Thursday 12 September 2013

Terbitan Khas

Pasar Pekan Cherang Ruku Dalam DUN Semerak
Satu Cadangan Kepada Majlis Daerah Pasir Puteh, Kelantan: (revised)
Pasar Pekan Cherang Ruku dalam DUN Semerak telah sangat lama berada di dalam keadaan 'hidup segan mati tak mahu'. Hanya lebih kurang 30% sahaja gerai jualan yang digunakan oleh penjual dan suasana pasar sangat sunyi tidak seperti pasar-pasar di tempat lain. Terdapat tiga sebab utama yang mengakibatkan pasar ini tidak maju.
1) terlalu banyak tempat-tempat berniaga menjual bahan mentah seperti ikan, ayam, sayur dan lain-lain di tepi jalan.
2) Kawasan meletak kereta tidak mencukupi di sekitar pasar ini.
3) Terdapat sebuah kedai runcit terletak betul-betul di hadapan kawasan pasar yang menyebabkan pasar terlindung dan tersorok di belakang kedai yang berkenaan ini.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya tindakan seperti di bawah ini segera diambil untuk memulihkan semula peranan sebenar sebuah pasar:
1) kuatkuasakan undang-undang terhadap semua peniaga yang berniaga di tepi-tepi jalan supaya mereka berpindah masuk ke pasar
2) Luaskan kawasan meletak kenderaan
3) Cuba usahakan supaya kedai runcit yang ada di hadapan pasar itu dipindahkan atau membayar pampasan untuk merobohkannya jika tapak itu milik kerajaan atau MDPP. Dengan cara ini, pasar tidak lagi akan terlindung dan tapaknya boleh dijadikan tempat letak kereta. Jika tapaknya milik persendirian, tiada apalah yang boleh dibuat.
ini respon drp YBhg Dato' Riduan.....

Saudara Wan Malek .
Cadangan saudara bagus untuk diketengahkan sekiranya ada peruntukkan, Pihak berwajib mestilah menyediakan satu Master Plan bagi Pembangunan Pekan Cowboy Cherang Ruku, sebelum usaha seterusnya dibuat, Saya ada mendengar dari pihak YB terdahulu yg mereka telahpun menanda dan mewartakan satu kawasan diPauh Dara, Jalan Lama Cherang Ruku Ke Kuala Besut untuk dijadikan Pekan Baru Cherang Ruku, pembangunan Campuran, akan tetapi apakan daya pihak mereka kalah diPRU 13. Saya sebagai anak Jati Daerah Semerak berharap benar agar YB baru kita dapat membuat sesuatu untuk memajukan DUN Semerak amnya Pekan Cherang Ruku.

Semasa saya bersekolah diCherang Ruku awal tahun 60 an, Pekan Cherang Ruku mempunyai pejabat kecil Daerah, apa telah jadi? Sekarang sudah tiada lagi, dulu sekiranya lembu dan Biri-biri berkeliaran ada pihak yg akan menangkapnya dan mengeluarkan kompaun kpd tuan punya, dulu ada juga org atau pegawai yg dipertanggung jawabkan.

Sekali lagi saya sebagai anak jati Daerah Semerak berharap benar agar YB baru kita CG Awi buat sesuatu sebagai peninggalan untuk generasi yg akan datang, Biar Simpulan bahasa berkata “Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggal Nama”jadikanlah dan ubahkan Daerah Semerak @ Cherang Ruku dari Pekan Cowboy kepada pekan satellite,Insaallah saya percaya akan kobolehan Pemimpin YB muda ini.

Terima Kasih dan Salam Jumaat.
Riduan.
KL 11.33 pg.

Note:
Saudara sekiranya saudara ingin menyiarkan komen saya, pendekkan nama saya kepada Dato’Riduan sahaja.
TQ

No comments:

Post a Comment