Friday 20 September 2013

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 14)

Saya tidak tahu apa yang akan diambilkira oleh majoriti perwakilan untuk memilih calon-calon yang mereka kehendaki nanti.

Sudah tentulah pelbagai asas akan digunapakai. Ada yang akan memilih berdasarkan perkara-perkara seperti berikut:
1) kerana hubungan peribadi yang rapat
2) kerana termakan budi melalui pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan
3) kerana berpuas hati diatas pencapaian dan mutu kepimpinan

Golongan pertama dan kedua adalah golongan yang mengutamakan kepentingan diri. Biasanya mereka ini terdriri daripada perwakilan yang memegang jawatan politik dan juga mereka yang mendapat habuan melalui saluran politik seperti pengerusi-pengerusi JKKKP, kontraktor atau sebagainya. Manakala golongan ketiga pula, itulah golongan perwakilan yang tahu dan faham tentang kewajipan sebenar mereka. Merekalah yang akan menggunakan kesempatan ini secara waras disebabkan mereka tahu bahawa undi mereka bukan untuk kepentingan diri mereka sendiri. Mereka tahu bahawa undi mereka tidak boleh silap kerana kesilapan memilih akan mengakibatkan parti dipimpin oleh orang tamak yang akan menyalahgunakan kuasa.

Artikel saya pada kali ini bertujuan mengajak para pembaca dan perwakilan merujk kepada sejarah kepimpinan kedua-dua tokoh yang akan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh.

Mula-mula marilah kita imbas secara ringkas sejarah kepimpinan YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor. Diawal-awal tahun 70'an lagi, beliau telah terlibat dengan salah satu daripada jawatan utama sebuah pertubuhan yang besar diperingkat nasional dan antarabangsa. Jawatan yang saya maksudkan itu ialah Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM. Pada masa yang sama, beliau memegang jawatan Secretary General, World Association of Muslim Youth atau WAMY Asia Pacific.

Dalam dunia perniagaan pula, beliau pernah terlibat sebagai seorang tokoh korporat bagi sebuah kumpulan syarikat yang disenaraikan di BSKL. Pada masa itu, beliau sudah pun mulai aktif dalam UMNO Bahagian Pasir Puteh.

Mengenai pengalaman memimpin UMNO Bahagian Pasir Puteh pula, beliau telah memegang jawatan Ketua untuk beberapa penggal sehinggalah pada tahun 2008 apabila YB Cikgu Zawawi bertanding dan mengalahkannya.

Merukuk kepada YB Cikgu Zawawi pula, tidak banyak yang boleh saya perkatakan tentang beliau. Beliau hanyalah seorang guru biasa yang melangkah naik dari jawatan Ketua Pemuda terus kejawatan Ketua Bahagian. Selain daripada itu, beliau tidak mempunyai pengalaman terlibat dalam mana-mana pertubuhan besar lain kecuali pengalaman politik ini sahaja dan pengalaman politiknya ini pun tidak juga setanding dengan pengalaman politik YBhg Datuk Hj Kamaruddin.  

Disebabkan perbezaan latar belakang kepimpinan itu, maka sudah tentulah corak dan nilai kepimpinan mereka berbeza. YBhg Datuk Hj Kamaruddin pernah terlibat dalam kepimpinan sebuah pertubuhan besar diperingkat kebangsaan dan antarabangsa, YB Cikgu Zawawi tidak pernah. YBhg Datuk Hj Kamaruddin pernah menjadi seorang tokoh korporat, YB Cikgu Zawawi tidak pernah. YBhg Datuk Hj Kamaruddin pernah memimpin UMNO Bahagian untuk beberapa penggal, YB Cikgu Zawawi baru sepenggal yang lalu.

Yang sama ialah menjadi ADUN kerana YBhg Datuk Hj Kamaruddin pun pernah menjadi ADUN Semerak juga. Yang sama ialah jasa semasa menjadi ADUN kerana YBhg Datuk Hj Kamaruddin telah berjaya membawa balik peruntukan membina jambatan Sungai Semerak sementara YB Cikgu Zawawi membawa balik peruntukan untuk membina sebuah dewan.

Oleh itu, terpulanglah kepada perwakilan.
Hak anda boleh digunakan mengikut citarasa anda sendiri.
Undi boleh diberikan semata-mata untuk kepentingan diri.
Undi juga boleh dikongsikan untuk kepentingan orang-orang lain dan parti.

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis dan Pengkritik Bebas.




No comments:

Post a Comment