Wednesday 10 August 2011

PROGRAM DEBAT BERSAMA UMNO DAN PAS



KERTAS CADANGAN

PROGRAM DEBAT BERSAMA PARTI UMNO DAN PARTI PAS
PERINGKAT DUN SEMERAK

Tarikh dicadangkan : 24 Januari 2009 / 27 Muharram 1430H

Masa dicadangkan   : 9.00 malam

Tempat dicadangkan : Dewan SK Cherang Ruku (dengan kerjasama PPD Pasir Puteh)

Tajuk Debat dicadangkan :

BERBEZA PENDAPAT DALAM SOAL POLITIK…. APAKAH PERLU TERBAWA-BAWA SEHINGGA ORANG MELAYU BERPECAH BELAH?

Panel Pendebat dicadangkan :

UMNO : 1)  Sdr. Cikgu Awi, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh
               2)  Tn. Hj. Ismail Awang, Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Semerak
               3)  Sdr. Hj. Ruslan Kasim lawyer, jemputan khas dari K.Lumpur.

PAS     :1)   Y.B. Ustaz Hj. Mat Hussin, Ketua PAS Kawasan Pasir Puteh
2)      Y.B. Sdr. Wan Hassan Wan Ibrahim, ADUN PAS Semerak
3)      Seorang jemputan khas juga yang akan ditentukan oleh PAS.

Moderator dicadangkan :

UMNO  : Ustaz Hj Muhamad Bin Dullah, bekas AJK Bahagian UMNO Pasir Puteh.
PAS      :  akan ditentukan oleh pihak PAS

Tujuan program :

1)      Untuk bertukar-tukar hujjah dalam soal politik supaya segala isu yang menyentuh kepentingan dan survival orang melayu dapat dibentangkan secara lebih jelas dan terbuka mengikut pandangan dan perspektif parti masing-masing.
2)      Supaya dengan program seperti ini dapat juga dieratkan hubungan silaturrahim diantara pemimpin-pemimpin kedua parti diperingkat DUN.
3)      Kearah mewujudkan suasana kempen pilihanraya yang sihat seperti diera tahun 60an dan 70an dimana pentas ceramah pun boleh dibuat berdekatan tanpa sebarang masalah yang timbul kerana penyokong kedua-dua parti bersikap terbuka dan ikhlas serta berpandangan positif bahawa berbeza pendapat dalam soal politik adalah demokratik dan tidaklah perlu terbawa-bawa sehingga mengakibatkan kesan perpecahan dikalangan orang-orang melayu tempatan yang sebahagian besarnya mempunyai tali persaudaraan sejak turun temurun.
Untuk mengimbangi kedua-dua pihak, adalah dicadangkan supaya seorang moderator untuk setiap parti disertakan selain daripada 3 orang pendebat.

Dewan SK Cherang Ruku boleh memuatkan seramai 200 orang. Oleh itu dicadangkan supaya setiap parti menjemput hanya Ketua-Ketua Cawangan dan pemimpin masyarakat yang berkenaan sahaja. Segala kemudahan dewan seperti pentas, sistem siaraya, tempat duduk para jemputan dan keraian akan diuruskan oleh pihak kedua-dua parti secara berkongsi. Pada peringkat ini, anggaran awal peruntukan ialah RM3,000.00 termasuk tambang dan penginapan pendebat jemputan. Ini bermakna hanya RM1,500.00 diperlukan dari setiap parti.

Satu perjumpaan khas diantara wakil kedua-dua parti akan dibuat pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak setelah persetujuan awal diperolehi dari kedua-dua pihak. Perjumpaan ini akan memperincikan lagi apa-apa yang perlu seperti mewujudkan sebuah jawatankuasa penganjur bersama, urusan permit, liputan akhbar dan lain-lain kearah menjayakan program ini.

Adalah diharapkan program seperti ini akan dapat direalisasikan kerana ianya membawa tujuan yang baik demi orang-orang melayu setempat.

Sekian.

Ikhlas daripada,


………………………………….
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
T-29, Taman Jaya,
16700 Cherang Ruku,
Pasir Puteh.
(019-9375226)

S.K. :-
1) Cikgu Zawawi Othman, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh (013-9393373)
2) Y.B. Sdr. Wan Hassan Wan Ibrahim, ADUN PAS Semerak (019-9884128)
3) Tn. Hj. Ismail Awang, Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Semerak (013-9322288)
4) Y.B. Ustaz Hj. Mat Hussin, Ketua PAS Kawasan Pasir Puteh
5) Sdr. Hj. Ruslan Kasim, K.Lumpur (012-2255366)
6) Ustaz Hj. Muhamad Bin Dullah, bakal moderator UMNO (019-9637040)
7) Y.M. Tuan Pa, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pasir Puteh (019-9810529)
8) Sdr. Razali Muhammad, SU UMNO Bahagian Pasir Puteh (012-9506114)
9) Cikgu Hj Azmi PPD, AJK UMNO Bahagian Pasir Puteh
10) Cikgu Che Shamsudin Che Amat, Guru Besar SK Cherang Ruku (019-9354007)
11) Cikgu Hj. Razali Hamat, SU Penyelaras UMNO DUN Semerak
12) Pn. Hjh. Karimah Mohd Nor, Ketua Wanita UMNO Bahagian P.Puteh(013-9399955) 13) Cik Nik Suraya, AJK UMNO Bahagian Pasir Puteh.




ATURCARA DICADANGKAN :-

8.45 malam   : para pendebat dan jemputan tiba

9.00 malam   : moderator majlis membuat ucapan pembukaan

9.15 malam   : majlis debat bermula

11.00 malam  : majlis debat selesai / minum



ANGGARAN PERBELANJAAN DICADANGKAN :-

2 orang pendebat jemputan (tambang k.terbang & penginapan)     RM2,000.00

200 orang hadirin (keraian) @ RM3.00 seorang                             RM   600.00                                                         

Sewa peralatan siaraya                                                                     RM   200.00

Lain-lain (jika perlu)                                                                         RM   200.00

                                                                                 Jumlah              RM3,000.00

No comments:

Post a Comment