Wednesday 18 September 2013

Terbitan Khas


Pilihanraya Sudah Menang Pun Sudah Tapi Masih Mahu Menyekat Hak Orang2 Miskin

Ibu miskin ini memelihara dua anak kecil yang bersekolah rendah di Semerak
dengan bekerja kampong bertungkus lumus mencari nafkah yang halal untuk menyara mereka
hari ini beliau pergi berjumpa dgn Pengerusi JKKKP mukimnya
untuk dapatkan tandatangan bagi mengesahkan borang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin atau KWAPM anak2nya
malangnya Pengerusi JKKKP berkenaan tidak mahu menandatangani borang2 itu
dengan alasan ibu ini mengundi PAS dalam pilihanraya baru-baru
ibu ini naik marah dan berkata siapa tahu dia undi apa?
dan mana mungkin calon BN menang baru2 ini jikalau undi yang diperolehi itu bukan dari orang2 PAS juga?
beliau pun pergi berjumpa dengan Guru Besar sekolah anak2nya
Guru Besar itu telah meminta beliau pergi berjumpa Pengerusi JKKKP mukim lain esok
kerana beliau sendiri tidak boleh menandatangani borang2 itu.
Komen peribadi saya:
pilihanraya sudah
menang pun sudah
mengapa perlu menaganaktirikan orang2 miskin seperti ibu ini
dan menjadikan anak2 yang tidak tahu apa2 sebagai mangsa?
saya tidak mahu menyebelahi mana2 pihak dalam hal ini
tetapi pada pendapat saya
wakil rakyat harus membuat arahan kepada seluruh Pengerusi JKKKP
supaya janganlah lagi terlalu menyusahkan ibubapa yang miskin
kalau dia layak tandatangan sahajalah borang2 seperti itu tanpa banyak soal
kerana itulah juga tugas dan tanggungjawab seorang pengerusi JKKKP yang dibayar elaun
lagi pun duit KWAPM bukan duit parti
ianya adalah duit kerajaan untuk semua rakyat yang layak
tak kiralah apa pun latar belakang fahaman atau pegangan politiknya

No comments:

Post a Comment