Sunday 15 September 2013

Terbitan Khas

Nelayan Tok Bali Protes

13 Sept 2013 keluar dalam berita tv1 jam 8 malam tentang keresahan nelayan-nelayan tradisional di Tok Bali dan Bachok yang terjejas teruk mata pencarian mereka akibat aktiviti pemunggahan bijih ke kapal kargo luar negara yang berlabuh 3 batu nautika dari pesisir pantai. Esoknya keluar pula dalam Sinar Harian Edisi Timur.
Sebelum mana-mana pihak dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan, isu ini hendaklah terlebih dahulu diketahui siapa sebenarnya dibelakang aktiviti ini.
Pertama, permit melombong dan memindahkan bijih-bijih ini sudah tentulah dibawah kuasa kerajaan negeri.
Kedua, permit kapal masuk dan membawa keluar bijih ini dari Malaysia ke negara luar sudah tentulah pula di bawah kerajaan pusat.
Oleh itu, jika kumpulan yang memprotes semalam itu didalangi oleh UMNO, mereka silap kerana lupa bahawa kerajaan pusat pun ada peranan penting dalam isu ini.
Jika kumpulan itu terdiri dari semua pihak dan tidak didalangi oleh mana-mana parti politik, maka tindakan itu adalah lebih wajar.
Apa yang perlu sekarang ialah penyelesaian dibuat dengan kerjasama kedua-dua pihak kerajaan pusat dan negeri.
Kerajaan pusat hendaklah diwakili oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan sementara negeri pula diwakili oleh Menteri Besarnya.
Jika aktiviti perdagangan ini terpaksa diteruskan kerana kontrak yang telah ditandatangani dan disebabkan itu pendapatan nelayan-nelayan ini terus terjejas, kebajikan mereka harus diambil perhatian seperti membayar pampasan yang sewajarnya kepada mereka.

Like · · Unfollow Post · Share · Edit

  • Ibrahim M Hassan Bsk Pembanguan tidak datang dengan mudah.Jika mahu pembangunan perlu berkorban ekosistem.Berfikir pendek jika pelabohan dimansuh.kita kerugian dengan pekerjaan, kuasa beli dan harga murah.Pelabohan akan muncul, peroses pemugahan barang import eksport akan berlaKU.Akan wujud insuran pekerja dan penghantaran barang barang.pertambahan penduduk akan laju kuasa beli.
  • Ridzuan Rashidi kacairan ekonomi negeri kelantan akan lebih rancak lagi...lebih2 lagi siapnya sepenuhnya pelabuhan tok bali...eksport bijih besi dan pelabuhan perlu diteruskan...penting merancakkan lagi ekonomi yang pentingnya khususnya bumiputra melayu kelantan....sebagai contoh:pemilik melayu yang memiliki hasil sawit dan dijual kepada paraih/tauke cina...dan inilah yang berlaku....dikelantan seperti kemayang terdapat pemilik melayu bumiputra tanahnya mengandungi bijih besi (di sini PENGAWALAN).....dilihat dari segi adanya PELABUHAN....setiap kapal yang berlabuh akan mencairkan wang masuk kepada penduduk setempat dari segi urusan jual beli ini penting kepada penduduk setempat....kerja2 kapal sebagai contoh...1- kerja2 pemunggahan air bersih dan bahan makanan ke dalam kapal....2- kerja2 mencuci bendelir dan karat2 kapal....kerja2 hanya sementara menunggu kapal penuh...contoh sekarang pelabuhan pasir gudang.....
  • Ridzuan Rashidi salah satu kecairan ekonomi hasil pembangunan tersebut bermula kecairan kepada perunding tanah....perunding ukur....ejen hartanah...peguam....tuan tanah....pelombong....pengusaha lori...pemandu lori.....rakyak sekitar....bagi menggiatkan lagi pengurusan pembangunan adalah pihak kerajaan pusat dan pihak kerajaan negeri....oleh itu pengkhususan kerja2 yang akan berlaku nanti mohon pihak berwajib khususnya kerajaan melakukan secara sistematik untuk membolehkan ramai golongan melayu bumiputra tempatan dikenali sebagai tauke dalam setiap pekerjaan nanti.....insyaallah...
  • Cucusulong Hj Pok Him gapo hubung kait antara punggah bijih dgn kemerosotan tangkapan ikan oleh nelayan tradisional?..apakah laluan tongkang akut bijih tu ko kapal > telah ganggu laluan ikan atau bot2 nelayan tempatan..mitok sapo2 bulih tulong ccerah
  • Wan Malek mengikut orang2 yg bercakap dlm tv hari tu, dia kata pukat2 mereka habis putus dan rosak dilanggar oleh tongkang2 yg berulangalik itu dan juga oleh sauh besar kapal kargo yg berlabuh selain drp ikan takdak dlm kawasan tangkapan biasa mereka
  • Wan Malek saya cadang kerajaan buat penandaan garisan kawasan larangan dan gazetkan, lepas tu panggil semua nelayan2 bermesyuarat melalui persatuan nelayan utk memaklumkannya

    No comments:

    Post a Comment