terbaru adalah pemecatan yang tidak berakhlak Islam ke atas Us.Che Ibrahim Mohamad sebagai Tim.Pendaftar KIAS.

Kecuaian dan ketirisan pengurusan wang parti dalam mengagihkan perbelanjaan kepada pengundi luar dalam PRU13. Ramai yang tidak menerima wang tersebut walaupun telah mengisi borang dan memang dijanjikan oleh parti. Khabarnya wang tersebut memang telah sedia ada, tetapi kemana dibelanjakan. Kesannya hampir 350 ribu orang pengundi luar telah tawar hati untuk pulang mengundi, dan sudah ada yang mula memindahkan daftar tempat mengundi mereka ditempat kerja masing-masing diluar Kelantan.

Ekoran daripada salah urus dan tiadanya etika pengurusan di atas, maka ianya merebak ke dalam pentadbiran kerajaan Kelantan yang kemudiannya telah membawa kepada beberapa kepincangan berikut;

: Beberapa projek rakyat seperti lebuhraya, stadium dan seumpamanya tidak diambil perhatian yang serius, kerana diusahakan oleh exco sebelumnya. Tidak mahu disambung kerana takut dikata membangunkan idea orang lain. Ditambah pula dengan tiadanya anggota exco yang mampu kedepan mengorak langkah menggandakan usaha meneruskan pembangunan negeri sebagaimana yang berlaku dizaman pemerintahan Tok Guru.

Perancangan perlaksanaan Hudud yang terlalu perlahan. 23 tahun masih lagi diperingkat cadangan. Malah dikatakan tidak pernah ada perbincangan diadakan dikalangan panel pakar teknikal yang telah dilantik. Paling menarik kerajaan Kelantan masih gagal untuk mewartakan dokumen mengenai hudud ini.

Pembolotan jawatan tanpa terkawal oleh beberapa pimpinan negeri, seperti Tim.Menteri Besar yang memegang terlalu banyak jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri. Selain memegang polio sebagai TMB, beliau juga masih terus memegang jawatan sebagai pengerusi KIAS(beliau bukan lagi memegang polio pendidikan negeri), Perbadanan Tunjung dan sebagainya lagi. Begitu juga dengan SU Perhubungan PAS Kelantan yang membolot beberapa jawatan penting dalam beberapa anak syarikat kerajaan Negeri Kelantan.

Keadaan kewangan kerajaan Kelantan dan beberapa agensi yang diberitakan semakin meruncing.

Kecenderungan pimpinan Kelantan yang suka dan kerap melawat ke luar negara yang tentunya akan membazirkan wang rakyat yang banyak. Apakah dengan memperbanyakkan lawatan keluar negara, negeri, parti dan rakyat Kelantan boleh dibangunkan?

Difahamkan juga bahawa banyak tindak tanduk YB TMB dalam parti dan kerajaan, tidak banyak membantu memperkukuhkan kepimpinan dan kerja YAB Menteri Besar dan Peseuruhjaya. YB TMB dan SU Perhubungan terlalu banyak menimbulkan masalah kepada parti dan kerajaan.

Berdasarkan beberapa perkembangan yang berlaku di atas, kami hamba rakyat mendesak supaya pihak pimpinan tertinggi parti bertindak MENUKAR atau MENGGUGURKAN Tim.Menteri Besar dan SU Perhubungan yang ada sekarang dengan seberapa segera, dan digantikan dengan tokoh lain yang lebih jujur dan lebih berkemampuan.

Ini bertujuan memberi laluan yang lebih luas kepada YAB MB dan Pesuruhjaya PAS Kelantan membuat perubahan segera yang boleh menyelamatkan parti dan kerajaan daripada terus lemah dan tersungkur menjelang PRU14.

Pihak SETIA akan terus bergerak mengumpulkan sokongan pelbagai pihak samada dalam dan luar negeri bagi mendesak sehingga dua nama yang menimbulkan masalah kepada kepimpinan dan kerajaan Kelantan ini digugurkan dan ditukar kepada tokoh yang lain.

Sekian. Terima kasih.

Sekretariat AKTIVIS SETIA KELANTAN (SETIA)

Tuesday 4 March 2014

PATI dan Jenayah Berat Di Malaysia

Apabila kita mendapat berita anggota polis sendiri dibelasah teruk oleh pendatang-pendatang asing tanpa izin atau PATI sehingga seorang daripadanya meninggal, ianya dianggap sudah keterlaluan. Dalam Facebook, komen tantang isu ini menjadi panjang dengan ratusan orang memberikan pendapat dan cadangan selain kata-kata kutukan keras terhadap pendatang asing ini.

Seluruh rakyat Malaysia tidak dapat menerimanya. Bermacam-macamlah pandangan dan cadangan masuk bertubi-tubi di dalam Facebook. Ada yang meluahkan perasaan marah terhadap penjenayah asing ini, ada juga yang menyalahkan pihak keselamatan yang dilihat terlalu berlembut dengan mereka. Ada juga yang berkata ianya mungkin berpunca dari kesilapan yang dilakukan oleh mangsa itu sendiri kerana terlalu kerap meminta-minta dari pendatang asing ini.

Tiada siapa yang boleh menentukan pihak mana sebenarnya yang telah menimbulkan punca serangan itu. Yang berhak menentukannya nanti ialah mahkamah setelah prosiding siasatan mengikut saluran undang-undang oleh pihak polis sendiri selesai.

Apa pun puncanya, kejadian itu tetap tidak boleh sama sekali dibiarkan berlaku lagi. Selain daripada keselamatan anggota-anggota polis dan masyarakat sekitar, maruah dan integriti PDRM itu sendiri pun sudah tercalar. Bayangkanlah dimana lagi masyarakat hendak mencari perlindungan jika pihak polis sendiri pun boleh dibunuh dengan sewenang-wenangnya oleh pendatang asing? Dunia pun akan menganggap Malaysia sudah tidak selamat untuk tujuan pelaburan dan pelancongan kerana jenayah seperti itu pun boleh dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin. Ini menunjukkan betapa longgarnya sistem penguatkuasaan undang-undang negara terhadap pendatang asing tanpa izin.

Mungkin kejadian seperti ini dianggap sebagai kejadian terpencil sahaja yang tidak boleh dijustifikasikan sebagai mewakili sifat jahat yang ada pada semua pendatang asing. Bukan semua pendatang asing seperti itu. Hanya segelintir sahaja dari mereka. Namun, sesuatu wabak penyakit harus dikawal dari seawal-awal masa. Janganlah dibiarkan ianya merebak sehingga tidak lagi boleh dikawal kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Saya tidak ada statistik tentang jumlah sebenar pendatang asing ini di negara kita buat pada masa ini. Sudah tentu ianya sudah berkurangan kerana tindakan tegas oleh pihak kerajaan telah diambil baru-baru ini. Namun, ramai orang melihatnya sebagai tindakan bermotifkan politik sahaja kerana arahan yang dikeluarkan oleh Menteri KDN itu dibuat hanya bermusim. Musim yang lalu itu ialah musim pemilihan parti apabila menteri yang berkenaan itu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Selepas sahaja beliau menang, tiadalah lagi gerakan susulan menangkap pendatang asing ini kecuali secara rutin sahaja. Dengan itu, baki pendatang asing yang masih belum ditangkap masih lagi ramai berkeliaran dalam negara di merata-rata pelusuk negeri.

Orang ramai tidaklah menyarankan supaya gerakan menangkap mereka dilakukan sekali gus secara besar-besaran sehingga mereka terhapus 100% dari negara ini. Selain daripada masalah ketidakcukupan anggota, pendatang-pendatang asing ini juga bukan mudah untuk dikesan. Oleh itu, masa diperlukan tetapi masa itu janganlah terlalu lama sehingga berlaku lagi jenayah pembunuhan keatas anggota polis sendiri berlaku lagi. Dalam waktu yang sama, pengambilan anggota-anggota polis yang baru harus dipergiatkan. Di tempat saya contohnya, dengan bilangan anggota kurang separuh dari jumlah yang sepatutnya ada bukanlah sesuatu yang harus dibiarkan.

Menteri KDN harus bertindak dengan lebih tegas lagi mulai sekarang. Bukan sebagai orang politik tetapi sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan rakayat termasuk juga anggota polis.

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Semerak.

Himpunan Aman Sidang DUN Kelantan

saya tak nampak dgn jelas halatuju ngo ini
dan motif politiknya yg sebenar
apa yg telah digariskan agak terlalu umum
saya yakin ada rahsia disebalik gerakan yg cuba dilancarkan ini


Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...

Pagi ini pihak kami telah menerima makluman bahawa ada pihak telah bertindak jahat, membuka 1 PAGES PALSU atas nama "SETIA Sengoti" & pihak berkenaan telah meyebarkan BERITA PALSU (FITNAH) yang mengatakan bahawa Himpunan Aman anjuran SETIA telah DIBATALKAN atas arahan Pihak Atasan SETIA.

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa Himpunan Aman anjuran SETIA tetap akan diteruskan (in shaa Allah) walau ada cubaan untuk mensabotaj program tersebut.

TIDAK ADA SEBARANG PERUBAHAN pada TARIKH dan MASA yang telah dipersetujui dan diwar-warkan sebelum ini.

Makluman dan Pencerahan.

Aktivis Setia Kelantan (SETIA) akan menganjurkan 1 Himpunan Aman di Hadapan Bangunan Setia Usaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan pada 6hb. Mac, 2014 bermula jam 9:00 pagi sempena Persidangan DUN Kelantan untuk menyatakan bantahan atas isu-isu berikut:

1 - Projek-projek terbengkalai: Stadium Bukit Merbau, Lebuhraya Rakyat, Perumahan Rakyat Pasir Mas dan lain-lain.

2 - Hub persefahaman Pakatan Rakyat Negeri Kelantan yang tidak jujur dalam kes Penyelia DUN Kuala Balah & Pengkalan Kubur sehingga menimbulkan Krisis dalaman antara PKR dan PAS di Kelantan.

3 - Lawatan ke luar Negara Kelompok tertentu dalam Kerajaan Negeri Kelantan yang terlalu kerap, kurang bermanfaat & membazirkan wang Rakyat dalam keadaan Negeri Kelantan kekurangan sumber kewangan.

4 - Pemecatan Kakitangan Kerajaan & GLC yang dibuat sesuka hati tanpa mengikut Prosedur & Undang-undang oleh YB Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan; Dato' Nik Amar.

Untuk pengetahuan anda, Aktivis Setia Kelantan (SETIA) dibarisi oleh (majoriti) Ahli PAS dan PKR, Bekas Ahli Parlimen PAS, Bekas ADUN PAS, Aktivis-aktivis PAS era 1990-an selain rakan-rakan Aktivis dari pelbagai NGO di Negeri Kelantan termasuk R (Royalti), Ambang-13, SAMM, AK03, AMBO, AMTU dan pelbagai NGO pro Pakatan Rakyat.

Tuduhan yang mengatakan bahawa Aktivis Setia Kelantan (SETIA) pro UMNO/BN adalah FITNAH JAHAT yang tidak berasas sama sekali.

Tujuan & Matlamat Penubuhan Aktivis Setia Kelantan (SETIA):

1 - Mengumpulkan seramai mungkin Aktivis Rakyat melalui 1 Gerakan yang bebas mengikut ketentuan Organisasi (Kawalan).

2 - Menjalankan Aktiviti menggerakkan Hamba Rakyat untuk memperkukuhkan Politik & Sosial Negeri Kelantan.

3 - Menggerap usaha memperkukuh Parti & Kerajaan melalui pelbagai aktiviti berbentuk Kerjasama, Cadangan, Teguran, Kritikan dan Sebagainya.

4 - Menjalankan Aktiviti bagi memperkukuhkan hubungan dikalangan Aktivis.

Maka dengan itu, sebagai permulaan (selepas bermesyuarat sebanyak 2 kali), pihak Pimpinan Aktivis Setia Kelantan (SETIA) telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan Program Pertama SETIA bersempena dengan Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Penggal Pertama 2014 seperti yang dicatit diatas.

Isu yang dibawa oleh SETIA adalah isu Rakyat yang sekiranya tidak diambil perhatian dan ditangani oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan sebaiknya, akan mencalarkan Imej Kerajaan Negeri Kelantan yang telah sekian lama dibina dengan baik oleh Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sejak hari pertama beliau menjawat Jawatan Menteri Besar Negeri Kelantan pada tahun 1990.

Aktivis Setia Kelantan berpendirian bahawa, untuk membina sebuah Kerajaan yang Mantap dan berkreadibiliti, teguran demi teguran harus dibuat bagi mengelakkan dari pihak musuh (UMNO/BN) mengambil kesempatan diakhir masa ketika tiba Pilihanraya.

Sebuah kapal yang gagah belayar, sekiranya kebocoran kecil tidak ditampung dengan segera - lama kelamaan ia akan tenggelam dengan sendiri.

- "Bersama Pertahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan"



Monday 3 March 2014

DS Rosmah Mansor

Semarah mana pun saya kepada mana-mana pemimpin dari mana-mana parti politik termasuk isteri mereka, saya tetap mengamalkan sikap tidak menyentuh peribadi termasuk bentuk tubuh badan dalam tulisan saya.
Sebab itu saya agak tidak bersetuju apabila ada orang yang menulis seperti di bawah ini apalagi secara terbuka.
Bentuk tubuh badan dan jangka hayat seseorang bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan.
Lebih baik menulis dan mengkritik tentang apa yang dilakukan sahaja.

Kenyataan Kuan Yew di luar sedar - Rosmah

Datin Seri Rosmah Mansor percaya Ketua Penerangan dan Publisiti DAP Nasional, Hew Kuan Yew berada dalam keadaan di luar sedar ketika memuat naik statusnya di laman sosial facebook yang antara lain menyebut: "Bermain puas-puas agar dia boleh pergi syurga (mati) dengan secepatnya.".
 
Menurut isteri Perdana Menteri, oleh kerana itu beliau memaafkan kebiadapan Kuan Yew dan mendoakan ahli DAP itu dikurniakan kesihatan yang baik. 
 
"Saya ada mendengar bahawa Sdra Hew Kuan Yew mengharapkan agar saya diserang sakit jantung dan segera menemui ajal. 
"Andainya benar beliau ada menuturkan kata-kata sedemikian, saya memaafkan tindakan beliau dan percaya ia dilakukan di luar sedar. 
 
"Bagi saya, saya akan mendoakan Sdra Hew Kuan Yew sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kerahmatan hidup agar beliau dapat terus menikmati kesejahteraan hidup aman dan damai di bumi bertuah Malaysia," kata Rosmah.
 
Kuan Yew dalam statusnya juga berkata, orang gemuk tidak seharusnya bermain badminton kerana terlalu banyak pergerakan dan akan mendorong kepada kematian awal. 
 
"Dia tidak sepatutnya bermain badminton (kerana dia seorang yang gemuk),"  katanya menerusi laman sosial itu.

OKU

OKU seperti anak saya juga
sama2 belajar di PDK Semerak
pernah menjadi johan pertandingan menyanyi peringkat kebangsaan
bagi OKU dan pelatih2 PDK
yang hadiahnya disampaikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri
dan disiarkan secara langsung di tv
inilah rumah keluarganya
diharap ada pihak yang sudi kiranya tampil kehadapan menghuluirkan bantuan sewajarnya
bagi tujuan memperelokkan sedikit rumahnya ini

BR1M - Terima Kasih PM

Saya dimaklumkan bahawa program penyampaian wang BR1M di Semerak petang semalam 2hb Mac 2014 yg berlangsung di SK Cherang Ruku tidak lagi ada ceramah atau syarahan politik oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh atau wakilnya seperti sebelum ini.
Selain daripada mendengar ceramah politik yang membosankan, dulu orang-orang Semerak terpaksa pergi ke Pasir Puteh untuk menerimanya.
Alhamdulillah, rungutan rakyat didengari oleh pihak pemerintah melalui berbagai-bagai medium termasuk Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain.

Adalah diharapkan semoga ianya berterusan seperti ini bagi mereka yang menerimanya melalui baucer walaupun hampir pada masa pilihanraya kerana ceramah politik hanya sesuai dalam musim pilihanraya sahaja. 
Terima kasih PM.