Friday 13 September 2013

Terbitan Khas

Nelayan Tok Bali Terjejas Teruk Mata Pencarian
Semalam (13 Sept 2013) keluar dalam berita tv1 jam 8 malam tentang keresahan nelayan-nelayan tradisional di Tok Bali dan Bachok yang terjejas teruk mata pencarian mereka akibat aktiviti pemunggahan bijih ke kapal kargo luar negara yang berlabuh 3 batu nautika dari pesisir pantai.
Sebelum mana-mana pihak dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan, isu ini hendaklah terlebih dahulu diketahui siapa sebenarnya dibelakang aktiviti ini.
Pertama, permit melombong dan memindahkan bijih-bijih ini sudah tentulah dibawah kuasa kerajaan negeri.
Kedua, permit kapal masuk dan membawa keluar bijih ini dari Malaysia ke negara luar sudah tentulah pula di bawah kerajaan pusat.
Oleh itu, jika kumpulan yang memprotes semalam itu didalangi oleh UMNO, mereka silap kerana lupa bahawa kerajaan pusat pun ada peranan penting dalam isu ini.
Jika kumpulan itu terdiri dari semua pihak dan tidak didalangi oleh mana-mana parti politik, maka tindakan itu adalah lebih wajar.
Apa yang perlu sekarang ialah penyelesaian dibuat dengan kerjasama kedua-dua pihak kerajaan pusat dan negeri.
Kerajaan pusat hendaklah diwakili oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan sementara negeri pula diwakili oleh Menteri Besarnya.
Jika aktiviti perdagangan ini terpaksa diteruskan kerana kontrak yang telah ditandatangani dan disebabkan itu pendapatan nelayan-nelayan ini terus terjejas, kebajikan mereka harus diambil perhatian seperti membayar pampasan yang sewajarnya kepada mereka.
 
 

No comments:

Post a Comment