Monday 29 August 2011

SSPDS 79

SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (79)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya juga tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan)
Hari ni ialah hari raya. Bukan budak-budak sahaja yang gembira menyambutnya tetapi orang-orang tua pun gembira juga bahkan ada yang lebih gembira daripada budak-budak kerana boleh bersama-sama bermain mercun dan bunga api yang jenisnya tembak naik ke langit.
Suasana raya seperti ini sememangnya ada di mana-mana seluruh Malaysia.
Namun, di Pasir Puteh mungkin lain sedikit pada tahun ini. Air muka nampak senyum dan gembira bila berjumpa dengan kawan-kawan tetapi dalam hati terasa sedikit kesedihan. Kesedihan bukan disebabkan ada kematian sesiapa yang terdekat tetapi kesedihan kerana ada ‘kematian semangat’. Semangat ini ialah semangat juang politik sesetengah orang-orang UMNO terutamanya di DUN Limbungan.
Ada juga yang berkata bahawa mereka sudah kehilangan seseorang dalam ertikata kepimpinan politik. Orang itu adalah orang yang disayangi tetapi telah dihukum tanpa bicara. Orang itu adalah orang yang telah sekian lama memimpin mereka tetapi telah dengan tiba-tiba dilucutkan jawatannya secara mengejut oleh orang yang lebih berkuasa. Orang itu bukan sahaja orang penting di tempat sendiri bahkan pernah memegang kepimpinan diperingkat negeri.
Semua mereka dilihat ‘bersedih’ seperti dalam keadaan ‘berkabung’. Tiada sesiapa yang boleh berkata-kata kerana masih lagi dalam keadaan terkejut.  Mereka hanya pandang memandang sesama sendiri. Ada juga yang lebih-lebih pun menggeleng-geleng sahaja kepala mereka.
Inilah suasana kekecewaan yang sedang melanda Pasir Puteh sekarang terutamanya di DUN Limbungan kerana kehilangan seorang pemimpin mereka yang disayangi.
Kekecewaan ini masih jelas terbayang diwajah-wajah mereka walaupun hari ini ialah hari raya tetapi budak-budak yang sedang bermain mercun itu sudah tentulah tidak faham apa-apa.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
30 Ogos 2011 / ! syawal 1432H
Semerak.

No comments:

Post a Comment