Monday 30 September 2013

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 25)
Posting Pilihan Dari Facebook
Ada kawan2 dalam FB yang bertanding dalam pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh
Ada yang aktif
ada juga yang tidak
yang aktif pula
ada yang banyak berinteraksi
ada juga yang cuma ucap salam dan selamat sahaja tiap-tiap hari
kalau pagi diucapnya salam dan selamat pagi
kalau petang diucapnya salam dan selamat petang
kalau malam diucapnya salam dan selamat malam
itu sahaja kerjanya tiap2 pagi, tiap2 petang dan tiap2 malam
idea lain tak ada
kalau ditanya apa2
beliau tidak pun menjawab dengan baik
kalau dicadangkan apa2
beliau tidak pernah pun memberikan sebarang respon
tapi beliau nak menang dan hari2 sudah berkempen sekarang
dengan memaparkan nombor calonnya
saya rasa UMNO Bahagian Pasir Puteh akan rugi
jika orang yang terlalu pendiam seperti ini dipilih
orang seperti ini biasanya akan menjadi 'yesman' sahaja
yang hanya tahu mengangguk sahaja
selain daripada salam dan selamat pagi atau petang atau malam

No comments:

Post a Comment