Thursday 5 September 2013

Terbitan Khas

Saya Sebagai Penganalisis dan Pengkritik Bebas
Saya telah awal2 memaklumkan secara terbuka bahawa sikap terkini saya ialah 'non-partisan' tetapi bukan jenis yg bisu. Saya telah awal2 memaklumkan secara terbuka juga bahawa saya tidak akan menyertai mana2 parti lain buat sementara waktu ini, walaupun saya sudah meninggalkan parti UMNO. Saya akan menulis sebagai seorang penganalisis dan pengkritik bebas iaitu apa yang baik dalam UMNO saya akan sokong, apa yang tidak saya akan kritik. Begitu juga dalam PAS, apa yang baik saya akan sokong, apa yang tidak saya akan kritik juga. 

Dalam hal ini sudah tentulah lebih banyak yang telah saya kritik terhadap UMNO berbanding PAS dan saya dapati kepimpinan UMNO sudah menjadi lasak dengan kritikan2 keras saya. Manakala PAS pula, saya nampak belum lasak dan masih agak sensitif terutamanya bekas ADUN Semerak. Jika kritikan tidak boleh diterima secara positif, saya rasa sikap pihak yang berkenaaan harus berubah. Perubahan yang diperlukan ialah membuang rasa ego dan rasa sempurna kerana ianya tidak semestinya begitu apabila orang lain melihat sesuatu itu 'from the other side of the coin'.

No comments:

Post a Comment