Thursday 19 September 2013

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 13)

Esok 21hb Sept 2013 hari serah borang bagi mereka yang akan bertanding dalam UMNO Bahagian. Saya baru sahaja mendapat pengesahan bahawa Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh akan ditentang oleh YBhg. Datuk Hj Kamaruddin Md Nor, mantan Ketua. 

Beliau dianggap calon paling sesuai untuk menentang YB Cikgu Zawawi Othman. 

Dengan itu, ini bermakna bahawa kedua2 tokoh ini akan masuk semula gelanggang untuk bertarung sekali lagi. Pada 8hb November 2008 yang lalu, mereka berdua telah bertemu di gelanggang yang sama yang menyaksikan YBhg Datuk Hj Kamaruddin kalah kepada YB Cikgu Zawawi dengan majoriti 43 undi.

Selepas memenangi jawatan ini, pada 5hb Mei 2013, YB Cikgu Zawawi telah menang pula dalam pilihanraya umum ke-13 untuk DUN N31 Semerak menumpaskan calon PAS Wan Hassan Wan Ibrahim.

Dengan dua kemenangan berturut-turut itu, sudah tentulah YB Cikgu Zawawi dianggap mempunyai 'advantage' keatas YBhg Datuk Hj Kamaruddin. Maka ramailah yang beranggapan bahawa YB Cikgu Zawawi tidak akan menghadapi jalan sukar untuk terus menang lagi dalam pemilihan ini. Apalagi apabila YB Cikgu Zawawi telah berjaya mengetuai UMNO dan BN Pasir Puteh menawan dua daripada empat kerusi DUN pada PRU13 itu.

Dalam artikel ini, saya ingin menarik perhatian pembaca-pembaca terutamanya para perwakilan kepada sesuatu yang mungkin sudah dilupakan. Terdapat dua senario politik yang berbeza diantara kedua-dua tokoh ini. Kalau diimbas kembali zaman UMNO Bahagian Pasir Puteh dibawah YBhg Datuk Hj Kamaruddin, pernah juga berlaku apabila dua DUN dimenangi BN tetapi sekaligus parlimen pun menang juga. Sebaliknya, dibawah YB Cikgu Zawawi, walaupun dua DUN dimenangi BN, namun parlimen kalah. Ini membuktikan bahawa jikalau kemampuan dan prestasi diambilkira, maka YB Cikgu Zawawi sebenarnya bukanlah boleh dianggap sebagai 'sangat' berjaya sepertimana yang sesetengah pihak menganggapnya sehingga beliau pun dianggap layak pula untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi atau MT.

Oleh itu, para perwakilan hendaklah melakukan sedikit 'homework' atau 'kerja rumah' sebelum membuat keputusan siapa yang hendak dipangkah nanti.YBhg Datuk Hj Kamaruddin adalah seorang ketua yang sudah mempunyai banyak pengalaman memimpin seperti semua orang tahu dan ini sebenarnya adalah lebih baik jika kita mahu UMNO dikembalikan semula kepada landasan asal selaras dengan apa yang termaktub di dalam perlembagaan parti, terutamanya demokrasi dalaman.

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis dan Pengkritik Bebas.

   

No comments:

Post a Comment