Thursday 2 June 2011

SSPDS(11)

SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (11)
Pada malam 1 Jun 2011 satu majlis Pelancaran Kelab Penyokong Nurul Azwan Roya dan The Red Wariors Semerak telah diadakan di Bangunan Kelab Usahawan Muda (Belia) Semerak dengan kehadiran Sdr Nurul Azwan Roya sendiri. Majlis itu telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Wan Hassan Wan Ibrahim.
Terdapat lebih kurang 250 orang yang hadir. Program yang diisi ialah ucapan OCS, ucapan YB Wan Hassan, tayangan video kisah hidup Sdr Nurul Azwan Roya dan dikir barat selain makan dan minum percuma.
Sebuah bas disediakan oleh YB Wan Hassan untuk membawa penyokong-penyokong dari Semerak ke perlawanan akhir Piala FA pada 11 Jun ini.. Setiap orang dikenakan RM70.00 sahaja untuk tambang pergi dan balik termasuk tiket masuk dan jersi merah putih.
Saya menyentuh hal ini untuk menunjukkan bahawa jika dibandingkan dengan kerja-kerja oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, YB Wan Hassan jelas nampaknya lebih aktif dan lebih bijak menghidu dan merebut peluang menambat hati orang ramai. Beliau tidak melepaskan peluang untuk mengadakan sesuatu seperti ini apabila terdapat seorang pemain bolasepak tempatan yang mewakili negeri.
Secara tak langsung ini membuktikan bahawa beliau telah terlebih dahulu memberikan perhatian dan pengiktirafan kepada Nurul Azwan Roya yang dengan itu sekali gus juga bermakna belaiu telah memberikan perhatian dan pengiktirafan kepada belia-belia yang lain kerana sudah tentu Nurul Azwan Roya mempunyai ramai peminatnya.  
Dalam ertikata lain, UMNO Pasir Puteh terutamanya Pengerusi Penyelaras DUN mungkin masih lena di rumah dan sekadar berpuas hati dengan program penyerahan kerusi roda di Kulim baru-baru ini. Sepatutnya beliau sudah mulai ‘bersarang’ di DUN Semerak.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
2 Jun 2011 Semerak

No comments:

Post a Comment