Wednesday 25 September 2013

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 22)
Posting Pilihan Dari Facebook

  1. Peraturan berkempen yang baru diperkenalkan ini
    tujuannya semata-mata membendung 'politik wang'
    tujuannya sangat bagus
    untuk tujuan supaya UMNO bersih
    dan dilihat bersih
    supaya dengan itu imejnya bersih
    dengan pemimpin2 yang dipilih itu bersih
    kerana yang tidak bersih akan terperangkap dengan peraturan baru ini
    dan mereka pun dihapuskan
    sejauh manakah keberkesanan peraturan baru ini?
    apakah Lembaga Disiplin benar2 mampu menjalankan tangungjawabnya dengan berkesan?
     
    Mengikut undang2 berkempen yang baru
    nampaknya calon2 tidak lagi bebas seperti dahulu
    dulu undang2 bukan tak ada
    tetapi tidak begitu dipatuhi
    sekarang lebih ketat dengan pengawasan yg lebih ketat juga
    samada ianya betul2 dipatuhi atau pun tidak
    adalah soal lain
    ramai calon yang masih boleh melanggar peraturan2 itu
    dan melepasi hukuman
    kerana bukan undang2 itu yang penting
    tetapi penguatkuasaannya yang harus dipertingkatkan
     

    • Wan Malek di tempat saya, Pasir Puteh, saya tak yakin semua calon akan mematuhi syarat2 baru ini
     

No comments:

Post a Comment