Tuesday 3 September 2013

Terbitan Khas

Kontroversi Filem Tanda Putera
Kesimpulannya filem 'tanda putera' yang mengandungi dua babak.. satu babak Mei 13, dan satu lagu hari-hari terakhir Tun Razak Hussein sebelum meninggal dunia. Filem itu walau pun di katakan berdasarkan fakta tetapi faktanya yang mengistiharkan dharurat ialah Tunku Abd Rahman sendiri dan bukan Tun Dr ismail Abd Rahman.. dan pengistiharan itu tidak menyebut Parlimen di bubarkan hanya Parlimen di gantung.. di mana ahli-ahli yang menang tidak mengangkat sumpah. Begitu juga pada petang Mei 13, Tentera telah mengambil tempat dibeberapa kawasan penting dan berkemah dan pada malam itu juga IPK Kuala Lumpur di High Street sudah di aktifkan. Tunku dan Tun Razak di beri taklimat malam itu juga.. Pergaduhan di Setapak dan pembunuhan di panggung wayang Odeon hanya cerita mulut.. tidak ada bukti bertulis.
Wan Malek saya dah kata, kadang2 filem seperti ini tidak semestinya tepat dari aspek sejarahnya dan juga tidak semestinya tepat dari aspek mesejnya, yang tepat ialah keuntungan yg akan diperolehi oleh penerbitnya kerana kerajaan sendiri memaninkan peranan utk mempromosikannya secara berlebih-lebihan terutama oleh orang2 politik
Zul Rusdi kita akui ketika itu berlakunya jurang sosial dan ekonomi yang ketara di kalangan kaum yang berbeza. Ini disebabkan agenda pihak Inggeris yang mengamalkan dasar pecah & perintah sebelum itu. Satu cabaran buat kepimpinan Tun Razak ketika itu. Jika dilihat dari perspektif perpaduan, filem ini amat bagus untuk memupuk perpaduan terutamanya kepada generasi pasca merdeka. Dari filem ini, kita tahu bahawa tiada perkara yg lebih penting dalam acuan demokrasi selain daripada PERPADUAN KAUM.
Syed Abdul Rahman Kuning Mmg tepat pendapat Zaharin Mohd Yasin. Tapi saya lihat pengarah ini buat filem berladaskan peristiwa bersejarah tak serius sangat .... Dia buat sbb ada fund mudah dan bentuk geran. Walau apa pun anak2 muda yg tak tahu pasal May 13 akan ambik tahu bila Tanda Putra jadi isu . Inilah peristiwa yg memberi kesan melahirkan DEB dan memberi kesenangan kpd ramai anak melayu hingga berjaya. Kita sedekahkan AlFatihah kpd roh mereka yg gugur dalam peristiwa itu AFFATIHAH
Zaharin Mohd Yasin Saya kenal mereka berdua.. Tun Dr Ismail Menteri KDN suka menonton filem.. maka dia selalu ke Filem Negara.. pihak Lembaga Penapis Filem akan menyediakan sedikit jamuan untuk dia dan keluarganya dan ada masa filem yang di haramkan dia akan tengok dulu.. Saya akan bertugas menjaga makan minumnya.. masa itu belum ada ketering.. Tun Dr Ismail terkenal dengan paipnya.. dlm filem itu tidak satu babak Tun Dr ismail bercakap dengan Tun Razak dengan menghisap dan memegang paipnya.. Tun Dr Ismail cukup di gentar oleh orang2 termasuk menteri dan pegawai kerajaan.. ialah bila dia mengetuk-ketuk paipnya dan semua orang tahu... jika tangannya melepaskan paip dan letakan.. makna dia marah..
Zaharin Mohd Yasin Suhaimi Baba tidak menyelidik cara duduk.. cara jalan.. cara mereka bercakap.. Tun Razak dan Tun Dr Ismail tidak pernah meninggikan suara dlm apa keadaan pun.. Satu babak patut di tunjukan ialah bila Syed Jaafar Albar cuba membantu rakan Cina melepaskan anak yang di tangkap oleh KDN.. Tun Dr Ismail berkata. 'saya boleh lepaskan dia.. tetapi boleh Tuan Syed gantikan lelaki Cina itu masuk ke dalam?' Itulah ketegasan Tun Dr Ismail.
Zaharin Mohd Yasin Tak payah tanya professor sejarah.. tanya dengan saksi2 hidup yang pernah berkerja dengan kedua Tun itu.. masih banyak yang masih hidup.. Tanyalah Tan Sri Macheal Chen yang dikira cukup rapat dengan Tun Razak dan pasukan pertama di hantar ke China untuk membuka jalan perhubungan Malaysia.Cina..
Rusman Idris Mengapa pula film ini tidak baik, filem sebeginilah patut kita sokong sebagai orang lama utk generasi muda. Jgn mudah orang Melayu diperlekeh. Sukar utk menggambarkan fakta sejarah dengan tepat dlm filem tetapi dlm Tanda Putera ASAS KEBENARAN sejarah itu ada. Cuba kita kaji filem sejarah barat spt Cleopatra; The Fall of Roman Empire, Ben Hur dll juga banyak yg kurang tepat tapi ada NILAI SEJARAH. Oleh itu marilah golongan muda tonton Tanda Putera, kaji nilai sejarah, buat analisis demi memartabatkan Melayu di TANAH MELAYU kita.     
Zaharin Mohd Yasin Sebenarnya tak perlu menceritakan kesedihan dlm filem itu.. sebaliknya menceritakan bagaimana Tun Razak bekerja dengan pasukannya terdiri beberapa orang pegawai bukan melayu.. chek betul2 bahawa DEB di ketua oleh Raja Mohar tetapi pegawai sokongan banyak pegawai ekonomi bukan melayu.. saperti rama iyer. chong hong nyan.. patmanaban.. dll.. Tun Razak terkenal dengan ;buku merah'nya bukannya tengok sekolah nak kopak..
Ali Bukhari Amir Seandainya arwah A Samad Ismail masih lagi hidup, dia yang kan ke depan bagi mengkritik Tanda Putera ini. Banyak rahsia Tun Razak yang tersimpan di dada Pak Samad khabarnya. Ya, boleh buat Tanda Putera versi 2 kalau Umno berani keluarkan subsidi (eh, bajet, dana filem).  
Petang tadi berbual panjang dengan Datuk Samad Maharuddin, abang tua saya dlm politik. Beliau pernah berkerja sebagai pegawai Akbar dengan Datuk Harun Idris. Kami bertukar maklumat dan dia membenarkan sebab kami sama2 berada masa petang Mei 13 di rumah MB Selangor bermula rusuhan kaum. Datuk Harun Idris pakai baju putih lengan panjang yang di sensing sampai kepengkal lengan, dia berucap atas Bas Sri Jaya yang membawa pekerja2 bas itu untuk ikut sama berarak, Dlm filem 'Tanda Putera' Datuk Harun Idris berucap pakai bush jacket dan kemudian dia pitam@pengsan.. sebenarnya tidak begitu.. Datuk Harun Idris masuk kerumah untuk berjumpa dengan wakil2 rakyat Selangor. Dan kami setuju dengan desakan Lim Guan Eng akan babak kencing bendera Selangor dirumah MB Selangor di tiadakan, kerana tiang bendera itu dlm kawasan rumah.. tak ada sesiapa yang masuk.. yang ada ialah pada Mei 12, ada kumpulan bersorak-sorak depan rumah itu.. Sepatutnya Finas dan Suhaimi Baba perlu berhati-hati bukan main hentam kromo nak menghabiskan grant RM4.4juta..
  

No comments:

Post a Comment