Wednesday 4 September 2013

Terbitan Khas

Koleksi Komen-Komen Terpilih Dalam Facebook (siri 1)
(akan dikemaskini dari masa kesemasa menyentuh apa sahaja isu dan semua komen tidak diedit semula)
Kerajaan umum harga minyak nail 20 sen seliter. Ada banyak pendapat memberi respon, ada yg marah dan ada yg tak marah. Apa pun kita kena rasional, kita terlibat secara langsung adalah nak isi minyak kereta atau motorsikal, sehari kalau pakai purata 5 liter maka kita baru kena tambah seringgit, kalau dibandingkan keperluan nilai seringgit amat kecil dan boleh kita kurbankan demi kesejahteraan ekonomi negara disamping macam2 sumbangan kerajaan percuma kepada kita seperti kos kesihatan, pendidikan dll. Kepada pengguna komersial kenaikan pasti beban dapat di kongsi dengan pengguna khidmat seperti kenderaan penggangkutan.....
Kepada mereka yg tidak setuju dengan kerajaan pendapat mereka pasti condong kepada semuanya negetif, sama2 kita doakan semoga Allah memelihara negara kita.


Saya dimaklumkan ada bank di negara kita yang semacam tidak memberikan kelonggaran kpd kakitangan islam untuk menunaikan kewajipan solat. Katanya, jika ada mana2 kakitangannya yang didapati solat, namanya akan direkodlkan. Saya harap ada pihak membuat pemantauan dan jika ianya benar2 berlaku, sesuatu harus dilakukan untuk membetulkannya.

Nawi Alias Satu berita yang tidak mustahil atau memeranjatkan memandangkan ada beberapa insiden yang saya lihat telah dan sedang berlaku di keliling kita. Orang Islam sendiri mesti berdisiplin, tegas dan berani menghadapi isu semacam ini dan tidak seharusnya membiarkan "kita dipijak kepala". Di sebaliknya pula, orang Islam harus menggunakan kebijaksanaan waktu mana dan berapa lama mengambil masa untuk solat! Kalau saya dapat maklumat teperinci saya tidak ragu-ragu untuk bertindak dan menentukan "tidak ada diskriminasi sebab seseorang itu bersolat".

Datuk Shamsuddin Haji Tahir Itu sudah melampau.ini akibat kita selalu tolak ansur.pengurus bank tu memang bangsat. 

Wan Atikah Wan Malek boleh solat, tp tak boleh lebih daripada masa yg dihadkan...di fahamkan, x boleh lebih 5 minit camtu..agak terikat untuk melakukan kewajipan kita kepada Allah swt. lebih baik dibayar gaji sedikit,asallan dpt solat, daripada gaji lebih tapi tidak dpt luangkan masa dihadapan Allah. 

Nushirwan Ab. Rahim ia amat berbeza dgn pengalaman ambo bekerja dibawah omputeh di uk, bkn negara islam pon, cuma 5% jer islam. tapi pengalaman ambo ada beberapa kali dlm masa ambo kerja tapi bila time solat, org islam dibenarkn utk keluar solat, begitu jugak bila dlm seminar atau perbincangan ilmiah kalau dah waktu solat mmg tak ada masalah, lagi pon time solat setiap waktu berubah2 dlm kadar yg besar pada tiap musim. ada sekali tu ambo kijo di kilang pembuat biskut masa summer, ambo di production line packaging, masa tu mmg bz sgt, tk ada masa utk rehat zohor. Waktu tea break sebelum zohor lg... masa tu kira2 setengah jam nk asar, ambo blom zohor, dlm hati ambo tunggu lg dlm masa 10 minit, ambo nak g solat gak. Lps jer ambo terniat gitu, tokey kilang tu perhatikn ambo, dia g dekat ambo & ckp "i believe you always take a break for pray, but don't you have to pray today?" ambo ckp i will ask someone to replace me to pray but they seems so busy, so i'll wait another 5 to 10 minutes...dia jawab "no, no go first, i'll handle your section while you go" dgn selamba dia halau & ambek tugas ambo. Hmmm  

Sabarudin Mohd Noor maso naik gaji dop maroh kerajaan...senyap dikkk jah...tp kerajaan amik kelek rm0.20 pun geger doh dio....kedekutnyooo demo...pah guano kerajaan nok bayar gaji mahal2 ko set demo...pah guano kerajaan nok bui bonus ko set demo kalu amik kelek 20 sen pon demo geger....

Lailaton Azwa Waid sia-sia je naik gaji kalo dalam masa yang sama harga minyak naik gak.. konon nak cover utk gaji & bonus walhal tak fikir ke kesan yang lebih besar dari itu? kerana minyak naik, harga barang & perkhidmatan semua naik.. so, kalo naik gaji rm80, tapi harga barang harian naik jugak, tambang sekolah anak2 naik jugak, wat gapo naik gaji? +/- lebih kurang je.. dan yg lagi kesian pada orang miskin yg takde kenaikan gaji sbb keje swasta.. gaji depa maintain seribu tapi harga barang naik berganda2.. tu namanya zalim...

ce fikir guna matematik, bukan atas dasar taksub sangat dengan pihak tertentu.. fikir dengan cara cerdik la.. contoh: kalo dulu belanja skolah mak bagi 30sen je sehari (masa tu gaji rm400 je tapi boleh survive), tapi zaman sekarang mak kena bagi rm2 sehari (masa ni gaji minimum 900 tapi boleh survive takat tengkok je)... tak kan tak fikir kot? adoiiiii.... tiap kali naik gaji, tiap kali tu jugak la naik harga barang.. yg keje kjaan ok la sbb naik gaji, yg lelain tu? dizalimi....!!! fikirlah, bukalah mata hati...


Lailaton Azwa Waid Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
[Kenaikan RONA RONA 97 Pula...]

Mungkin dah jadi kebiasaan pihak kerajaan untuk buat "Suprise" kepada Rakyat Malaysia dan saya faham, ia mungkin untuk mengelakkan spekulasi harga minyak dan mengimbangi
kos perbelanjaan kerajaan, tapi apa kata cuba pihak Kerajaan yang memerintah mengelakkan atau jangan jadikan kenaikan minyak sebagai solusi utama kerana Minyak kenderaan merupakan medium paling utama di dalam pengangkutan darat, udara dan laut di dunia. Dan semua barangan atau perkhidmatan hampir semua akan melibatkan kos minyak, makanya ini memberi peluang kepada ramai peniaga untuk menaikkan harga produk atau perkhidmatan mereka secara melampau Contoh, Rona Rona 95 & 97 naik 20 sen tetapi harga teh tarik yang biasanya RM1.50 pun akan dinaikkan ada yang 50 sen. Apakah korelasinya kenaikan minyak 20sen dengan kos teh tarik mamak naik harga? Bukan sekadar kerana supplier teh cap kubur yang hantar teh semalam naikkan harga teh kerana minyak naik tetapi sebab mamak tu nak balik kampung di india nanti, kos kapalterbang telah meningkat, kos bas sekolah meningkat, kos saraan cikgu ke sekolah meningkat, kos buku sekolah meningkat kerana kos minyak nak hantar buku meningkat dan masalah rasuah pun mungkin meningkat.

Apa kata, ini cakap sahaja, sebagai saya Pemuda yang belum jejak umur 40-tahun dan rakyat Malaysia yang kesian melihat kos sara hidup pasti akan mencanak-canak dengan segera ini, saya mencadangkan pihak kerajaan melakukan 3 perkara dibawah ini:-

1- Kurangkan kos lain-lain yang merugikan atau tidak menguntungkan rakyar secara direct, biasa pegawai naik biz class, mungkin turunkan jadi ekonomi. Maksud saya, cari dan perketatkan cara kerajaan berbelanja supaya tidak perlu naikkan harga minyak atau bahasa lain, tidak perlu kurangkan subsidi minyak kerana kesannya secara economic of scale adalah terlalu obvious kepada sekalian rakyat.
2- Naikkan cukai harga rokok, arak dan pusat perjudian atau yang sewaktu dengannya
3- Tangani kebocoran wang yang mungkin ada disebabkan masalah rasuah atau over price untuk sesuatu projek, jika ada.

Saya beri pandangan ini bukan kerana saya pandai tetapi makcik basuh yang cuci pejabat kami yang cakap macam tu. Saya sampaikan jer. #DrAzizanOsman #NajibRazak
P/S

1. Saya bersyukur Malaysia aman dan saya percaya pemimpinnya perihatin dengan rakyat. 2. Tolong jangan komen tentang politik atau provikasi politik kerana ini bukan masanya untuk kempen pilihanraya. Cukuplah komen "Bantulah kami rakyat Malaysia!".
3. Saya tahu apa yang saya tulis atau komen serta pandangan rakyat Malaysia mungkin tidak penting kerana pakar ekonomi yang menasihati DS Perdana Menteri bukan ada Facebook kot. Tapi nak suarakan sahaja simpati sebab saya usahawan dan saya juga pernah bekerja serta ada anak-anak dan keluarga, kesian sebenarnya kepada mereka.
 

No comments:

Post a Comment