Monday 15 August 2011

SSPDS 61


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (61)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan)
Kapt. (B) Wan Marzudi Bin Dato’ Hj. Wan Omar, JP, berumur 51 tahun,  adalah satu nama besar di Semerak buat pada masa ini. Anak ke-2 kepada bekas seorang wakil rakyat DUN dan parlimen ini disebut-sebut sebagai orang yang paling berpotensi untuk menjadi calon BN pilihanraya DUN Semerak yang akan datang ini.
Beliau dianggap satu-satunya anak tempatan yang mampu menyaingi kekuatan YB Wan Hassan Bin Wan Ibrahim jika sekiranya YB Wan Hassan dicalonkan lagi oleh PAS.
Berbekalkan pengalaman sebagai seorang pegawai ATM, beliau dilihat mempunyai prinsip kental dalam hidupnya sebagai seorang pemimpin yang tulen dengan sifat-sifat kepimpinan yang diperlukan. Tidak banyak bercakap tetapi banyak membuat keputusan-keputusan tepat untuk melaksanakan segala tindakan terutama yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat. Sikap ini amat seimbang dengan sikap yang dipunyai oleh YB Wan Hassan sebagai seorang wakil rakyat.
Darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah kepimpinan yang diwarisi dari ayahandanya, YBhg. Dato’ Hj. Wan Omar Bin Wan Majid, DJMK yang juga pernah diberikan gelaran ‘Bentara Guru’ oleh masyarakat setempat kerana menghormati beliau sebagai seorang ‘pahlawan dan pembela’ masyarakat. Walau pun sudah lanjut usianya (76 tahun) namun ayahandanya ini masih mampu memberikan segala nasihat yang diperlukan kepada anakandanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan sebagai seorang wakil rakyat kerana prestasi kerja ayahandanya dulu sangatlah cemerlang dan dipuji. Ayahandanya ini merupakan seorang wakil rakyat yang mengabdikan seluruh hidupnya kepada rakyatnya selama empat (4) penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat iaitu 2 penggal ADUN dan 2 penggal ADR.  Sebab itu kita tidak boleh melihat sebarang tanda beliau mempunyai apa-apa harta yang ketara selepas beliau bersara kecuali sebuah rumah dengan sebidang tapak rumah itu sahaja. Tidak seperti lazimnya pada masa ini apabila kita melihat di mana-mana kebanyakan bekas wakil rakyat kaya raya selepas bersara.
Semua sifat-sifat itu diyakini ada diwarisi oleh Kapt. (B) Wan Marzudi JP daripada ayahandanya. Malahan, Kapt. (B) Wan Marzudi JP sendiri pun memang sentiasa merujuk kepada ayahandanya apabila beliau hendak melakukan apa-apa aktiviti kemsyarakatan buat pada masa ini walaupun beliau bukan seorang wakil rakyat.
Yang sedikit membezakan beliau daripada ayahandanya ialah tentang latar belakang kerjaya dan mata pencarian. Kalau ayahandanya seorang guru, beliau ialah seorang tentera. Kalau ayahandanya menjadi wakil rakyat selepas bersara guru, beliau akan menjadi wakil rakyat selepas bersara tentera dan berniaga.
Oleh itu, beliau mempunyai kelebihan kerana beliau sudah berjaya mengumpul harta peribadi melalui perniagaan untuk menjadi seorang wakil rakyat dan tidak perlu lagi memikir-mikirkan tentang perkara itu selepas bersara nanti. Beliau boleh memberikan sepenuh perhatian kepada tugas-tugas wakil rakyatnya tanpa membiarkan unsur-unsur ‘conflict of interest’ mengganggu urusan hariannya nanti.
Saya dengan ini berharap moga-moga harapan rakyat Semerak diberikan perhatian jua oleh pucuk kepimpinan parti supaya Kapt. (B) Wan Marzudi Bin Dato’ Hj. Wan Omar, JP atau nama ringkasnya ‘Kapten Wan’ dijadikan sebagai calon BN untuk DUN Semerak dalam pilihanraya umum ke-13 nanti kerana beliau ialah seorang ‘winnable candidate’. 
Jikalau diperingkat DUN ada harapan menang, maka diperingkat parlimen sudah tentulah harapannya pun sama kerana kekuatan parlimen banyak bergantung kepada DUN.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
16 Ogos 2011 / 16 Ramadhan 1432H
Semerak.

1 comment:

  1. Apa pun kelibat dan aktiviti yang dijalankan seharusnya menerusi saluran yang tepat dan tidak bertindak bersendirian atau rakit yang berlainan untuk menang dalam perjuangan.

    Rapatlah mana yang renggang dan merekah. Tautkan lah mana yang rasa berjauhan. Kerja perlu dalam satu ukhwah tanpa perlu melihat si Anu baik dan si Anu tidak baik.

    Perjuangan perlu dalam konteks perpaduan yang jitu bukan tonjolan puak-puak sehingga menggambarkan UMNO ada ratusan rakit yang berpecah-pecah.

    Apa yang saya takut, menang sorak kampung tergadai lagi...Itu perjuangan LUNCAI. Wassalam. sekadar komentar yang ilkhlas.

    ReplyDelete