Sunday 8 September 2013

Terbitan Khas

Koleksi Komen-Komen Terpilih Dalam Facebook (siri 2)
(akan dikemaskini dari masa kesemasa menyentuh apa sahaja isu dan semua komen tidak diedit semula) 

Kita bertuah kerana mempunyai seseorang yang sangat rajin menulis seperti Sdr Zaharin Mohd Yasin. Beliau betul2 seorang penulis dan pengkritik profesional dalam bidang politik. Kemampuannya sangat tinggi melalui pengalaman dan keberanian mengkritiknya. Kalaulah ramai orang2 sepertinya dan segala kritikan diambil perhatian dan tindakan, saya yakin barulah UMNO selamat dari dirosakkan oleh pemimpin2 yang tamak dan mementingkan diri.
Kita juga ada Sdr Prof Dato' Dr Mohammad Agus Yusoff yang rajin juga menulis dengan gaya atau stail penulisannya yang tersendiri.
Saya ingin ucapkan syabas kpd mereka berdua dan juga kepada semua yang lain kerana kesanggupan dan keberanian mengkritik termasuk mengkritik pemerintah negara.
Salam Silaturrahim.
Kepada saya, mana2 ahli UMNO yang nak bertanding jawatan menggunakan wang, samalah saperti mereka membelikan kain kafan untuk kematian UMNO.. Mari kita sedarkan ahli UMNO bahawa untuk menyelamatkan UMNO dan masih relaven masa kini dan selamanya ialah ahli2 UMNO tegas memilih pemimpin yang tidak dilihat menghina ahli UMNO dengan memberikan wang RM50 dan RM100. Sebalik yang di pilih bukan sahaja akhlaknya baik, tetapi juga menghurmati ahli2 UMNO atas pendirian memilih sesiapa.. Jangan jadikan ahli UMNO saperti ayam di taburkan dedak.. walau pun sebenarnya memang ayam gemarkan dedak.
Kisah benar: Budak ni dah dua tahun graduat...tiap kali mohon kerja, jawapan diterimanya "dukacita dimaklumkan..permohonan anda...bla bla.." tapi dalam tempoh dua tahun menganggur, budak ini selalu terima panggilan dan surat daripada pihak PTPTN tanya bila nak bayar hutang... Sekali dua terima call...budak ni jawab dgn elok lagi..."Saya belum dapat kerja lagi tuan...Saya belum dapat kerja lagi puan...Insya-Allah kalau dah dapat kerja nanti, saya akan bayar..." Tapi kalau kali ke 10 dan kali ke 20 pun budak ni masih lagi terima panggilan gangguan daripada orang yang sama, juga bertanyakan soalan yang sama...last sekali dgn perasaan geram dan jiwa memberontak, budak ini menjawab..."Baru dua hari lepas saya bank-in 10 helai pucuk ubi kayu tuan/puan...kiranya, itulah bayaran pertama saya..."????
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kegagalan UMNO memenangi hati orang ramai untuk menyertainya antara lain ialah kerana sikap tidak ada meluangkan waktu memahami dan mendengarkan masalah orang ramai. Pemimpin UMNO semua lapisan peringkat mesti punya sikap mendengar masalah rakyat bukan sahaja telus tetapi mendengar dengan mata hati dan telinga. sebaik mungkin di samping mendengar tetapi juga memahami apa yang di dengar. Pemimpin UMNO 'do something for another people and do the best for others person', kita mesti layani orang ramai dan rakyat sebelum kita di layani oleh orang lain, barulah pemimpin UMNO di lihat oleh rakyat.. "This is a servent leadership.


Tabung Pendidikan Tinggi National sibut fasal BAYARAN BALIK. KENAPA TIDAK KELUAR ANGKA BERAPA RAMAI PEMIMJAM YANG BELUM DAPAT KERJA.???
Saorang penyokong saya bertanya, kenapa Encik Zaharin sokong bekas Ketua UMNO Cawangan sebagai Timbalan Ketua, patutnya di buang terus?. Saya jawab, bahawa saya menang 51 undi dan dia dapat 36 undi dari jumlah 87 orang yang hadir. Dengan cara itu 51 dan 36 bercampur semula jadi 87.. maknanya UMNO Cawangan tidak berpecah dan bersatu semula. Sebab pertandingan jawatan dlm UMNO bukan kalah mati.. yang kalah terus di keluarkan dari jemaah. Cara saya begitulah.. dia angguk dan bersetuju dengan jawabpan saya.

https://www.facebook.com/mohammadagus.yusoff/posts/10202065104652188 
Ada org bertanya, apakah kepimpinan Ulama PAS tak boleh dikritik?

Siapa pula yg kata begitu. Nabi pun menerima pandangan sahabat2 baginda. Khulafa ar Rasyidin juga sedia dikritik... tapi kita perlu memahami, Pas adalah harakah Islamiah yg memperjuangkan Islam, bukan hanya setakat sebuah parti politik.

Perjuangan Islam ini adalah tanggungjawab untuk bersama dipikul sbg kewajipan fardhu ain, bukan sekadar utk dikritik. Kritikan tanpa turut memikul kewajipan akan menjadikan kritikan itu tawar.

No comments:

Post a Comment