Monday 31 August 2015

Gambar2 Menarik Bersih 4








Jalur Gemilang Rumahku

Ambo sore tak mmikir sapo ngetoh pulok lepah ni
Asalkan jange najib, zahid dan hishamuddin sudohlah
walau melayu walau cina walau india ambo tak kisah
Yang paling penting bagi ambo hapuskan rasuah

Rakyat Lawan Rasuah

Buat pada masa ini, saya melihat apa sahaja pun alasan yang diberikan oleh sesiapa bagi tujuan mempertahankan najib dan 1MDBnya, ianya tidak lagi dianggap relevan dan diterima pakai.
Ini kerana ianya berpunca dari kesilapan besar najib sendiri juga tidak mahu mendedahkannya kepada tpm dan kabinet tentang 1MDB serta wang RM2.6 bilion itu awal2 lagi.
Disebabkan ini, orang sudah tidak lagi percayakannya termasuk muhyiddin sendiri.
Orang sudah menganggap najib sebagai seorang pemimpin negara yang suka membuat keputusan sendirian dan menyorok2 hal ehwal kewangan dari pengetahuan orang lain padahal 1MDB melibatkan wang kerajaan atau wang rakyat.
Oleh itu, apabila kemuncak bantahan orang ramai melalui Bersih 4 sudah tercapai, maka najib sebenarnya tiada lagi pilihan lain kecuali meletak jawatan.
Apalagi jika isunya bukan sahaja mengenai IMDB tetapi banyak juga lagi yang menjadi persoalan kepada rakyat termasuk kes pembunuhan altantuya, kes pembunuhan husain najadi, kes mh370, kes helikopter jamaluddin jarjis meletup dan berbagai2 lagi.
Jika rakyat sudah memberikan signal supaya letak jawatan, buat apa najib tunggu lagi.
Kalau tunggu pun, rakyat sudah tidak lagi menerima dan memperakuinya sebagai perdana menteri.
Sudah tentulah menjadi sangat janggal untuk memimpin sebuah negara yang rakyatnya sudah menolak pemimpin itu.
Beliau sudah tidak lagi boleh memikul amanah rakyat
Selebihnya, pihak2 yang ingin menegak benang basah hendaklah juga dalam masa yang sama menerima hakikat bahawa najib sudah melakukan banyak kesilapan tidak mahu telus dalam urusan pentadbiran kewangannya walaupun mungkin apa yang dilakukannya betul dan viable sekali pun.

Pinjam PM Singapore

Dalam malaysia ni sudah tak adakah orang yang jujur, amanah serta bijak untuk jadi pm?
Jika tak ada
Tak bolehkah buat macam team bola ambil pemain import sementara?
Kalau boleh
Elok malaysia ambil pm singapore tadbir negara ini selama 5 tahun
Biar dia tunjuk dan ajar bagaimana nak administer negara kita dengan cara yang betul dan progressive
Saya yakin pm singapore mampu kerana perkara pertama dia akan buat ialah hapuskan rasuah dulu.

Wakil Rakyat Dahulu dan Sekarang

Kualiti yang ada pada orang2 politik dahulu sangat berbeza dengan sekarang
Dulu mereka tidak pentingkan diri sendiri
Dulu mereka tidak tamak dan jadikan parti politik sebagai tempat mengkayakan diri masing2
Dulu mereka tidak berebut2 inginkan jawatan tinggi2
Dulu mereka tidak meleka2 kerja membantu rakyat
Dulu mereka sangat dihormati dan disegani masyarakat
Sekarang semuanya sudah berubah
Orang2 dulu tidak lagi boleh dicontohi kerana ramai sudah tiada
Kalau ada pun tidak didatangi meminta nasihat
Tinggallah mereka di rumah menggeleng2 kepala
Di semerak masih ada
Iaitu YBhg Dato' Hj Wan Omar Bin Wan Majid
2 penggal menjadi ahli parlimen
2 penggal menjadi ADUN
Tapi tiada apa2 yang dikumpulkannya
Kecuali tapak rumah dan rumah bersaiz sederhana sahaja
Kerana seluruh hidupnya sebagai wakil rakyat hanyalah sebagai khadam kepada rakyat.

Kibaran Jalur Gemilang

Saya tidak tahu dan tidak nampak sejauh mana keghairahan mengibarkan jalur gemilang tahun ini
Bagi mereka yang bekerja sebagai pemandu bas ekspres atau kereta sewa, mungkin mereka lebih tahu
Dulu banyak kenderaan yang memasangnya
Ada yang memasangnya dengan banyak kerana nak tunjuk semangatnya banyak dan tinggi
Kalau lori, benderanya pula bersaiz besar kerana nak bagi sesuai dengan saiz kenderaan
Sejak akhir2 ini
Pemandangan ini semakin hilang
Bukan sahaja sangat kurang kenderaan yang memasangnya
Rumah2 pun tidak lagi ghairah memasangnya
Semua jiran saya tidak lagi memasangnya seperti pada tahun2 yang lalu
Saya tidak tahu mengapa tetapi saya tetap memasangnya kerana yang dulu masih elok
Mungkin zaman sudah berubah
Semangat patriotisma tidak lagi mahu dizahirkan melalui pemasangan bendera
Walau apa pun
Saya masih mempunyai sikap lama bahawa orang ramai sepatutnya memeriahkan suasana kemerdekaan dengan pemasangan jalur gemilang
Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya tahun depan kerajaan mula mengagihkan sebidang jalur gemilang yang bersaiz besar kepada setiap rumah secara percuma
Sebaik2nya bagi kontrak untuk dipasang siap di setiap rumah itu.

Friday 28 August 2015

Bersih 4 Di Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2015

ribuan manusia kuning mulai membanjiri kuala lumpur pada 29 ogos 2015 untuk bercantum menjadi kumpulan gergasi paling besar dalam sejarah negara
ketiga2 kaum utama menyertainya iaitu melayu, cina dan india



gambar paling bawah gambar hiasan sahaja