Saturday 14 September 2013

Terbitan Khas

Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Wakil Rakyat
Ada orang bertanya kepada saya mengapa saya menulis cadangan kepada Majlis Daerah Pasir Puteh supaya pasar Semerak dimajukan tetapi tidak menulis ucapan terima kasih kepada wakil rakyat yang telah mengetar kawasan sekeliling pasar itu. Saya berkata ada 3 sebab.
Pertama: kerja2 membaikpulih infra-struktur seperti mengetar semula jalan, kawasan meletak kenderaan, membaiki longkang, jambatan atau lain2 adalah sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab utama sesiapa sahaja yang menjadi wakil rakyat dalam membangunkan kawasan yang diwakilinya. Oleh itu, ucapan terima kasih tidak perlu dijadikan sebagai amalan yang berbentuk 'obligation' oleh rakyat terhadap wakil rakyat.
Kedua: sememangnya beliau pun dibayar elaun utuk melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat.
Ketiga: hanya seorang sahaja yang tahu apa peranan sebenar saya secara tak langsung dalam kaitan dengan kerja2 yang telah dilakukan itu.
 

No comments:

Post a Comment