Sunday 29 September 2013

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 22)
Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini saya terasa sayu, bila minum pagi di Tanglin di Belakang Masjid Negara.. seorang yang saya kenal sebagai ahli UMNO di Bahagian saya di Bdr Tun Razak, membayar minum pagi saya, walau pun nilai yang saya minum tidak mahal tetapi pembayaran itu menginsafkan saya akan sekian lama, saya sedari bahawa ada juga ahli2 UMNO yang menghargai saya. Salepas membayar minuman saya.. dia datang berjumpa saya dan berkata.. Saya akan undi tuan kedua sekali, Naib Ketua UMNO Bahagan dan Majlis Tertinggi, saya pun dah minta yang lain undi tuan, ujarnya. Saya kata padanya, saya mohon maaf kerana tidak berkempen dan berjumpa perwakilan UMNO Bahagian dan juga bagi wang. Dia membalas kata saya sebelum pergi, mereka itu gunakan wang untuk tidak berkerja dan berkhidmat saperti tuan. Alhamdulilah ada juga ahli UMNO yang masih boleh berfikir dikawasan saya.

No comments:

Post a Comment