Wednesday 3 August 2011

SSPDS 50

SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (50)
Dalam bab calon pilihanraya BN, saya hanya mampu menceritakan tentang dua orang tokoh sahaja. Selain daripada Kapt. (B) Wan Marzudi Bin Dato’ Hj Wan Omar, JP untuk DUN Semerak, seorang lagi ialah Cikgu Azmi Mohammad Noor untuk parlimen Pasir Puteh. Selain daripada kedua-dua mereka ini, saya tidak mampu menceritakan apa-apa secara panjang lebar tentang sesiapa yang lain. Ini adalah kerana saya tidak ada hubungan yang rapat dengan sesiapa yang dilihat berpotensi untuk Gaal, Limbungan atau Selising. Namun, saya harap senarai yang telah saya sampaikan kepada PM pada 1 Julai 2011 akan diberikan perhatian jua olehnya yang mengandungi cadangan saya Gaal  Awi, Limbungan Rujhan dan Selising Dt Zukri.
Kapt. (B) Wan Marzudi JP kadang-kadang sibuk dengan tugasan-tugasan istana kerana beliau ialah AJK Majlis Jaksa Pendamai Kelantan. Banyak program yang dijalankan oleh Majlis ini dari masa kesemasa termasuklah didalam bulan puasa ini. Namun beliau tetap tidak lupa untuk sentiasa menabur bakti kepada orang-orang Semerak. Dalam bulan Ramadhan ini, selain daripada pembahagian zakat fitrah dan sumbangan berbuka puasa di madrasah serta sedekah kepada fakir miskin, beliau telah bersetuju untuk membiayai program berbuka puasa di Balai Polis Cherang Ruku pada 18 Ogos 2011 ini.  Program ini dinamakan sebagai ‘PDRM Bersama Pelanggan’. Selain daripada itu, dua perhentian bas telah pun siap dibina di tepi jalan besar Semerak untuk kemudahan orang ramai menunggu bas atau kereta sewa. Kedua-duanya dibiayai sepenuhnya oleh beliau.
Perihal Cikgu Azmi pula, beliau sentiasa aktif melakukan kerja-kerja ‘turun padang’ dari masa kesemasa di seluruh daerah Pasir Puteh. Beliau sentiasa melawat orang-orang sakit dan susah untuk memberikan bantuan kepada mereka. Untuk masjid yang memerlukan bantuan kerja-kerja pembaikian, beliau sentiasa mengikhtiarkan sumbangan yang secukupnya. Banyak aktiviti beliau terdapat dalam ruangan Facebook dengan namanya ‘Cg Azmi Mnoor’. Facebook Kapt. (B) Wan Marzudi pula ialah ‘Wan Marzudi Wan Omar’.
Kedua-dua tokoh ini sememangnya jelas dilihat berpotensi sebagai wakil rakyat yang mampu menjalankan tugas-tugas mereka dengan baik dan berkesan. Apa yang mereka lakukan selama ini selaras dengan contoh-contoh kerja ‘turun padang’ yang telah ditunjukkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sendiri.
Adalah dengan itu diharapkan kedua-dua mereka ini diberikan sepenuh kerjasama oleh orang ramai dan juga kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh dalam melahirkan wakil-wakil rakyat BN yang produktif serta berjiwa rakyat sepertimana yang diharap-harapkan bukan sahaja oleh pucuk kepimpinan parti tetapi juga oleh orang ramai di Pasir Puteh sendiri.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh,
3 Ogos 2011 / 3 Ramadhan 1432H

No comments:

Post a Comment