Wednesday 1 June 2011

CALON


CALON-CALON YANG BERPOTENSI UNTUK BERTANDING DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13 BN PASIR PUTEH

PARLIMEN

1) Tan Sri Dato' Seri Hamad Kama Piah Bin Che Othman
2) Datuk Kamaruddin Md Nor
3) Cikgu Azmi Mohamad Noor

Ulasan ;-

Tan Sri Dato' Seri Hamad Kama Piah tidak begitu berminat untuk menjadi orang politik kerana ingin berehat selepas tempuh beliau memegang jawatan Presiden PNB tamat nanti. Beliau ingin menumpukan kepada kerja-kerja kebajikan secara peribadi sebagai memenuhi masa lapang beliau bersama keluarga. Selain daripada Yayasan Insan Dan Ilmu (YII) yang telah beliau tubuhkan, beliau akan terlibat dalam usaha membina dan membiayai sebuah pusat pengajian agama persendirian di Pasir Puteh berbentuk sistem pondok moden.

Tentang Datuk Kamaruddin Md Nor pula, beliau telah lama menjadi orang politik di Pasir Puteh dengan memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian. Pengalaman beliau sangat bernilai jika beliau ingin menjadi calon lagi tetapi saya dapati selera orang ramai sudah agak berubah. Mereka mahu orang baru supaya orang ini boleh memainkan peranan penting secara bebas tanpa menyebelahi mana-mana pihak untuk menyatukan semula seluruh ahli-ahli UMNO. Orang ramai berkata ini sajalah modal asas yang diperlukan jika BN mahu menang. Jika penyatuan ini tidak berlaku, tidak mungkin BN akan menang kerana sebelum ini pun penyebab utama kekalahan ialah faktor perpecahan dikalangan ahli-ahli parti.

Oleh hal yang demikian, maka orang yang paling sesuai diletak sebagai calon parlimen Pasir Puteh ialah Cikgu Azmi Mohamad Noor. Beliau dilihat mampu menyatukan semula seluruh ahli-ahli UMNO jika beliau menjadi calon. Beliau juga sudah dikenali rajin 'turun padang' menjengok rakyat sambil membantu orang-orang susah atau yang memerlukan.

DUN SEMERAK

1) Kapt (B) Wan Marzudi Bin Dato' Hj Wan Omar, JP

Ulasan :-

Di DUN Semerak, tidak ada orang lain yang mampu memberikan harapan untuk BN menang melainkan Kapt (B) Wan Marzudi JP ini. Beliau ialah anak kepada Dato' Hj Wan Omar Wan Majid, bekas  ADUN Semerak yang juga bekas ahli parlimen Pasir Puteh.

Beliau mempunyai kekuatan dan kestabilan ekonomi kerana berjaya di dalam bidang perniagaan.

Sama seperti Cikgu Azmi, beliau pun sangat rajin 'turun padang' menjengok rakyat dan membantu. Selain daripada itu, beliau sangat dihormati oleh orang ramai dan digeruni lawan.

Kedua-dua mereka ini merupakan contoh sebagai orang UMNO di luar Jawatankuasa Bahagian yang mampu membuktikan bahawa kalau kita ikhlas untuk membantu parti, kita masih boleh melakukannya walaupun dengan tidak memegang sebarang jawatan utama parti.

Saya amat pasti YAB Dato' Seri Perdana Menteri sangat ingin melihat sikap ini subur dikalangan ahli-ahli UMNO. Orang-orang dulu kalau membuat kerja-kerja parti, mereka terbukti sangat ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran termasuk menjadi calon pilihanraya.  Orang-orang sekarang sebaliknya. Kalau pun tidak mungkin boleh menjadi calon, mereka masih mengharapkan sesuatu yang lain seperti projek-projek, kenaikan pangkat atau pun setidak-tidaknya dapat menjadi perwakilan ke Kuala Lumpur. Mereka berkata kalau dapat jadi perwakilan pun, peluang untuk mendapat wang yang banyak ada kerana mereka yang bertanding sudah tentu akan mencari mereka untuk melobi undi.

Inilah semangat dan jiwa UMNO sekarang. Ahli-ahli UMNO telah dirosakkan selama ini dengan unsur-unsur bahawa kalau nak kaya, jadilah orang parti. Sebab itu saya pernah berkata dalam tulisan saya yang terdahulu bahawa UMNO sekarang berada di dalam keadaan seolah-olah ' Tiada Wang Tiadalah UMNO'.

Kita belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan. YAB Dato' Seri Presiden dan Perdana Menteri masih mempunyai masa dan peluang yang mencukupi untuk beliau mengemudi 'kapal layar UMNO' kearah yang betul. Namun, beliau tidak boleh melakukannya bersendirian. Sebagai 'Kapten' kapal, beliau perlukan sokongan dan kerjasama 'kelasi-kelasi' di peringkat akar umbi. Orang-orang seperti Cikgu Azmi dan Kapt (B) Wan Marzudi JP adalah sebahagian yang diperlukan untuk memimpin parti di peringkat Bahagian nanti. 

DUN LIMBUNGAN

1) Belum dapat dipastikan

DUN SELISING

1) Belum dapat dipastikan

DUN GAAL

1) Belum dapat dipastikan kecuali orang-orang Gaal tidak mahukan Ketua UMNO Bahagian datang. Ucapan beliau dianggap terlalu kasar dan angkuh semasa beliau merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SK Kandis. Majoriti yang hadir telah melahirkan rasa tidak berpuas hati dan tidak menyangka standard ucapan seorang Ketua UMNO Bahagian begitu rendah mutunya.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh,
T-29, Taman Jaya,
16700 Cherang Ruku,
Pasir Puteh,
Kelantan.

No. KP 530105-03-5073
No. Ahli UMNO 03924693
No. Tel 019-937 5226
Email wanmalekwannoh@yahoo.com

Bertarikh 25 Mei 2011 / 21 Jamadil Akhir 1432H
Di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.

No comments:

Post a Comment