Monday 30 September 2013

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 25)
Saya masih mengamalkan apa yang dikata oleh Tun Dr Mahathir Mohemad satu masa dulu, "seorang pemimpin bukan sahaja bersih tetapi mesti dilihat bersih" Maka jika bersih dari politik wang tetapi tidak dilihat bersih dari politik wang akan juga bermasalah. Baik bersihkan diri dari politik wang dengan tidak berkempen mencari sokongan.. kerana orang saperti saya sudah 13 tahun mengabdi diri dgn UMNO Bandar Tun Razak perlukah lagi nak berkempen, bagi wang dan belanja makan minum, Jika saya lakukan, ini memberi erti bahawa masa saya memegang jawatan telah mendapat banyak imbuhan langsung dan tidak langsung dari projek yang saya terlibat. Maka saya sayangkan jawatan ini kerana dia sumber kehidupan saya. Jika saya tidak bergantung kehidupan dengan jawatan dlm UMNO untuk apa saya bimbang kalah dan menang. Jika saya tidak terlibat dengan salah laku itu.. kenapa saya perlu berkempen? Terserahlah kepada perwakilan. Saya berterima kasih dan hargainya keputusannya.

No comments:

Post a Comment