Saturday 14 September 2013

Terbitan Khas

Seruan Kepada Mereka Yang Berminat Untuk Bertanding
Di Pasir Puteh saya peminat nombor satu terhadap orang-orang yang berkelulusan tinggi. Saya sangat menghormati dan memuliakan mereka sehingga saya berfikir jikalau golongan inilah yang menjadi pemimpin politik dan pemimpin negara, alangkah bagusnya kerana zaman sudah berubah. Dulu, orang yang lulus darjah enam pun boleh menjadi pemimpin politik dan calon pilihanraya, zaman sekarang tidaklah lagi begitu. Sudah tentulah orang yang berpelajaran tidak sama tahap ilmu yang dimiliki. Sebab itu saya selalu berkata, berikanlah jalan dan peluang kepada mereka pula. Yang kurang berkelulusan, masih boleh menjadi pemimpin juga tetapi undurlah sikit ke belakang supaya golongan berpendidikan boleh mengisi tempat di hadapan.

No comments:

Post a Comment