Monday 30 September 2013

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 29)
Presiden tidak bertanding
Timbalan Presiden pun tidak juga
paling atas bertanding bermula dengan Naib Presiden
dari tiga penyandang
tiga mencabar
penyandang tidak menjelajah keseluruh negara berkempen
sebab sudah bertahun2 membuat kerja ke sana ke mari
maka semua orang sudah kenal mereka
pencabar kena round jumpa perwakilan
itu perkara biasa kerana mereka perlu berkempen untuk menentang penyandang
begitu jugalah diperingkat Bahagian
penyandang tidak perlu berkempen sebenarnya
kerana sudah bertahun2 ke sana ke mari membuat kerja
tetapi pencabar kena jalankan kempen
yang saya rasa pelik sikit di tempat saya
pencabar nampak 'cool' dan 'relax'
tetapi penyandang macam kucing jatuh anak
masuk kampong keluar kampong berkempen
anak2 buahnya pun sibuklah memaparkan setiap inci pergerakan bosnya ke dalam FB
kononnya bosnya itu kuat bekerja dan perlu disokong untuk terus menerajui Bahagian
apakah tandanya itu?

No comments:

Post a Comment