Saturday 31 August 2013

Terbitan Khas

Sinar Harian Edisi Timur 1 Sept 2013
Yang mana ikhlas
Yang mana sombong?


Terbitan Khas

Erti Kemerdekaan
berikut ialah beberapa komen terbaru mengenai topik di atas yang saya petik dari 'thread' facebook:
Mustafa Ahmad minda politik yang terjajah lebih bahaya daripada penjajahan kolonialisme
Mustafa Ahmad Adakah anda seorang yang merdeka, kalau anda masih tidak memiliki rumah sebagai tempat kediaman?
Wan Malek budak2 generasi sekarang tak tahu apa2 tentang kemerdekaan, yg dia tahu makan, minum, ada rumah, ada income, ada kereta, boleh beli pakaian, merdeka2 ni utk org politik sahaja bicarakannya
Wan Malek kalau pun dia orang ke dataran merdeka mlm meredeka, nak tengok hiburan pentas dan bunga api sahaja, kalau ada ceramah atau syarahan, tak pergi pun dia orang semua tu
Mustafa Ahmad tiada penghayatan tu
Wan Malek sebab tu bagi saya 'Hari Kebangsaan' atau 'Hari Nasional' sebenarnya lebih sesuai  
Mustafa Ahmad WM apa perasaan anda menyambut kemerdekaan tahun ini?
Wan Malek saya dah sambut 56 tahun, kalih doh
Mustafa Ahmad apakah ini minda politik Melayu bising ketika lapar?  
Wan Malek ya, diam dan berendam macam ular sawa bila kenyang
Mustafa Ahmad apakah kita merdeka terlalu mudah?
Wan Malek merdeka tak mudah bagi mereka yg memperjuangkannya, tetapi takdak erti bagi orang yang menikmatinya, terutamanya generasi baru, kecuali ada persembahan pentas dan bunga api
Wan Malek dia sama shj seperti anak2 makan nasi lauk yg sedap2, nak buatnya bukan mudah bagi siibu tapi anak2 yg makannya sedap tambah2 kalau lapar, ibu yg buatnya kadang2 tak makan pun kerana puas tengok anak2 makan
Wan Malek begitu juga dlm pelajaran, ibubapa yg susah tak kisah tentang kesusahannya asalkan anak2nya dapat belajar tinggi2 dan dapat kerja gaji mahal2
Wan Malek sebab itu, bagi saya, 'perayaan' bagi merayakan hari kemerdekaan tidak sepatutnya dibuat berlebih2an dan mengambil masa sehingga sebulan, kerana masanya sesuai untuk sehari pada 31hb itu sahaja, kerana jika terlalu panjang orang jadi jemu, dan bila jemu, sambutan pun jadi hambar, sebab tu tahun ini orang tak ghairah pasang bendera di kenderaan dan rumah dan premis kedai, bila ini terjadi, kerajaan merungut, bila merungut itu bermakna kecewa dan gagal
Wan Malek oleh itu 'kemerdekaan' bukan untuk 'dirayakan'
Wan Malek buat sekadar patut satu hari sahaja, perarakan di dataran merdeka pada 31hb itu ok, tapi tak payah buat sambutan sampai sebulan masanya
Wan Malek cina kata 'rayo pun sari jah'
Wan Malek dan saya tetap dengan pendapat peribadi saya istilahnya elok dikembalikan semula kpd 'Hari Kebangsaan'
Wan Malek mengingati kemerdekaan ialah mengingati perjuangannya, yang lebih penting ialah mengisi kemerdekaan itu sendiri, dan komponen paling utama dan paling penting ialah keamanan serta kemajuan ekonomi, dua2 ini pula bergantung kpd sejauh mana kemampuan pemerintah untuk menstabilkan politik negara dan keharmonian kaum serta keselamatan negara
Wan Malek kemampuan menstabilkan politik dan keharmonian negara pula bergantung kpd sejauh mana pula pihak pemerintah memerintah dgn adil dan telus tanpa sebarang unsur2 negatif seperti rasuah dan lain2
Wan Malek erti kemerdekaan tidak akan dapat dihayati oleh rakyat jika sekirannya pihak pemerintah sendiri masih dgn masalah rasuah membelenggui mereka              

Thursday 29 August 2013

Terbitan Khas

Ucapan Selamat Hari Kemerdekaan
Sebagai rakyat Malaysia
saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan esok
kepada seluruh rakyat Malaysia
terutamanya kepada
semua anggota tentera dan polis serta anggota keselamatan yang lain
kerana menjaga keamanan dan keselamatan negara dan rakyat seluruhnya
semoga keamanan yang dikecapi
dapat terus dinikmati
juga saya tujukan ucapan saya ini kepada
seluruh kaum keluarga
seluruh rakan2 taulan dan kenalan fb serta pembaca2 blog saya ini
tak kira di mana anda berada
Selamat Hari Kemerdekaan

Terbitan Khas

Tahun Paling Malang Bagi Jalur Gemilang
Melihat kpd senario sambutan hari kemerdekaan yg akan berlangsung kemuncaknya esok
jikalaulah sikap dingin rakyat malaysia ini masih juga berterusan sampai ke hari esok
dengan bendera jalur gemilang masih juga tidak dipasang pada kenderaan, rumah dan juga premis2 kedai
saya rasa tahun ini merupakan tahun yang paling malang bagi pemerintah sejak 56 tahun yang lalu
ini juga mungkin satu lagi signal senyap dari rakyat menandakan sokongan mereka kpd kerajaan pusat dan bn semakin merudum
jika ini benar
maka tiadalah apa2 lagi yg boleh dilakukan pemerintah
kecuali berserah sahaja kpd takdir ilahi
untuk menduduki kerusi pembangkang pula pada pru14 nanti

Terbitan Khas

Dulu: Hari Kebangsaan 
Sekarang: Hari Kemerdekaan
Berikut ialah beberapa petikan terbaru oleh kawan2 FB saya di dalam FB:-
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Menjelang Hari Kebangsaan ini, kerajaan merayu-rayu minta di pasang bendera jalur gemilang, walhal kita sudah merdeka 56tahun, Kenapa tidak mencari penyebabnya kenapa rakyat 'sejuk' dlm meraikan Hari Kebangsaan sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan?. Pada saya ialah kerana rakyat tidak nampak dihadirkan dlm perayaan dan sambutannya dan lagi pun mereka keliru.. kata undang2nya 31 Ogos setiap tahun Hari Kebangsaan, kata politiknya pula Hari Kemerdekaan. Mana satu mereka nak pakai?"
Wan Malek saya rasa kalau kekalkan semula nama asal, sambutan pulih balik
Abdul Rahman Abdullah Rakyat sayangkan negara dan tanah air nya. Jiwa merdeka berada pada insan yg tidak suka melihat pembaziran, perlakuan rasuah dipelbagai peringkat, pengabaian kepada khidmat masyarakat yg memerlukan, pengabaian kepada masalah sosial, jenayah dan masyarakat marhain, rakyat dirasuahkan dengan gula2 kemewahan yg palsu. Semua kekecewaan ini dihamburkan secara protes diam yg bersifat sama2 faham. Pada saya masalah ini yg perlu dipulihkan oleh pimpinan dan masalah kibaran bendera sebenarnya akan selesai secara automatik. 
Wan Malek saya tak payah orang suruh2, sampai masa isteri saya sendiri pun ambik tangga pasang 3 bendera di depan rumah walaupun di kereta saya ada sticker lain
Yati Yunus Sb nya bendera tu kena beli cuba bg free penuh lh bendera tu berkibar di merata2 tmpt..rakyat malaysia suka barangan free
Wan Malek kenapa tak diendahkan itulah yg perlu dicari jawapannya oleh pihak pemerintah
Wan Malek saya setuju dgn yati yunus, tapi saya beli juga sebab takdak hak free
Abdul Rahman Abdullah Saya pasang dan kibar bendera sebab jiwa merdeka saya mengatasi segala kekecewaan kepada apa yg berlaku disekeliling kita...MERDEKA
Wan Malek ayat sdr zaharin yg sangat menarik....."Menjelang Hari Kebangsaan ini, kerajaan merayu-rayu minta di pasang bendera jalur gemilang, walhal kita sudah merdeka 56tahun"
Wan Malek dan...."kata undang2nya 31 Ogos setiap tahun Hari Kebangsaan, kata politiknya pula Hari Kemerdekaan"
Wan Malek memang sepatutnya pihak pemerintah tak perlu merayu-rayu
Wan Malek setiap manusia lebih baik buat apa2 kerja pun dgn rela dan minat, bukan dgn paksaan
Wan Malek dan kata undang2lah yg betul, iaitu "Hari Kebangsaan' atau 'National Day'
Wan Malek bila ditukar kpd 'Hari Kemerdekaan' nampaklah hendak dipolitikkan demi kepentingan sebelah pihak 
Nadzri Hamzah Apa Menteri Perpaduan Buat selama ini
Zaharin Mohd Yasin Sdra Nadzri Hamzah, sepatutnya sambutan Hari Kebangsaan bukan di uruskan oleh Kementerian yang menjaga kebudayaan. Dahulu King Ghaz dan Sanusi Junid dan Mohamad Rahmat pernah menjadi Pengerusi Hari Kebangsaan kenapa meriah. Cuba pula kita arahkan Menteri bukan Melayu pula menjadi Pengerusi Hari Kebangsaan.   
Taib Wahab bila tak tahu mana nak pakai. pakai yang mudah saja jangan pening2kan kepala.
Wan Malek yang mudah, 'Hari Kebangsaan' 
Wan Malek 'Hari Kemerdekaan' pun tak betul, yang betul 'Hari Merdeka'    
Zaman Rahman ZMY kerajaan jgn pandang jauh laa suruh rakyat kibar jalur gemilang...sedangkan kereta2 rasmi kerajaan pun saya tidak nmpk yg pasang jalur gemilang... smlm parking disebelah saya satu MPV hitam JPM langsung tiada bendera jalur gemilang...